Dasar Privasi Tinder

Kemas kini Terakhir: 26/10/2017

Match Group, LLC (“Tinder” dan “kami“) menghormati privasi penggunanya (“anda”) dan menghasilkan Dasar Privasi ini untuk menunjukkan komitmennya terhadap perlindungan privasi anda. Dasar Privasi ini menghuraikan maklumat yang kami kumpul, cara maklumat tersebut mungkin digunakan, pihak yang berkongsi maklumat dan pilihan anda tentang penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut. Kami menggalakkan anda membaca Dasar Privasi ini dengan teliti apabila menggunakan aplikasi atau perkhidmatan kami ataupun melakukan transaksi perniagaan dengan kami. Apabila anda menggunakan laman web, aplikasi atau perkhidmatan dalam talian kami yang lain (“Perkhidmatan” kami), anda bersetuju dengan amalan yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini.

Jika anda ada sebarang soalan tentang amalan privasi kami, sila rujuk pada penghujung Dasar Privasi ini untuk mendapatkan maklumat tentang cara menghubungi kami.

Maklumat yang kami kumpul tentang anda

Secara Umum. Kami mungkin mengumpulkan Maklumat Peribadi termasuk Data Sensitif dan maklumat lain. “Maklumat Peribadi” bermakna maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang individu yang membolehkan kami menentukan identiti sebenar seseorang individu dan menghubungi individu yang tertentu. Data Sensitif merangkumi maklumat, komen atau kandungan (cth. gambar, video, profil, gaya hidup) yang anda beri secara pilihan yang mungkin mendedahkan asal-usul etnik, kewarganegaraan, agama dan/atau orientasi seksual. Apabila anda memberikan Data Sensitif kepada kami, anda membenarkan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Sensitif seperti yang dibenarkan menurut undang-undang privasi yang berkaitan. Kami juga mungkin mengumpul maklumat geolokasi anda dengan kebenaran anda. Kami mungkin mengumpul maklumat ini melalui laman web, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan dalam talian yang lain. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda membenarkan kami mengumpul, menghurai dan mengekalkan data yang berkaitan dengan peruntukan Perkhidmatan ini. Apabila anda memberikan maklumat peribadi melalui Perkhidmatan kami, maklumat ini mungkin akan dihantar kepada pelayan yang berada di Amerika Syarikat dan negara-negara di seluruh dunia.

Maklumat yang anda beri. Bagi mendaftar sebagai pengguna Tinder, anda akan diminta mendaftar menggunakan log masuk Facebook. Jika anda berbuat demikian, anda memberi kebenaran kepada kami untuk mengakses maklumat akaun Facebook anda yang tertentu seperti profil Facebook awam anda (selaras dengan tetapan privasi anda dalam Facebook), alamat e-mel anda, minat, kesukaan, jantina, tarikh lahir, sejarah pendidikan, status hubungan, bandar semasa, gambar, huraian peribadi, senarai rakan serta maklumat dan gambar rakan Facebook anda yang mungkin merupakan rakan Facebook sepunya dengan pengguna Tinder yang lain. Anda juga akan diminta untuk membenarkan Tinder mengumpulkan maklumat lokasi anda daripada peranti anda apabila anda memuat turun atau menggunakan Perkhidmatan. Selain itu, kami mungkin mengumpul dan menyimpan sebarang maklumat peribadi yang anda beri ketika menggunakan Perkhidmatan kami atau dengan cara lain. Ini mungkin merangkumi maklumat yang boleh mengenal pasti anda seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda serta maklumat kewangan jika anda melakukan transaksi perniagaan dengan kami. Anda juga mungkin memberikan gambar, huraian peribadi dan maklumat jantina, serta pilihan saranan anda seperti jarak carian, julat umur dan jantina. Jika anda bersembang dengan pengguna Tinder lain, anda memberikan kandungan sembang anda kepada kami dan jika anda menghubungi kami untuk bertanya tentang hal-ehwal perkhidmatan pelanggan atau pertanyaan lain, anda memberikan kandungan komunikasi tersebut kepada kami.

Maklumat daripada sumber lain. Tinder ialah sebahagian daripada keluarga perniagaan Match Group dan pada tarikh dasar ini, ia merangkumi laman web dan aplikasi seperti OurTime.com, BlackPeopleMeet.com, OkCupid, Twoo, POF, Meetic, LoveScout24, Match dan ParPerfeito. Kami mungkin mendapatkan maklumat peribadi dan bukan peribadi anda daripada perniagaan Match yang lain, rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga yang lain.

Penggunaan teknologi untuk mengumpulkan maklumat. Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpulkan maklumat daripada peranti anda dan maklumat aktiviti anda pada Perkhidmatan kami.

Maklumat yang dikumpul secara automatik. Kami mengumpul maklumat daripada pelayar atau peranti anda secara automatik apabila anda melawat Perkhidmatan kami. Maklumat ini mungkin merangkumi alamat IP, jenis dan ID peranti, jenis pelayar dan bahasa, sistem pengendalian yang digunakan oleh peranti anda, masa akses, lokasi geografi peranti mudah alih anda ketika aplikasi kami berjalan secara aktif dan alamat laman web yang dirujuk.

Kuki serta penggunaan kuki dan data yang setara. Apabila anda melawat Perkhidmatan kami, kami mungkin menetapkan satu atau lebih kuki atau teknologi lain yang memudahkan pemeribadian pada peranti anda untuk memudahkan akses ke Perkhidmatan kami dan memperibadikan pengalaman anda. Melalui penggunaan kuki, kami juga mungkin mengumpul maklumat aktiviti anda pada Perkhidmatan kami secara automatik seperti halaman yang anda lawat, masa dan tarikh lawatan anda dan pautan yang anda klik. Jika kami menyiarkan iklan, kami (atau pihak ketiga) mungkin menggunakan data tertentu yang dikumpul pada Perkhidmatan kami untuk menunjukkan iklan Tinder pada laman atau aplikasi yang lain.

Tag piksel. Kami membenam tag piksel (juga dipanggil suar web atau GIF jelas) pada halaman web, iklan dan e-mel. Grafik yang kecil dan halimunan ini digunakan untuk mengakses kuki dan menjejak aktiviti pengguna (seperti berapa kali halaman dilihat). Kami menggunakan tag piksel untuk mengukur populariti ciri dan perkhidmatan kami. Syarikat iklan juga menggunakan tag piksel untuk mengukur jumlah iklan yang dipaparkan dan prestasinya (seperti berapa jumlah orang yang klik pada iklan).

ID peranti mudah alih. Jika anda menggunakan aplikasi kami, kami menggunakan ID peranti mudah alih (pengenal pasti unik yang ditetapkan pada peranti oleh pengilang) atau ID Pengiklanan (untuk iOS 6 dan lebih baru) dan bukan kuki untuk mengenal pasti anda. Kami menggunakannya untuk menyimpan keutamaan anda dan menjejak penggunaan anda pada aplikasi kami. Tidak seperti kuki, ID peranti tidak boleh dipadam tetapi ID Pengiklanan boleh ditetapkan semula dalam “Tetapan” iPhone anda. Syarikat pengiklanan juga menggunakan ID peranti atau ID Pengiklanan untuk menjejak penggunaan aplikasi anda, menjejak jumlah iklan yang dipaparkan, mengukur prestasi iklan dan memaparkan iklan yang lebih relevan dengan anda. Syarikat analisis menggunakan ID peranti untuk menjejak maklumat tentang penggunaan aplikasi.

Maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan. Kami mungkin membenarkan penyedia perkhidmatan, syarikat pengiklanan dan rangkaian iklan serta pihak ketiga yang lain untuk memaparkan iklan pada Perkhidmatan kami dan di tempat lain. Semua syarikat ini mungkin menggunakan teknologi penjejakan seperti kuki atau suar web untuk mengumpulkan maklumat tentang pengguna yang melihat atau berinteraksi dengan iklan mereka. Kami tidak memberikan sebarang maklumat peribadi bukan tapisan atau tidak terlindung kepada pihak ketiga. Sesetengah syarikat pengiklanan pihak ketiga mungkin merupakan rangkaian pengiklanan yang juga ahli Network Advertising Initiative yang menawarkan satu lokasi yang membolehkan anda memilih untuk berhenti menerima iklan sasaran daripada syarikat-syarikat ahli persatuan ini (www.networkadvertising.org). Memilih untuk berhenti menerimanya tidak akan mengurangkan bilangan iklan yang anda lihat. Jika anda mahu memilih untuk berhenti menerima kuki yang mungkin ditetapkan oleh data pihak ketiga atau rakan kongsi pengiklanan, sila ke http://www.aboutads.info/choices/.

Cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpul

Secara Umum. Kami mungkin menggunakan maklumat anda yang kami kumpul untuk:

menyampaikan dan menambah baik produk dan perkhidmatan kami serta menguruskan perniagaan kami;

menguruskan akaun anda dan menyediakan sokongan pelanggan;

melakukan penyelidikan dan analisis tentang penggunaan anda atau minat anda terhadap produk, perkhidmatan atau kandungan kami atau orang lain;

berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, mel pos, telefon dan/atau peranti mudah alih tentang produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda sama ada daripada kami atau pihak ketiga yang lain;

membangunkan, memaparkan dan menjejak kandungan dan iklan yang disesuaikan mengikut minat anda pada Perkhidmatan kami dan laman lain, termasuk menyediakan iklan kami kepada anda apabila anda melawat laman lain;

analisis aplikasi mudah alih atau laman web;

mengesahkan kelayakan anda dan menghantar hadiah untuk peraduan dan cabutan bertuah;

menguatkuasakan atau melaksanakan sebarang hak dalam Terma Penggunaan kami; dan

melakukan fungsi atau perkhidmatan yang selainnya dihuraikan kepada anda ketika pengumpulan.

Pemohon pekerjaan. Jika Maklumat Peribadi anda diserahkan apabila memohon suatu jawatan di syarikat kami, maklumat tersebut akan digunakan hanya untuk mempertimbangkan dan bertindak berdasarkan permohonan anda. Kami mungkin menyimpan Maklumat Peribadi anda tetapi hanya untuk mempertimbangkan permohonan anda untuk jawatan yang mungkin ada ketika ini atau pada masa depan. Maklumat ini yang mungkin merangkumi nama dan maklumat hubungan anda, sejarah pendidikan dan pengalaman dan maklumat lain yang anda berikan kepada kami ini mungkin dikongsi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang berkhidmat kepada kami untuk mengumpul, menguruskan dan menganalisis serahan calon untuk jawatan kosong.

Dalam semua keadaan, kami mungkin melakukan sendiri semua ini atau menggunakan vendor pihak ketika untuk melakukannya bagi pihak kami yang bertanggungjawab menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk melakukan perkhidmatan untuk kami. Selain itu, jika anda mengakses Perkhidmatan kami dari platform sosial pihak ketiga seperti Facebook, kami mungkin berkongsi maklumat bukan peribadi dengan platform tersebut setakat yang dibenarkan menurut perjanjian anda dengannya dan tetapan privasinya.

Pihak yang kami kongsikan maklumat anda

Maklumat yang Dikongsi dengan Pengguna Lain. Apabila anda mendaftar sebagai pengguna Tinder, profil Tinder anda boleh dilihat oleh pengguna lain yang menggunakan Perkhidmatan kami. Pengguna lain (sekiranya sebarang ciri perkongsian yang disediakan di Tinder, individu atau aplikasi yang mungkin pengguna Tinder pilih untuk berkongsi tentang anda dengannya) boleh melihat maklumat yang anda berikan kepada kami secara terus atau melalui Facebook, seperti gambar Facebook, sebarang gambar tambahan yang anda muat naik, nama pertama anda, umur anda, anggaran jarak anda dalam kiraan batu, huraian peribadi anda dan maklumat yang ada persamaan dengan orang yang melihat profil anda seperti rakan Facebook sepunya dan kesukaan. Jika anda meleret ke kanan atau menggunakan butang mengundi untuk menyatakan “ya” kepada seseorang, anda boleh berbual dengan orang tersebut jika mereka meleret ke kanan atau menggunakan butang mengundi untuk menyatakan “ya” kepada anda, contohnya apabila anda mendapat “padanan”. Jika anda bersembang dengan padanan anda, sudah tentu padanan anda boleh melihat kandungan sembang anda.

Maklumat peribadi. Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan orang lain melainkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau apabila kami memberitahu anda dan memberikan anda peluang memilih untuk tidak berkongsi maklumat peribadi anda. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan:

Penyedia perkhidmatan. Kami mungkin berkongsi maklumat yang merangkumi maklumat peribadi dan kewangan kepada pihak ketiga yang melakukan perkhidmatan tertentu bagi pihak kami. Perkhidmatan ini mungkin termasuk memenuhi pesanan, menyediakan perkhidmatan pelanggan dan bantuan pemasaran, melakukan analisis perniagaan dan jualan, analisis dan penjejakan iklan, penyaringan ahli, menyokong fungsi Perkhidmatan kami dan menyokong peraduan, cabutan bertuah, tinjauan dan ciri lain yang ditawarkan melalui Perkhidmatan kami. Penyedia perkhidmatan ini mungkin boleh mengakses maklumat peribadi yang diperlukan untuk melakukan tugas mereka tetapi mereka tidak dibenarkan berkongsi atau menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain.

Perniagaan Match Group yang lain. Perniagaan Match Group merangkumi laman web janji temu dan aplikasi Match.com dalam talian, OkCupid, OurTime.com, BlackPeopleMeet.com, Twoo, Meetic, POF, LoveScout24, ParPerfeito dan lain-lain. Kami mungkin berkongsi maklumat yang kami kumpul termasuk profil dan maklumat peribadi anda seperti nama dan maklumat hubungan anda, gambar, minat, aktiviti dan transaksi pada Perkhidmatan kami dengan syarikat Match Group yang lain, tertakluk pada persetujuan anda apabila diperlukan menurut undang-undang yang berkaitan.

Situasi yang Lain. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda termasuk maklumat peribadi anda:

Sebagai respons terhadap sepina atau tuntutan penyiasatan setara, perintah mahkamah atau permintaan untuk bekerjasama daripada agensi penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan yang lain; untuk menetapkan atau melaksanakan hak undang-undang kami; untuk mempertahankan diri kami daripada dakwaan perundangan; atau selainnya yang diperlukan menurut undang-undang. Dalam keadaan ini, kami mungkin menimbulkan atau mengetepikan sebarang hak atau bantahan perundangan yang ada pada kami.

Apabila kami percaya pendedahan adalah wajar dilakukan bagi membantu usaha menyiasat, mencegah atau mengambil tindakan lain berkaitan aktiviti haram, penipuan yang disyaki berlaku atau salah laku yang lain; untuk melindungi dan mempertahankan hak, harta atau keselamatan syarikat kami, pengguna kami, pekerja kami atau pihak lain; untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan atau bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang; atau menguatkuasakan Terma Penggunaan kami, perjanjian atau dasar lain.

Apabila ada kaitan dengan transaksi korporat yang besar seperti penjualan perniagaan kami, penyahlaburan, penggabungan, penyatuan, penjualan aset atau sekiranya ada kemungkinan untuk kebankrapan.

Maklumat agregat dan/atau bukan peribadi. Kami mungkin menggunakan dan berkongsi maklumat bukan peribadi yang kami kumpul dalam sebarang keadaan di atas. Kami juga mungkin berkongsi maklumat tersebut dengan syarikat Match Group yang lain dan pihak ketiga untuk membangunkan dan menyampaikan pengiklanan tersasar pada Perkhidmatan kami, laman web atau aplikasi pihak ketiga serta menganalisis dan melaporkan iklan yang anda lihat. Kami mungkin menggabungkan maklumat bukan peribadi yang kami kumpul dengan maklumat bukan peribadi tambahan yang dikumpul daripada sumber yang lain. Kami juga mungkin berkongsi maklumat agregat, maklumat bukan peribadi ataupun maklumat peribadi dalam bentuk yang tidak boleh dibaca atau diolah semua dengan pihak ketiga termasuk penasihat, pengiklan dan pelabur untuk melakukan analisis perniagaan umum, pengiklanan, pemasaran atau tujuan perniagaan yang lain. Contohnya, kami mungkin mendapatkan perkhidmatan penyedia data yang mungkin mengumpul data log web daripada anda (termasuk alamat IP dan maklumat tentang pelayar atau sistem pengendalian anda) atau menempatkan atau mengenal pasti kuki unik pada pelayar anda supaya anda boleh menerima kandungan atau iklan tersuai. Kuki ini mungkin menunjukkan demografi yang tidak boleh dikenal pasti atau data lain yang ada kaitan dengan data yang anda serahkan kepada kami secara sukarela (seperti alamat e-mel anda) yang kami mungkin kongsi dengan penyedia data hanya dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan diolah semula. Kami juga mungkin berkongsi maklumat geolokasi anda dalam bentuk yang tidak dapat dikenal pasti dengan syarikat Match Group dan pihak ketiga untuk tujuan di atas. Bagi memilih untuk berhenti berkongsi maklumat geolokasi anda, sila berhenti menggunakan aplikasi Tinder.

Pendedahan Jangan Jejak

Do Not Track (“DNT”) atau Jangan Jejak ialah keutamaan privasi yang pengguna boleh tetapkan dalam pelayar web mereka. DNT ialah cara untuk pengguna memberitahu laman web dan perkhidmatan bahawa mereka tidak mahu maklumat tertentu tentang lawatan halaman web mereka dikumpul sepanjang masa dan merentasi laman web atau perkhidmatan dalam talian. Kami komited untuk memberikan pilihan yang bermakna kepada anda berkenaan maklumat yang kami kumpul. Ini sebabnya kami memberikan pautan di atas supaya anda boleh memilih untuk berhenti menerimanya. Namun begitu, kami tidak mengiktiraf atau memberikan respons terhadap sebarang isyarat DNT kerana industri Internet masih lagi belum mentakrifkan makna sebenar DNT, maksud mematuhi DNT dan pendekatan sepunya untuk memberi respons terhadap DNT.

Laman web pihak ketiga

Terdapat beberapa tempat pada Perkhidmatan kami yang anda boleh klik pada pautan untuk mengakses laman web yang lain yang beroperasi tanpa menurut Dasar Privasi ini. Contohnya, jika anda klik suatu iklan pada Perkhidmatan kami, anda akan dibawa ke laman web yang bukan bawah kawalan kami. Laman web pihak ketiga ini mungkin mengumpulkan dan mendapatkan maklumat secara bebas termasuk maklumat peribadi daripada anda dan dalam beberapa keadaan, memberikan kami maklumat tentang aktiviti anda pada laman web tersebut. Kami sarankan agar anda merujuk pernyataan privasi semua laman web pihak ketiga yang anda lawat dengan mengklik pautan “privasi” yang biasanya berada di bahagian bawah halaman web yang anda lawat.

Cara anda boleh akses dan membetulkan maklumat anda

Jika anda mempunyai akaun Tinder, anda berupaya menyemak dan mengemas kini maklumat peribadi anda dalam Perkhidmatan dengan membuka akaun anda dan pergi ke tetapan. Undang-undang privasi yang berkaitan mungkin memberikan anda hak untuk mengakses dan/atau meminta pembetulan kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat peribadi anda yang berada dalam jagaan kami atau bawah kawalan kami. Pegawai Privasi kami akan membantu anda melakukan permintaan akses ini.

Kami akan memberikan respons terhadap permintaan anda dalam masa yang dibenarkan menurut undang-undang privasi yang berkaitan dan akan berusaha sewajarnya untuk memberikan respons setepat dan selengkap yang mungkin. Sebarang pembetulan yang dibuat pada maklumat peribadi akan segera dihantar kepada sebarang organisasi iaitu tempat maklumat tersebut didedahkan.

Dalam keadaan tertentu yang luar biasa, kami mungkin tidak dapat memberikan akses kepada maklumat peribadi tertentu yang kami pegang. Bagi tujuan keselamatan, bukan semua maklumat peribadi boleh diakses dan dipinda oleh Pegawai Privasi. Jika akses atau pembetulan tidak boleh dilakukan, kami akan memberitahu individu yang membuat permintaan dalam masa 30 hari secara bertulis yang menyatakan sebab permintaan tersebut tidak dapat dilakukan.

Pengekalan data

Kami menyimpan maklumat anda selagi kami memerlukannya untuk tujuan perniagaan yang sah dan setakat yang dibenarkan menurut keperluan perundangan yang berkaitan. Jika anda menutup akaun anda, kami akan menyimpan data tertentu untuk tujuan analisis dan integriti penyimpanan rekod serta untuk mencegah penipuan, menguatkuasakan Terma Penggunaan kami, mengambil tindakan yang kami anggap perlu dilakukan untuk melindungi integriti Perkhidmatan kami atau pengguna kami, ataupun mengambil tindakan lain yang selainnya dibenarkan menurut undang-undang. Selain itu, jika maklumat tertentu telah diberikan kepada pihak ketiga seperti yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini, pengekalan maklumat tersebut adalah tertakluk pada dasar pihak ketiga tersebut.

Pilihan anda tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat anda

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu kepada kami tetapi ia mungkin mengakibatkan anda tidak boleh menggunakan ciri tertentu pada Perkhidmatan kami kerana maklumat tersebut mungkin diperlukan untuk anda mendaftar sebagai pengguna; membeli produk atau perkhidmatan; menyertai peraduan, promosi, tinjauan atau cabutan bertuah; mengajukan soalan; atau memulakan transaksi yang lain.

Perkhidmatan kami mungkin juga menyampaikan notifikasi ke telefon atau peranti mudah alih anda. Anda boleh menyahaktifkan notifikasi ini dengan pergi ke “Tetapan Aplikasi” pada aplikasi atau mengubah tetapan pada peranti mudah alih anda.

Anda juga boleh mengawal maklumat yang dikumpul oleh kuki. Anda boleh hapuskan atau menolak kuki dengan mengubah tetapan pelayar anda. Klik “bantuan” dalam bar alat kebanyakan pelayar untuk mendapatkan arahan.

Cara kami melindungi maklumat peribadi anda

Kami mengambil langkah-langkah keselamatan untuk membantu menjaga maklumat peribadi anda daripada pendedahan dan akses yang tidak dibenarkan. Namun begitu, tiada sistem yang selamat sepenuhnya. Oleh itu, walaupun kami mengambil langkah untuk melindungi maklumat anda, kami tidak berjanji dan anda tidak seharusnya menjangka bahawa maklumat peribadi, sembang atau komunikasi anda yang lain akan sentiasa selamat. Pengguna juga perlu berhati-hati dengan cara mereka mengendalikan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka serta perlu mengelak daripada menghantar maklumat peribadi melalui e-mel yang tidak selamat. Sila rujuk laman web Federal Trade Commission di http://www.ftc.gov/bcp/menus/consumer/data.shtm untuk maklumat tentang cara melindungi diri anda daripada pencurian identiti.

Anda bersetuju bahawa kami mungkin berkomunikasi dengan anda secara elektronik tentang isu keselamatan, privasi dan pentadbiran seperti pelanggaran keselamatan. Kami mungkin menyiarkan notis pada Perkhidmatan kami jika pelanggaran keselamatan berlaku. Kami juga mungkin menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang anda berikan kepada kami. Anda berhak menerima notis ini secara bertulis. Jika anda mahu menerima notis bertulis tentang pelanggaran keselamatan ini secara percuma (atau menarik balik persetujuan anda daripada menerima notis elektronik), sila beritahu kami di privacy@gotinder.com.

Maklumat yang anda beri tentang diri anda ketika menggunakan Perkhidmatan kami

Kami menyediakan ruang pada Perkhidmatan kami yang membolehkan anda menyiarkan maklumat tentang diri anda dan orang lain serta berkomunikasi dengan orang lain. Penyiaran seperti ini ditadbir urus menurut Terma Penggunaan kami. Selain itu, setiap kali anda mendedahkan maklumat peribadi secara sukarela pada halaman yang boleh dilihat oleh khalayak ramai, maklumat tersebut akan tersedia secara umum dan boleh dikumpul dan digunakan oleh orang lain. Contohnya, jika anda menyiarkan alamat e-mel anda, anda mungkin menerima mesej tanpa diminta. Kami tidak dapat mengawal orang yang membaca siaran anda atau tindakan yang dilakukan oleh pengguna lain terhadap maklumat yang anda siar secara sukarela. Oleh itu, kami sarankan agar anda mempertimbangkan sebaiknya dan berhati-hati dengan maklumat peribadi anda. Melainkan diperlukan menurut perintah mahkamah atau prosiding perundangan setara yang lain, kami hanya akan memberikan mesej yang anda hantar kepada pengguna lain yang hanya boleh diakses melalui Perkhidmatan kami, melainkan anda jelas meminta salinan mesej anda menurut undang-undang yang berkaitan. Sekiranya anda mahu menerima salinan sebarang mesej yang anda terima daripada pengguna lain melalui Perkhidmatan kami, anda mesti terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada mereka dan kemudian mereka mesti menghubungi Pegawai Privasi kami untuk memberikan persetujuan bertulis tersebut.

Privasi kanak-kanak

Walaupun Perkhidmatan kami ialah Perkhidmatan khalayak umum, kami mengehadkan penggunaan perkhidmatan kami kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak mengumpulkan, menyimpan atau menggunakan maklumat peribadi secara sengaja daripada kanak-kanak berumur kurang daripada 18 tahun.

Pemindahan ke depan dan persetujuan untuk pemprosesan antarabangsa

Kami merupakan syarikat yang sedang berkembang dan mempunyai ramai pengguna dan beroperasi di berbilang negara termasuk negara-negara Kesatuan Eropah. Kami menghasilkan amalan data yang dicipta untuk memastikan maklumat dilindungi sewajarnya tetapi kami tidak akan sentiasa tahu tempat maklumat peribadi mungkin diakses atau diproses. Walaupun pusat data utama kami berada di Amerika Syarikat, kami boleh memindahkan maklumat peribadi atau maklumat yang lain ke pejabat di luar Amerika Syarikat. Selain itu, kami mungkin mendapatkan khidmat syarikat dan individu lain untuk melakukan tugas bagi pihak kami. Jika kami mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga atau pekerja kami di luar Amerika Syarikat, kami akan mendapatkan jaminan bahawa sebarang maklumat yang kami berikan kepada mereka dilindungi secukupnya dan menurut Dasar Privasi ini dan keperluan undang-undang privasi yang berkaitan.

Jika anda melawat kami dari negara-negara Kesatuan Eropah atau rantau lain yang mempunyai undang-undang yang mentadbir urus pengumpulan dan penggunaan data, sila maklum bahawa anda membenarkan pemindahan data peribadi anda termasuk data sensitif, oleh Tinder dari rantau anda ke negara yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang menyediakan tahap perlindungan yang sama seperti negara-negara Kawasan Ekonomi Eropah, termasuk Amerika Syarikat. Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda, anda membenarkan sebarang pemindahan dan pemprosesan menurut Dasar ini.

Tiada Hak Pihak Ketiga

Dasar Privasi ini tidak mencipta hak yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak ketiga atau memerlukan pendedahan sebarang maklumat peribadi yang berkaitan dengan pengguna laman web.

Perubahan pada Dasar Privasi ini

Kami akan mengemas kini Dasar Privasi ini sekali-sekala berdasarkan perubahan undang-undang, amalan penggunaan dan pengumpulan data kami, ciri Perkhidmatan kami atau kemajuan teknologi. Apabila kami menyiarkan perubahan pada Dasar Privasi ini, kami akan menukar tarikh “kemas kini terakhir” di bahagian atas Dasar Privasi ini yang akan disiarkan pada Perkhidmatan dalam “Tetapan” dan juga gotinder.com, dan anda perlu menyemak versi terkini secara tetap, iaitu satu-satunya versi yang digunakan. Jika kami membuat sebarang perubahan material pada Dasar Privasi ini, kami akan memberitahu anda tentang perubahan ini dengan cara yang wajar dan mungkin termasuk notifikasi melalui Perkhidmatan ataupun e-mel. Sila semak perubahan dengan cermat. Jika anda masih menggunakan Perkhidmatan ini selepas perubahan dasar ini disiarkan, ini bermakna anda bersetuju dan menerima perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda boleh memadam akaun anda dengan mengikut arahan yang diberikan dalam Tetapan.

Cara menghubungi kami

Jika anda ada sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui e-mel atau poskan surat kepada:

Pegawai Privasi
Match Group, LLC
8750 North Central Expressway, Suite 1400
Dallas, TX 75231
privacyinquiries@gotinder.com