KOMITMEN KAMI KEPADA ANDA

Di Tinder, kami mengutamakan privasi anda. Privasi anda diutamakan ketika kami mereka bentuk dan membina perkhidmatan dan produk yang anda tahu dan suka ini. Jadi, anda boleh mempercayai kami sepenuhnya dan menumpukan perhatian anda untuk membina hubungan yang bermakna.

Kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami apabila anda memberikan maklumat anda dan kami tidak memandang rendah perkara ini.

Kami tidak berkompromi dengan privasi anda. Kami mereka bentuk semua produk dan perkhidmatan kami berdasarkan kepentingan privasi anda. Kami menggunakan khidmat pakar daripada pelbagai bidang yang merangkumi undang-undang, keselamatan, kejuruteraan, reka bentuk produk dan lain-lain untuk memastikan keputusan diambil setelah mempertimbangkan privasi anda.

Kami berusaha untuk bersikap telus dalam cara kami memproses data anda. Oleh sebab kami menggunakan banyak perkhidmatan dalam talian yang sama seperti yang anda guna, kami tahu kekurangan maklumat dan bahasa yang terlalu rumit adalah masalah yang biasa timbul dalam dasar privasi. Kami mengambil tindakan sebaliknya: kami menulis Dasar Privasi kami dan dokumen berkaitan dalam bahasa yang mudah difahami orang. Kami mahu anda membaca dasar kami dan memahami amalan privasi kami!

Kami berusaha gigih supaya maklumat anda selamat Kami ada pasukan yang berdedikasi memastikan data anda selamat dan terlindung. Kami sentiasa mengemas kini amalan keselamatan kami dan melabur dalam usaha keselamatan untuk menambah baik keselamatan maklumat anda.


Dasar Privasi

Selamat datang ke Dasar Privasi Tinder. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membacanya.

Kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami terhadap maklumat anda dan kami bertekad untuk sentiasa memelihara kepercayaan anda. Kami boleh mula melakukannya dengan memastikan anda memahami maklumat yang kami kumpul, sebab kami mengumpulnya, cara ia digunakan dan pilihan anda berkaitan maklumat anda. Dasar ini menghuraikan amalan privasi kami dalam bahasa yang biasa digunakan dan kami meminimumkan istilah teknikal dan undang-undang.

Dasar Privasi ini diguna pakai bermula pada 25 Mei 2018. Versi terdahulu Dasar Privasi ini yang disediakan di sini akan digunakan sehingga tarikh ini.

TARIKH BERKUAT KUASA: 25 Mei 2018

  1. Identiti Kami
  2. Keterterapan Dasar Privasi Ini
  3. Maklumat yang Kami Kumpul
  4. Kuki dan Teknologi Pengumpulan Data Setara yang Lain
  5. Cara Kami Menggunakan Maklumat
  6. Cara Kami Berkongsi Maklumat
  7. Pemindahan Data Merentas Sempadan
  8. Hak Anda
  9. Penduduk California
  10. Cara Kami Melindungi Maklumat Anda
  11. Tempoh Kami Mengekalkan Maklumat Anda
  12. Privasi kanak-kanak
  13. Perubahan Dasar Privasi
  14. Cara menghubungi kami

Bagi Pengguna California

Sila lihat Pernyataan Privasi California kami untuk mengetahui tentang hak privasi California.

1. Identiti Kami

Jika anda tinggal di negara Kesatuan Eropah, syarikat yang bertanggungjawab terhadap maklumat anda dalam Dasar Privasi ini (“pengawal data”) ialah:

MTCH Technology Services Limited

Tinder

WeWork Charlemont Exchange

42 Charlemont Street

Dublin 2, D02 R593

Ireland

Jika anda tinggal di Jepun, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan maklumat anda ialah:

MG Japan Services GK

4F Sumitomo Fudosan Azabu Bldg

1-4-1 Mita

Minato-ku,Tokyo 108-0073

Japan

Jika anda tinggal di luar negara Kesatuan Eropah dan Jepun, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan maklumat anda ialah:

Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

United States

2. Keterterapan Dasar Privasi Ini

Dasar Privasi ini diguna pakai untuk laman web, aplikasi, acara dan perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh Tinder. Bagi tujuan kesenangan bersama, kami merujuk semua ini sebagai “perkhidmatan” kami dalam Dasar Privasi. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, kami menambah pautan pada Dasar Privasi ini untuk semua perkhidmatan yang berkenaan.

Beberapa perkhidmatan mungkin memerlukan dasar privasi tersendiri. Jika perkhidmatan tertentu mempunyai dasar privasi tersendiri, maka dasar tersebut -- bukan Dasar Privasi ini -- yang akan diguna pakai.

3. Maklumat yang Kami Kumpul

Jelas sekali, kami tidak dapat membantu anda mencipta hubungan bermakna tanpa beberapa maklumat mengenai anda seperti butiran profil asas dan jenis orang yang anda mahu kenal. Kami juga mengumpul maklumat yang terhasil apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, log akses dan maklumat daripada pihak ketiga, iaitu apabila anda mengakses perkhidmatan kami melalui akaun media sosial. Jika anda mahu maklumat lanjut, kami akan beritahu dengan lebih terperinci di bawah.

Maklumat yang anda beri kepada kami

Anda memilih untuk memberikan maklumat tertentu apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Ini merangkumi:

  • Apabila anda mencipta akaun, anda memberikan sekurang-kurangnya kelayakan log masuk anda serta butiran asas yang diperlukan supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan kami seperti jantina dan tarikh lahir anda.
  • Apabila anda mahu melengkapkan profil anda, anda boleh kongsi maklumat tambahan seperti butiran tentang personaliti, gaya hidup, minat dan butiran anda yang lain, serta kandungan seperti gambar dan video. Jika anda mahu menambah kandungan tertentu seperti gambar atau video, anda boleh membenarkan kami mengakses kamera atau album gambar anda. Beberapa maklumat yang anda berikan kepada kami mungkin dianggap “istimewa” atau “sensitif” dalam bidang kuasa tertentu seperti asal-usul bangsa atau etnik, orientasi seksual dan kepercayaan agama anda. Apabila anda memilih untuk memberikan maklumat ini, anda membenarkan kami memproses maklumat tersebut.
  • Apabila anda melanggan perkhidmatan berbayar atau membuat pembelian terus daripada kami (bukan melalui platform seperti iOS atau Android), anda memberikan maklumat kepada kami atau penyedia perkhidmatan pembayaran kami seperti nombor kad debit atau kredit anda atau maklumat kewangan yang lain.
  • Apabila anda menyertai tinjauan atau kumpulan tumpuan, anda memberikan pandangan tentang produk dan perkhidmatan kami, maklum balas kepada soalan kami dan juga memberikan testimonial anda.
  • Apabila anda memilih untuk menyertai promosi, acara atau peraduan kami, kami mengumpulkan maklumat yang anda berikan untuk mendaftar atau menyertainya.
  • Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami, kami mengumpul maklumat yang anda berikan kepada kami semasa berinteraksi. Kadang-kadang, kami memantau atau merakam interaksi ini untuk tujuan latihan dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
  • Jika anda meminta kami menyampaikan atau sebaliknya memproses maklumat orang lain (contohnya jika anda meminta kami menghantar e-mel bagi pihak anda kepada salah seorang rakan anda), kami akan mengumpul maklumatnya yang anda berikan kepada kami untuk memenuhi permintaan anda.
  • Kami juga memproses kandungan sembang anda dengan pengguna lain serta kandungan yang anda terbitkan sebagai sebahagian daripada operasi perkhidmatan kami.

Maklumat yang kami terima daripada orang lain

Selain maklumat yang anda berikan terus kepada kami, kami juga menerima maklumat anda daripada orang lain, termasuk:

  • Pengguna Lain Pengguna lain mungkin memberikan maklumat tentang anda ketika mereka menggunakan perkhidmatan kami. Contohnya, kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda daripada pengguna lain jika mereka menghubungi kami kerana anda.

  • Media Sosial Anda boleh menggunakan log masuk media sosial anda (seperti Log masuk Facebook) untuk mencipta dan melog masuk akaun Tinder anda. Jadi, anda tidak perlu mengingati satu lagi nama pengguna dan kata laluan dan membolehkan anda berkongsi beberapa maklumat daripada akaun media sosial anda dengan kami.

  • Rakan Kongsi Lain Kami mungkin menerima maklumat anda daripada rakan kongsi kami. Contohnya apabila iklan Tinder disiarkan pada platform dan laman web rakan kongsi kami (dan jika ini berlaku, mereka mungkin memberikan sekali butiran tentang kejayaan kempen mereka).

Maklumat yang dikumpul ketika anda menggunakan perkhidmatan kami

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mengumpulkan maklumat tentang ciri-ciri yang anda guna, cara anda menggunakannya dan peranti yang anda guna untuk mengakses perkhidmatan kami. Lihat di bawah untuk butiran lanjut:

  • Maklumat Penggunaan Kami mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda ketika menggunakan perkhidmatan kami seperti cara anda menggunakannya (contohnya, tarikh dan masa anda log masuk, ciri yang anda guna, carian, butang yang anda klik dan halaman yang dipaparkan kepada anda, merujuk alamat halaman web, iklan yang anda klik) dan cara anda berinteraksi dengan pengguna lain (contohnya, pengguna yang anda berkenalan dan berinteraksi dengannya, tarikh dan masa perbualan anda, bilangan mesej yang anda hantar dan terima).

  • Maklumat peranti Kami mengumpulkan maklumat daripada peranti anda dan maklumat peranti yang anda guna untuk mengakses perkhidmatan kami, termasuk:

    • maklumat perkakasan dan perisian seperti alamat IP, ID dan jenis peranti, ciri dan tetapan aplikasi dan peranti tertentu, ranap aplikasi, ID iklan (seperti AAID Google dan IDFA Apple yang menggunakan nombor yang terhasil secara rawak yang anda boleh tetapkan semula dalam tetapan peranti anda), jenis pelayar, versi dan bahasa, sistem operasi, zon masa, pengenal pasti berkaitan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengenal pasti peranti atau pelayar anda secara tersendiri (cth., IMEI/UDID dan alamat MAC);
    • maklumat pada sambungan rangkaian mudah alih dan wayarles anda seperti penyedia perkhidmatan anda dan kekuatan isyarat;
    • maklumat pada sensor peranti seperti meter pecut, giroskop dan kompas.
  • Maklumat lain dengan persetujuan anda Jika anda memberikan kebenaran anda, kami akan mengumpul geolokasi sebenar anda (latitud dan longitud) melalui pelbagai cara, bergantung pada perkhidmatan dan peranti yang anda guna, termasuk sambungan GPS, Bluetooth atau Wi-Fi. Pengumpulan geolokasi anda mungkin berlaku dalam latar belakang walaupun anda tidak menggunakan perkhidmatan jika kebenaran yang anda berikan jelas membenarkan pengumpulan tersebut. Jika anda tidak membenarkan kami mengumpulkan geolokasi anda, kami tidak akan mengumpulnya. Namun begitu, jika anda bersetuju, kami mungkin mengumpul gambar dan video anda (contohnya, jika anda mahu menerbitkan gambar, video atau penstriman dalam perkhidmatan kami).

4. Kuki dan Teknologi Pengumpulan Data Setara yang Lain

Kami menggunakan dan mungkin membenarkan pihak lain menggunakan kuki dan teknologi yang setara (cth. suar web, piksel) untuk mengenal pasti anda dan/atau peranti anda. Anda boleh membaca Dasar Kuki kami untuk maklumat lanjut tentang sebab kami menggunakannya (seperti menentusahkan anda, mengingati keutamaan dan tetapan anda, menganalisis trafik laman dan trend, menyampaikan dan mengukur keberkesanan kempen pengiklanan, membenarkan anda menggunakan ciri sosial) dan cara anda boleh mengawal penggunaannya dengan lebih baik melalui tetapan pelayar anda dan alat lain.

Beberapa pelayar web (termasuk Safari, Internet Explorer, Firefox dan Chrome) mempunyai ciri “Do Not Track” (“ DNT ”) (Jangan Jejak) yang memberitahu laman web bahawa pengguna tidak mahu aktiviti dalam talian pengguna dijejak. Jika laman web yang memberi respons terhadap isyarat DNT ini menerima isyarat DNT, pelayar boleh menyekat laman web daripada mengumpul maklumat tertentu tentang pengguna pelayar ini. Bukan semua pelayar menawarkan pilihan DNT dan isyarat DNT belum lagi seragam. Oleh sebab ini, kebanyakan perniagaan termasuk Tinder tidak memberi respons terhadap isyarat DNT.

5. Cara Kami Menggunakan Maklumat

Sebab utama kami menggunakan maklumat anda adalah untuk menyampaikan dan menambah baik perkhidmatan kami. Selain itu, kami menggunakan maklumat anda untuk memastikan anda selamat dan menyiarkan iklan yang mungkin menarik minat anda. Baca selanjutnya untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci tentang pelbagai sebab kami menggunakan maklumat anda, berserta contoh yang praktikal.

Bagi mentadbir akaun anda dan menyediakan perkhidmatan kepada anda

  • Cipta dan urus akaun anda
  • Memberikan bantuan kepada anda dan memberi respons terhadap permintaan anda
  • Lengkapkan transaksi anda
  • Menyampaikan maklumat tentang perkhidmatan kami termasuk pengurusan dan pengebilan pesanan

Bagi membantu anda berhubung dengan pengguna lain

  • Menganalisis profil anda, aktiviti dalam perkhidmatan dan keutamaan untuk menyarankan hubungan bermakna kepada anda serta menyarankan anda kepada orang lain; Jika anda mahu maklumat lanjut tentang pemprofilan dan pembuat keputusan automatik, sila lihat Soalan Lazim kami
  • Tunjuk profil pengguna kepada satu sama lain

Bagi memastikan pengalaman yang konsisten pada semua peranti anda

  • Pautkan pelbagai peranti yang anda guna supaya anda boleh menikmati pengalaman perkhidmatan yang konsisten pada semua peranti. Kami melakukannya dengan memautkan data pelayar dan peranti, iaitu apabila anda log masuk akaun pada peranti yang berbeza atau menggunakan alamat IP separa atau penuh, versi pelayar dan data yang setara tentang peranti anda untuk membantu kami mengenal pasti dan memautkan data tersebut.

Bagi menyediakan perkhidmatan Tinder baharu kepada anda

  • Mendaftarkan diri anda dan memaparkan profil anda pada aplikasi dan ciri Tinder baharu
  • Mentadbir akaun anda pada aplikasi dan ciri baharu ini

Bagi menyampaikan tawaran dan iklan yang berkaitan

  • Mentadbir cabutan bertuah, peraduan, diskaun atau tawaran lain
  • Membangunkan, memaparkan dan menjejak kandungan dan iklan yang disesuaikan mengikut minat anda pada perkhidmatan kami dan laman yang lain
  • Menyampaikan maklumat melalui e-mel, telefon, media sosial atau peranti mudah alih tentang produk atau perkhidmatan yang mungkin dapat menarik perhatian anda

Bagi menambah baik perkhidmatan kami dan membangunkan perkhidmatan baharu

  • Mentadbir kumpulan tumpuan dan tinjauan
  • Menjalankan penyelidikan dan analisis kelakuan pengguna untuk menambah baik perkhidmatan dan kandungan kami (contohnya, kami mungkin memutuskan untuk mengubah rupa dan suasana ataupun mengubah suai secara ketara ciri yang disediakan berdasarkan kelakuan pengguna)
  • Membangunkan ciri dan perkhidmatan baharu (contohnya, kami mungkin memutuskan untuk membina ciri baharu yang berdasarkan minat dengan lebih lanjut untuk permintaan yang kami terima daripada pengguna).

Bagi mengelak, mengesan dan memerangi penipuan atau aktiviti yang tidak dibenarkan atau aktiviti haram yang lain

  • Menangani kelakuan buruk yang sedang berlaku atau didakwa berlaku di dalam dan di luar platform
  • Melakukan analisis data untuk lebih memahami dan mencipta langkah balas terhadap semua aktiviti ini
  • Mengekalkan data berkaitan aktiviti penipuan untuk mengelakkan kejadian ini berulang

Bagi memastikan pematuhan undang-undang

  • Mematuhi keperluan undang-undang
  • Membantu agensi penguatkuasaan undang-undang
  • Menguatkuasakan atau melaksanakan hak kami, contohnya Terma kami

Bagi memproses maklumat anda seperti yang dihuraikan di atas, kami bergantung pada asas undang-undang berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan kami kepada anda: Kebanyakan masa, tujuan kami memproses maklumat anda adalah untuk memenuhi kontrak yang anda ikat dengan kami. Contohnya, apabila anda menggunakan perkhidmatan kami untuk membina hubungan yang bermakna, kami menggunakan maklumat anda untuk menguruskan akaun dan profil anda supaya ia boleh dilihat oleh pengguna lain dan menyarankan pengguna lain kepada anda.
  • Kepentingan yang sah: Kami mungkin menggunakan maklumat anda apabila kami mempunyai kepentingan yang sah untuk berbuat demikian. Contohnya, kami menganalisis kelakuan pengguna ketika menggunakan perkhidmatan kami supaya kami dalam menambah baik tawaran kami secara berterusan, kami menyarankan tawaran yang kami percaya dapat menarik perhatian anda dan kami memproses maklumat untuk tujuan pentadbiran, pengesanan penipuan dan hal-ehwal undang-undang yang lain.
  • Kebenaran: Dari semasa ke semasa, kami mungkin meminta kebenaran anda untuk menggunakan maklumat anda bagi tujuan tertentu. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di alamat yang disediakan di penghujung Dasar Privasi ini.

6. Cara Kami Berkongsi Maklumat

Oleh sebab matlamat kami adalah untuk membantu anda membina hubungan yang bermakna, sudah tentu perkongsian utama maklumat pengguna adalah dengan pengguna lain. Kami juga berkongsi beberapa maklumat pengguna dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi yang membantu kami mengendalikan perkhidmatan dengan syarikat Match Group yang lain serta pihak berkuasa undang-undang dalam beberapa kes. Baca selanjutnya untuk butiran lanjut tentang cara maklumat anda dikongsikan dengan orang lain.

Dengan pengguna lain

Anda berkongsi maklumat dengan pengguna lain apabila anda secara sukarela memberikan maklumat ketika menggunakan perkhidmatan (termasuk profil awam anda). Sila berhati-hati dengan maklumat anda dan pastikan kandungan yang anda kongsi ialah kandungan yang boleh dipaparkan secara umum kerana kami atau anda sendiri tidak boleh mengawal tindakan yang akan dilakukan oleh orang lain terhadap maklumat anda selepas anda berkongsi maklumat tersebut.

Jika anda memilih untuk mengehadkan khalayak untuk semua atau sebahagian daripada profil anda atau untuk kandungan atau maklumat tertentu tentang anda, maka ia akan dipaparkan mengikut tetapan anda. *

Dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami

Kami menggunakan pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan dan menambah baik perkhidmatan kami. Semua pihak ketiga ini membantu kami melakukan pelbagai tugas termasuk operasi pengehosan dan penyelenggaraan data, analisis, penjagaan pelanggan, pemasaran, pengiklanan, pemprosesan bayaran dan keselamatan.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan rakan kongsi yang mengedarkan dan membantu mengiklankan perkhidmatan kami. Contohnya, kami mungkin berkongsi maklumat anda dalam bentuk yang diolah semula dan tidak boleh dibaca kepada rakan kongsi pengiklanan.

Kami mematuhi proses pemeriksaan yang ketat sebelum melibatkan sebarang penyedia perkhidmatan atau bekerjasama dengan sebarang rakan kongsi. Semua penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami mesti bersetuju dengan kewajipan kerahsiaan yang ketat. *

Dengan perniagaan Match Group yang lain

Tinder merupakan sebahagian daripada keluarga perniagaan Match Group, setakat pada tarikh Dasar Privasi ini, termasuk laman web dan aplikasi seperti Tinder, OkCupid, Plenty of Fish, Match, Meetic, BlackPeopleMeet, LoveScout24, OurTime, Pairs, ParPerfeito, dan Twoo (klik di sini untuk butiran lanjut).

Kami berkongsi maklumat anda dengan syarikat Match Group yang lain supaya mereka dapat membantu kami memproses maklumat anda sebagai penyedia perkhidmatan, selepas menerima arahan kami dan bagi pihak kami. Bantuan yang diberikan oleh syarikat Match Group yang lain mungkin merangkumi operasi pemprosesan teknikal seperti pengehosan dan penyelenggaraan data, penjagaan pelanggan, pemasaran dan pengiklanan tersasar, bantuan kewangan dan perakaunan, lebih memahami cara perkhidmatan kami digunakan dan kelakuan pengguna untuk menambah baik perkhidmatan kami, melindungi data dan sistem kami, memerangi spam, penyalahgunaan, penipuan, pelanggaran dan kesalahan lain.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan syarikat Match Group yang lain untuk tujuan perniagaan yang sah seperti audit korporat, analisis dan pelaporan bersepadu serta pematuhan dengan undang-undang yang dikenakan. Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan syarikat Match Group yang lain untuk membuang pengguna yang melanggar terma perkhidmatan kami atau pengguna yang dilaporkan kerana aktiviti jenayah dan/atau berkelakuan buruk. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin membuang pengguna tersebut daripada semua platform. *

Bagi transaksi korporat

Kami mungkin memindahkan maklumat anda jika kami terlibat sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dalam penggabungan, penjualan, pemerolehan, penyahlaburan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, kebankrapan, perubahan pemilikan atau pengawalan yang lain. *

Apabila diperlukan oleh undang-undang

Kami mungkin mendedahkan maklumat anda jika kami perlu berbuat demikian: (i) untuk mematuhi proses perundangan seperti perintah mahkamah, sepina atau waran geledah, penyiasatan kerajaan / agensi penguatkuasaan undang-undang atau keperluan perundangan yang lain; (ii) untuk membantu mencegah atau mengesan jenayah (bergantung pada undang-undang yang berkaitan dalam setiap kes); atau (iii) untuk melindungi keselamatan mana-mana individu. *

Bagi menguatkuasakan hak undang-undang

Kami mungkin juga berkongsi maklumat: (i) jika pendedahan dapat mengurangkan liabiliti kami dalam tuntutan mahkamah yang mungkin berlaku atau sedang berlaku; (ii) jika perlu dilakukan untuk melindungi hak perundangan kami dan hak perundangan pengguna kami, rakan kongsi perniagaan kami atau pihak berkepentingan yang lain ; (iii) untuk menguatkuasakan perjanjian kami dengan anda; dan (iv) untuk menyiasat, mencegah atau mengambil tindakan lain terhadap aktiviti haram, penipuan yang disyaki berlaku atau salah laku yang lain. *

Dengan kebenaran atau permintaan anda

Kami mungkin meminta kebenaran anda untuk berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga. Dalam sebarang kes, kami akan menjelaskan sebab yang membuatkan kami mahu berkongsi maklumat ini.

Kami mungkin menggunakan dan berkongsi maklumat bukan peribadi (bermakna maklumat tersebut dengan sendirinya tidak dapat mengenal pasti identiti anda seperti maklumat peranti, demografi umum, data kelakuan am, geolokasi dalam bentuk yang tidak dikenali) serta maklumat peribadi dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan diolah semula dalam sebarang keadaan di atas. Kami juga mungkin berkongsi maklumat ini dengan syarikat Match Group yang lain dan pihak ketiga (terutamanya pengiklan) untuk membangunkan dan menyampaikan pengiklanan sasaran pada perkhidmatan kami dan pada laman web atau aplikasi pihak ketiga serta menganalisis dan melaporkan iklan yang anda lihat. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan maklumat bukan peribadi tambahan atau maklumat peribadi dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan diolah semula yang dikumpul daripada sumber lain. Maklumat lanjut tentang penggunaan kuki dan teknologi setara boleh ditemui dalam Dasar Kuki kami

7. Pemindahan Data Merentas Sempadan

Perkongsian maklumat yang dinyatakan dalam Seksyen 6 kadang-kala melibatkan pemindahan data merentasi sempadan seperti ke Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain. Contohnya, apabila perkhidmatan membolehkan pengguna berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), maklumat peribadi mereka dipindahkan ke negara-negara di luar EEA. Kami menggunakan fasal kontrak standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah atau agensi perlindungan lain yang sesuai untuk membenarkan pemindahan data dari EEA ke negara lain. Fasal kontrak standard merupakan komitmen antara syarikat yang memindahkan data dan yang mengikat mereka untuk melindungi privasi serta keselamatan data anda

8. Hak Anda

Kami mahu anda mengawal maklumat anda. Jadi, kami menyediakan maklumat berikut kepada anda:

  • Alat untuk Akses/Kemas kini dalam perkhidmatan. Alat dan tetapan akaun yang membantu anda mengakses, membetulkan atau memadam maklumat yang anda berikan kepada kami dan berkait dengan akaun anda secara terus dalam perkhidmatan. Jika anda ada sebarang soalan tentang alat dan tetapan ini, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan di sini.
  • Kebenaran peranti. Platform mudah alih mempunyai sistem kebenaran untuk jenis data peranti dan pemberitahuan tertentu, seperti buku telefon, perkhidmatan lokasi dan pemberitahuan tolak. Anda boleh ubah tetapan pada peranti anda untuk membenarkan atau menolak pengumpulan maklumat sepadan atau pemaparan pemberitahuan sepadan. Namun begitu, jika anda berbuat demikian, perkhidmatan tertentu mungkin kehilangan fungsi penuh.
  • Pemadaman. Anda boleh padam akaun anda menggunakan fungsi sewajarnya dalam perkhidmatan.

Kami mahu anda tahu hak privasi anda. Di sini disenaraikan beberapa isi penting yang perlu anda ingat:

  • Menyemak maklumat anda. Undang-undang privasi yang diterapkan mungkin memberikan anda hak untuk menyemak maklumat peribadi anda yang kami simpan (bergantung pada bidang kuasa, ini mungkin dipanggil hak akses, hak mudah alih atau variasi terma ini). Anda boleh minta salinan maklumat peribadi anda dengan membuat permintaan tersebut di sini.
  • Cara mengemas kini maklumat anda. Jika anda percaya maklumat anda yang kami pegang tidak tepat atau kami tidak lagi dibenarkan menggunakannya dan anda mahu meminta pembetulan, pemadaman atau menolak pemprosesannya, sila hubungi kami di sini.

Demi perlindungan anda dan perlindungan semua pengguna kami, kami mungkin meminta anda memberikan bukti identiti anda sebelum kami boleh menjawab permintaan di atas.

Anda perlu ingat, kami mungkin menolak permintaan kerana sebab tertentu termasuk jika permintaan itu menyalahi undang-undang, jika ia melanggar rahsia perdagangan, hak intelek atau privasi pengguna lain. Jika anda mahu menerima maklumat berkaitan pengguna lain seperti salinan sebarang mesej yang anda terima daripada pengguna tersebut menerusi perkhidmatan kami, pengguna itu perlu menghubungi Pegawai Privasi kami untuk memberikan persetujuan bertulis sebelum maklumat itu diberikan.

Selain itu, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tertentu untuk menolak pemprosesan maklumat peribadi, terutamanya apabila permintaan tersebut menyebabkan kami tidak boleh lagi menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Contohnya, kami tidak boleh menyediakan perkhidmatan kami jika kami tidak mempunyai tarikh lahir anda.

  • Nyahpasang. Anda boleh menghentikan semua pengumpulan maklumat oleh aplikasi dengan menyahpasangnya menggunakan proses nyahpasang standard untuk peranti anda. Jika anda menyahpasang aplikasi daripada peranti mudah alih anda, pengenal pasti unik yang dikaitkan dengan peranti anda masih akan disimpan. Jika anda memasang semula aplikasi pada peranti mudah alih yang sama, kami boleh mengaitkan semula pengenal pasti ini dengan aktiviti dan transaksi terdahulu anda.
  • Kebertanggungjawaban. Di negara tertentu termasuk negara Kesatuan Eropah, anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang sewajarnya jika anda ada kebimbangan tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda. Pihak berkuasa perlindungan data yang anda boleh buat aduan kepada mereka terutamanya di tempat kediaman anda, tempat kerja anda atau tempat kami berada.

9. Penduduk California

Jika anda seorang penduduk California, anda boleh meminta notis yang mendedahkan kategori maklumat peribadi anda yang kami kongsi dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka pada tahun kalendar sebelumnya. Bagi meminta notis ini, sila serahkan permintaan anda di sini. Sila tunggu 30 hari untuk menerima respons. Demi perlindungan anda dan perlindungan semua pengguna, kami meminta anda memberikan bukti identiti sebelum kami boleh menjawab permintaan tersebut.

10. Cara Kami Melindungi Maklumat Anda

Kami bekerja keras untuk melindungi anda daripada orang lain yang mengakses maklumat peribadi anda secara tidak sah ataupun pengubahsuaian, pendedahan atau pemusnahan maklumat peribadi anda. Sama seperti syarikat teknologi lain, walaupun kami mengambil langkah untuk melindungi maklumat anda, kami tidak berjanji dan anda tidak seharusnya menjangkakan bahawa maklumat anda akan sentiasa selamat.

Kami memantau sistem kami secara tetap untuk sebarang kemungkinan terdedah pada bahaya dan serangan, serta menyemak amalan pengumpulan maklumat, penyimpanan dan pemprosesan kami secara tetap untuk mengemas kini langkah keselamatan fizikal, teknikal dan organisasi.

Kami mungkin menggantung semua atau sebahagian penggunaan perkhidmatan anda tanpa notis jika kami mengesyaki atau mengesan sebarang pelanggaran keselamatan. Jika anda percaya bahawa akaun atau maklumat anda tidak lagi selamat, sila beritahu kami dengan segera di sini

Bagi memastikan sistem kami dan maklumat anda dilindungi daripada akses yang tidak dibenarkan, kecurian dan kehilangan, kami melaksanakan program kurniaan pepijat. Jika anda mahu maklumat lanjut tentang program kurniaan pepijat, sila klik di sini.

11. Tempoh Kami Mengekalkan Maklumat Anda

Kami menyimpan maklumat peribadi hanya selama yang kami perlukan untuk tujuan perniagaan yang sah (seperti yang tertera dalam Seksyen 5) dan setakat yang dibenarkan menurut undang-undang yang berkaitan. Bagi melindungi keselamatan dan sekuriti pengguna kami di dalam dan di luar perkhidmatan kami, kami melaksanakan tempoh pengekalan keselamatan selama tiga bulan selepas akaun dipadam. Dalam tempoh ini, maklumat akaun akan dikekalkan walaupun akaun tidak boleh dilihat lagi dalam perkhidmatan.

Secara praktikal, kami memadam atau menjadikan maklumat anda tanpa nama selepas pemadaman akaun anda (selepas tempoh pengekalan keselamatan) atau selepas dua tahun tiada aktiviti yang berterusan melainkan:

  1. kami mesti menyimpannya supaya mematuhi undang-undang yang berkaitan (contohnya, sesetengah “data trafik” disimpan selama setahun supaya mematuhi kewajipan pengekalan data berkanun);
  2. kami mesti menyimpannya sebagai bukti kepatuhan kami dengan undang-undang yang berkaitan (contohnya, rekod persetujuan Terma, Dasar Privasi dan persetujuan setara yang lain disimpan selama lima tahun);
  3. terdapat suatu isu, tuntutan atau pertikaian yang belum dijelaskan yang memerlukan kami menyimpan maklumat yang berkaitan sehingga ia selesai; atau
  4. maklumat mesti disimpan demi kepentingan perniagaan kami yang sah seperti pencegahan penipuan dan menambah baik keselamatan dan sekuriti pengguna. Contohnya, maklumat mungkin perlu disimpan untuk mencegah pengguna yang pernah disekat kerana berkelakuan tidak selamat atau mempunyai insiden keselamatan daripada membuka akaun baharu.

Anda perlu ingat bahawa walaupun sistem kami dibangunkan untuk melakukan proses pemadaman data mengikut garis panduan di atas, kami tidak berjanji bahawa semua data akan dipadam dalam tempoh masa yang tertentu kerana kekangan teknikal.

12. Privasi Kanak-kanak

Perkhidmatan kami dihadkan kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak membenarkan pengguna yang berumur kurang daripada 18 tahun menggunakan platform kami dan kami tidak akan mengumpulkan maklumat peribadi secara sengaja daripada sesiapa sahaja yang berumur kurang daripada 18 tahun. Jika anda mengesyaki seseorang pengguna berumur kurang daripada 18 tahun, sila guna mekanisme pelaporan yang disediakan menerusi perkhidmatan kami.

13. Perubahan Dasar Privasi

Oleh sebab kami sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk membantu anda membina hubungan yang bermakna, dasar ini mungkin berubah mengikut peredaran masa. Kami akan memberitahu anda sebelum sebarang perubahan material dilaksanakan supaya anda mempunyai masa untuk menyemak perubahan tersebut.

14. Cara Menghubungi Kami

Jika anda ada soalan tentang Dasar Privasi ini, anda boleh menghubungi kami melalui cara berikut:

Jika anda tinggal di negara-negara Kesatuan Eropah:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Privasi

MTCH Technology Services Limited

Tinder

WeWork Charlemont Exchange

42 Charlemont Street

Dublin 2, D02 R593

Ireland

Jika anda tinggal di Jepun:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Privasi

MG Japan Services GK

c/o Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

United States

Jika anda tinggal di luar Kesatuan Eropah dan Jepun:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Privasi

Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

United States