KOMITMEN KAMI KEPADA ANDA

Di Tinder, kami mengutamakan privasi anda. Privasi anda diutamakan ketika kami mereka bentuk dan membina perkhidmatan dan produk yang anda tahu dan suka, supaya anda boleh mempercayai kami sepenuhnya dan menumpukan perhatian anda untuk membina hubungan yang bermakna.

Kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami apabila anda memberikan maklumat anda dan kami tidak memandang ringan perkara ini.

Komitmen kami terhadap privasi Kami mereka bentuk semua produk dan perkhidmatan kami berdasarkan kepentingan privasi anda. Kami melibatkan pakar daripada pelbagai bidang, termasuk undang-undang, keselamatan, kejuruteraan, reka bentuk produk dan lain-lain untuk memastikan keputusan yang kami ambil adalah menghormati privasi anda.

Komitmen kami terhadap ketelusan Oleh sebab kami menggunakan banyak perkhidmatan atas talian yang sama seperti yang anda guna, kami tahu kekurangan maklumat dan bahasa yang terlalu rumit adalah masalah yang biasa timbul dalam dasar privasi. Kami menggunakan pendekatan berlawanan: kami menulis Dasar Privasi kami dan dokumen yang berkaitan dalam bahasa mudah. Kami mahu anda membaca dasar kami dan memahami amalan privasi kami!

Komitmen kami terhadap keselamatan Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi dalam memastikan data anda selamat dan dilindungi. Kami sentiasa mengemas kini amalan keselamatan kami dan melabur dalam usaha keselamatan kami untuk menambah baik keselamatan maklumat anda.


Dasar Privasi

Selamat datang ke Dasar Privasi Tinder. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membacanya.

Kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami terhadap maklumat anda dan kami bertekad untuk sentiasa memelihara kepercayaan tersebut. Kami mulakan dengan memastikan anda memahami maklumat yang kami kumpul, mengapa kami mengumpulnya, cara ia digunakan dan pilihan anda berkaitan maklumat anda. Dasar ini menghuraikan amalan privasi kami dalam bahasa mudah dan kami meminimumkan istilah teknikal dan undang-undang.

Dasar Privasi ini berkuat kuasa mulai 17 Januari, 2022. Versi terdahulu Dasar Privasi ini, tersedia di sini, dan tidak lagi berkuat kuasa sehingga tarikh tersebut.

TARIKH KUAT KUASA : 17 Januari, 2022

  1. Identiti Kami
  2. Di mana Dasar Privasi Ini Terpakai
  3. Maklumat yang Kami Kumpul
  4. Kuki dan Teknologi Pengumpulan Data Setara yang Lain
  5. Cara Kami Menggunakan Maklumat
  6. Cara Kami Berkongsi Maklumat
  7. Pemindahan Data Merentas Sempadan
  8. Hak Anda
  9. Tempoh Kami Mengekalkan Maklumat Anda
  10. Privasi Kanak-kanak
  11. Calon Pekerjaan, Kontraktor dan Wakil Vendor
  12. Perubahan Dasar Privasi
  13. Cara Menghubungi Kami

Bagi Pengguna California

Sila lihat Pernyataan Privasi California kami untuk mengetahui tentang hak privasi California.

1. Identiti Kami

Jika anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA"), United Kingdom atau Switzerland, syarikat yang bertanggungjawab ke atas maklumat anda di bawah Dasar Privasi ini ("pengawal data") adalah:

MTCH Technology Services Limited

Tinder

WeWork Charlemont Exchange

42 Charlemont Street

Dublin 2, D02 R593

Ireland

Jika anda tinggal di Jepun, syarikat yang bertanggungjawab menguruskan maklumat anda ialah:

MG Japan Services GK

4F Sumitomo Fudosan Azabu Bldg

1-4-1 Mita

Minato-ku,Tokyo 108-0073

Negeri Jepun

Jika anda tinggal di luar EEA, United Kingdom, Switzerland dan Jepun, syarikat yang bertanggungjawab untuk maklumat anda adalah:

Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

Amerika Syarikat

2. Pemakaian Dasar Privasi Ini

Dasar Privasi ini diguna pakai ke atas tapak web, aplikasi, acara dan perkhidmatan lain yang dikendalikan di bawah jenama Tinder. Bagi tujuan kesenangan bersama, kami merujuk semua ini sebagai “perkhidmatan” kami dalam Dasar Privasi. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, kami menambah pautan pada Dasar Privasi ini untuk semua perkhidmatan yang terpakai.

Beberapa perkhidmatan mungkin memerlukan dasar privasi tersendiri. Jika perkhidmatan tertentu mempunyai dasar privasi tersendiri, maka dasar tersebut -- bukan Dasar Privasi ini -- yang akan terpakai.

3. Maklumat yang Kami Kumpul

Jelas sekali, kami tidak dapat membantu anda mencipta hubungan bermakna tanpa beberapa maklumat tentang anda, seperti butiran profil asas dan jenis orang yang anda mahu berkenalan. Kami juga mengumpul maklumat tentang penggunaan anda terhadap perkhidmatan seperti akses log masuk, termasuk maklumat daripada pihak ketiga, seperti ketika anda mengakses perkhidmatan kami melalui akaun media sosial anda atau apabila anda memuat naik maklumat dari akaun media sosial anda untuk melengkapkan profil anda. Jika anda mahu maklumat lanjut, kami akan beritahu dengan lebih terperinci di bawah.

Maklumat yang anda beri kepada kami

Anda memilih untuk memberikan maklumat tertentu apabila anda menggunakan perkhidmatan kami. Ini merangkumi:

  • Apabila anda mencipta akaun, anda memberikan kepada kami sekurang-kurangnya nombor telefon dan alamat e-mel anda, begitu juga beberapa butiran asas yang diperlukan untuk membolehkan perkhidmatan berfungsi, seperti jantina dan tarikh lahir anda.
  • Selepas anda melengkapkan profil anda, anda boleh kongsi maklumat tambahan anda, seperti butiran pada bio anda, minat dan butiran lain tentang diri anda, termasuk kandungan seperti foto dan video. Jika anda mahu menambah kandungan tertentu, seperti gambar atau video, anda boleh membenarkan kami mengakses kamera atau album gambar anda.
  • Apabila anda melanggan perkhidmatan berbayar atau membuat pembelian terus daripada kami (bukan melalui platform seperti iOS atau Android), anda memberikan maklumat kepada kami atau penyedia perkhidmatan pembayaran kami seperti nombor kad debit atau kredit anda atau maklumat kewangan yang lain.
  • Apabila anda menyertai tinjauan, kumpulan tumpuan atau kajian pasaran, anda memberikan pandangan tentang produk dan perkhidmatan kami kepada kami, maklum balas kepada soalan dan testimonial kami.
  • Apabila anda memilih untuk menyertai promosi, acara atau peraduan kami, kami mengumpul maklumat yang anda berikan untuk mendaftar atau menyertainya.
  • Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami, kami mengumpul maklumat yang anda berikan kepada kami semasa berinteraksi.
  • Jika anda kongsi maklumat tentang orang lain dengan kami (sebagai contoh, jika anda menggunakan butiran kenalan anda untuk ciri tertentu), kami memproses maklumat ini bagi pihak anda untuk melengkapkan permintaan anda.
  • Sudah tentu, kami juga memproses sembang anda dengan ahli lain termasuk kandungan yang anda terbitkan, sebagaimana yang diperlukan untuk operasi perkhidmatan ini.

Maklumat yang kami terima daripada orang lain

Selain maklumat yang anda berikan terus kepada kami, kami juga menerima maklumat tentang anda daripada orang lain, termasuk:

  • Ahli Ahli mungkin memberikan maklumat tentang anda semasa mereka menggunakan perkhidmatan kami, sebagai contoh, semasa mereka berinteraksi dengan anda atau jika mereka menyerahkan laporan yang melibatkan anda.

  • Media Sosial Anda boleh memutuskan untuk berkongsi maklumat dengan kami menerusi akaun media sosial anda, contohnya, jika anda memutuskan untuk mencipta dan log masuk ke akaun Tinder anda menerusi media sosial anda atau akaun lain (cth., Facebook Google atau Apple) atau untuk memuat naik ke maklumat perkhidmatan kami seperti foto daripada salah satu akaun media sosial anda (cth., Instagram atau Spotify).

  • Ahli Sekutu Tinder adalah sebahagian daripada keluarga perniagaan Match Group. Match Group menganggap keselamatan dan perlindungan ahli adalah paling utama. Jika anda dilarang daripada perkhidmatan Match Group yang lain, maklumat anda boleh dikongsikan kepada kami untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk menutup akaun anda atau mencegah anda daripada mencipta akaun baharu pada perkhidmatan kami.

  • Rakan Kongsi Lain Kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada rakan kongsi kami di mana iklan Tinder disiarkan pada perkhidmatan rakan kongsi kami (di mana mereka mungkin memberikan butiran kejayaan kempen). Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami juga boleh menerima maklumat tentang penyamar yang disyaki dan disabitkan daripada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada usaha kami dalam memastikan keselamatan dan perlindungan ahli kami.

Maklumat yang dikumpul ketika anda menggunakan perkhidmatan kami

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mengambil data teknikal tentang ciri apa yang anda gunakan, bagaimana anda menggunakannya dan peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami. Lihat di bawah untuk butiran lanjut:

  • Maklumat Penggunaan Menggunakan perkhidmatan akan memberikan data tentang aktiviti anda pada perkhidmatan kami, sebagai contoh, bagaimana anda menggunakannya (cth., semasa anda log masuk, ciri yang anda sedang gunakan, tindakan yang diambil, maklumat yang ditunjukkan kepada anda, merujuk kepada alamat tapak web dan iklan yang anda berinteraksi dengan) dan interaksi anda dengan ahli lain (cth., ahli yang anda berhubung dengan dan berinteraksi, apabila anda bertukar dengan mereka, bilangan mesej yang anda hantar dan terima).

  • Maklumat peranti Kami mengumpul maklumat dari dan tentang peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami, termasuk maklumat perkakasan dan perisian seperti alamat IP, ID peranti dan jenis, tetapan aplikasi dan ciri-cirinya, kerosakan aplikasi, ID pengiklanan (dan merupakan bilangan yang dijana secara rawak yang anda boleh set semula di tetapan peranti anda), pengecam yang berkaitan dengan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengecam peranti atau pelayar secara unik.

  • Maklumat lain dengan persetujuan anda Jika anda memberikan kami kebenaran, kami akan mengumpul geolokasi tepat anda (latitud dan longitud). Pengumpulan geolokasi anda mungkin berlaku pada latar belakang walaupun anda tidak menggunakan perkhidmatan jika kebenaran yang anda berikan jelas membenarkan pengumpulan tersebut. Jika anda tidak membenarkan kami mengumpul geolokasi anda, kami tidak akan mengumpulnya. Begitu juga, jika anda bersetuju, kami mungkin mengumpul foto dan video (sebagai contoh, jika anda mahu menyiarkan foto atau video atau menyertai ciri penstriman dalam perkhidmatan kami).

4. Kuki dan Teknologi Pengumpulan Data Setara yang Lain

Kami menggunakan dan mungkin membenarkan pihak lain menggunakan kuki dan teknologi yang setara (cth. suar web, piksel, SDK) untuk mengenal pasti anda dan/atau peranti anda. Anda boleh membaca Dasar Kuki kami untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakannya dan bagaimana anda boleh mengawal penggunaannya dengan lebih baik.

Beberapa pelayar web (termasuk Safari, Internet Explorer, Firefox dan Chrome) mempunyai ciri “Do Not Track” (“ DNT ”) (Jangan Jejak) ciri yang memberitahu tapak web bahawa pengguna tidak mahu aktiviti atas talian pengguna dijejak. Jika tapak web yang memberi respons terhadap isyarat DNT ini menerima isyarat DNT, pelayar boleh menyekat tapak web daripada mengumpul maklumat tertentu tentang pengguna pelayar ini. Bukan semua pelayar menawarkan pilihan DNT dan isyarat DNT belum lagi seragam. Oleh sebab ini, kebanyakan perniagaan termasuk Tinder tidak memberi respons terhadap isyarat DNT.

5. Cara Kami Menggunakan Maklumat

Sebab utama kami menggunakan maklumat anda adalah untuk menyampaikan dan menambah baik perkhidmatan kami. Selain itu, kami menggunakan maklumat anda untuk memastikan anda selamat dan menyiarkan iklan yang mungkin menarik minat anda. Baca selanjutnya untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci tentang pelbagai sebab kami menggunakan maklumat anda, berserta contoh yang praktikal.

A. Bagi mentadbir akaun anda dan menyediakan perkhidmatan kepada anda

  • Cipta dan urus akaun anda
  • Memberikan sokongan pelanggan kepada anda dan memberi respons terhadap permintaan anda
  • Lengkapkan transaksi anda
  • Berkomunikasi dengan anda tentang perkhidmatan kami

B. Bagi membantu anda berhubung dengan pengguna lain

  • Mencadangkan kepada anda ahli lain untuk bertemu
  • Tunjukkan profil ahli kepada satu sama lain

C. Bagi menyediakan perkhidmatan Tinder baharu kepada anda

  • Mendaftar diri anda dan memapar profil anda pada aplikasi dan ciri Tinder baharu
  • Mentadbir akaun anda pada aplikasi dan ciri baharu ini

D. Untuk mengendalikan pengiklanan dan kempen pemasaran

  • Mentadbir cabutan bertuah, peraduan, diskaun atau tawaran lain
  • Melakukan dan mengukur keberkesanan kempen pengiklanan pada perkhidmatan kami dan kempen pemasaran yang mempromosikan Tinder di luar perkhidmatan kami
  • Berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami rasa akan menarik minat anda

E. Bagi menambah baik perkhidmatan kami dan membangunkan perkhidmatan baharu

  • Mentadbir kumpulan tumpuan, kajian pasaran dan tinjauan
  • Semak interaksi dengan pasukan penjagaan pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami
  • Ketahui bagaimana ahli biasanya menggunakan perkhidmatan untuk memperbaikinya (sebagai contoh, kami mungkin memutuskan untuk mengubah penampilan dan rasa atau mengubah ciri tertentu berdasarkan bagaimana ahli bertindak balas terhadapnya)
  • Membangunkan ciri dan perkhidmatan baharu (contohnya, kami mungkin memutuskan untuk membina ciri baharu yang berdasarkan minat dengan lebih lanjut untuk permintaan yang kami terima daripada ahli).

F. Untuk mengelak, mengesan dan memerangi penipuan dan aktiviti yang haram dan tidak dibenarkan yang lain

  • Cari dan atasi pelanggaran yang sedang berlaku, disyaki atau didakwa terhadap Terma Penggunaan kami, terutamanya melalui semakan laporan dan interaksi antara ahli
  • Lebih memahami dan mereka tindakan balas terhadap pelanggaran Terma Penggunaan kami
  • Menyimpan data berkaitan pelanggaran Terma Penggunaan kami untuk mengelakkan hal ini daripada berulang
  • Menguatkuasakan atau melaksanakan hak kami, contohnya Terma Penggunaan kami
  • Berkomunikasi dengan individu yang menyerahkan laporan, apa yang telah kami lakukan sebagai hasil penyerahan laporan mereka

G. Bagi memastikan pematuhan undang-undang

  • Mematuhi keperluan undang-undang
  • Membantu agensi penguatkuasaan undang-undang

Untuk maklumat tentang bagaimana kami memproses maklumat peribadi melalui profil dan pembuat keputusan automatik, sila lihat Soalan Lazim (FAQ) kami.

Untuk memproses maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, kami bergantung pada asas undang-undang berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan kami kepada anda: Sebab kami memproses maklumat anda untuk tujuan A, B, dan C di atas adalah untuk melaksanakan kontrak yang anda ada dengan kami. Contohnya, semasa anda menggunakan perkhidmatan kami untuk membina hubungan yang bermakna, kami menggunakan maklumat anda untuk mengekalkan akaun dan profil anda, menjadikannya dapat dilihat oleh ahli lain dan mencadangkan ahli lain kepada anda dan sebaliknya menyediakan ciri percuma dan berbayar kepada anda dan ahli lain.
  • Kepentingan yang Sah: Kami memproses maklumat anda untuk tujuan D, E dan F di atas, berdasarkan kepentingan yang sah. Contohnya, kami menganalisis tingkah laku pengguna pada perkhidmatan kami untuk terus memperbaiki tawaran kami, kami mencadangkan tawaran yang kami rasa akan menarik minat anda dan mempromosikan perkhidmatan kami, kami proses maklumat untuk membantu mengekalkan keselamatan ahli kami dan kami memproses data apabila diperlukan untuk menguatkuasakan hak kami, membantu penguatkuasaan undang-undang dan membolehkan kami mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan undang-undang.
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan terpakai: Kami memproses maklumat anda bagi tujuan G di atas di mana perlu untuk kami mematuhi undang-undang dan peraturan terpakai dan bukti kepatuhan kami terhadap undang-undang dan peraturan terpakai. Contohnya, kami mengekalkan trafik data dan data tentang transaksi selaras dengan perakaunan kami, cukai dan kewajipan penyimpanan data berkanun dan mampu memberi respons kepada permintaan akses sah daripada penguatkuasaan undang-undang. Kami juga menyimpan bukti persetujuan yang ahli berikan kepada kami dan keputusan yang mereka ambil untuk keluar daripada ciri atau pemprosesan tertentu.
  • Persetujuan: Jika anda memilih untuk memberikan maklumat yang mungkin dianggap "istimewa" atau "sensitif" kepada kami dalam bidang kuasa tertentu, seperti orientasi seksual anda, anda bersetuju dengan pemprosesan maklumat itu dengan kami menurut Dasar Privasi ini. Dari masa ke masa, kami mungkin akan meminta persetujuan anda untuk mengumpulkan maklumat tertentu seperti geolokasi tepat anda atau menggunakan maklumat anda untuk beberapa sebab tertentu. Dalam beberapa kes, anda boleh menarik balik persetujuan anda dengan menyesuaikan tetapan anda (misalnya berkaitan dengan pengumpulan geolokasi tepat kami) atau dengan memadamkan kandungan anda (misalnya anda memasukkan maklumat dalam profil anda yang dianggap "istimewa" atau "sensitif"). Walau bagaimanapun, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di alamat yang disediakan di hujung Dasar Privasi ini.

6. Cara Kami Berkongsi Maklumat

Oleh sebab matlamat kami adalah untuk membantu anda membina hubungan yang bermakna, sudah tentu perkongsian utama maklumat ahli adalah dengan ahli lain. Kami juga berkongsi beberapa maklumat ahli dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi yang membantu kami mengendalikan perkhidmatan dengan syarikat Match Group yang lain untuk sebab tertentu seperti yang diterangkan di bawah dan, dalam kes tertentu, pihak berkuasa undang-undang. Baca selanjutnya untuk butiran lanjut tentang cara maklumat anda dikongsikan dengan orang lain.

Dengan ahli-ahli lain

Anda berkongsi maklumat dengan ahli-ahli lain apabila anda secara sukarela memberikan maklumat ketika menggunakan perkhidmatan (termasuk profil awam anda). Sila berhati-hati dengan maklumat anda dan pastikan kandungan yang anda kongsikan adalah perkara yang anda selesa untuk dilihat.

Jika anda memilih untuk mengehadkan khalayak untuk semua atau sebahagian daripada profil anda atau untuk kandungan atau maklumat tertentu tentang anda, maka ia akan dipaparkan mengikut tetapan anda.

Jika seseorang menyerahkan laporan melibatkan anda (contohnya, anda melanggar Terma Penggunaan kami), Kami mungkin akan berkomunikasi kepada pelapor, tindakan, jika ada, yang kami akan ambil sebagai hasil laporan mereka. *

Dengan penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami

Kami menggunakan pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan dan menambah baik perkhidmatan kami. Semua pihak ketiga ini membantu kami melakukan pelbagai tugas, termasuk operasi pengehosan dan penyelenggaraan data, analisis, penjagaan pelanggan, pemasaran, pengiklanan, pemprosesan bayaran dan keselamatan operasi. Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan rakan kongsi yang mengedarkan dan membantu mengiklankan perkhidmatan kami. Contohnya, kami mungkin berkongsi maklumat anda dalam bentuk yang diolah semula, bentuk yang tidak boleh dibaca kepada rakan kongsi pengiklanan.

Kami mematuhi proses tapisan yang ketat sebelum melibatkan mana-mana penyedia perkhidmatan atau bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi. Penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami mesti setuju dengan kewajipan kerahsiaan yang ketat. *

Dengan ahli gabungan kami

Tinder adalah sebahagian daripada keluarga perniagaan Match Group.

Kami berkongsi maklumat anda dengan ahli gabungan untuk sebab sah terhad seperti yang diterangkan di bawah:

  • untuk memastikan semua platform Match Group lebih selamat dan membolehkan kami mengatasi (cth., melarang) penipu yang ditemui di satu platform yang juga berada di platform lain; untuk mereka membantu kami dalam operasi pemprosesan data, sebagai penyedia perkhidmatan, di atas arahan dan bagi pihak kami. Bantuan mereka termasuk operasi pemprosesan teknikal, seperti pengehosan data dan penyelenggaraan, penjagaan pelanggan, pemasaran dan pengiklanan tersasar, analisis, bantuan kewangan dan perakaunan, meningkatkan perkhidmatan kami, melindungi data kami dan sistem serta memerangi spam, penyalahgunaan, penipuan, pelanggaran dan kesalahan yang lain.

  • Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan syarikat Match Group yang lain untuk tujuan perniagaan lain yang sah termasuk audit korporat, analisis dan laporan yang disatukan, di mana dan seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang terpakai.

Kongsi kefungsian

Anda boleh berkongsi profil ahli-ahli lain dan mereka juga boleh berkongsi profil anda dengan orang di luar perkhidmatan kami, menggunakan kefungsian kongsi. *

Bagi transaksi korporat

Kami mungkin memindahkan maklumat anda jika kami terlibat, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dalam penggabungan, penjualan, pemerolehan, penyahlaburan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, kebankrapan, perubahan pemilikan atau pengawalan yang lain. *

Dengan penguatkuasaan undang-undang / apabila diperlukan oleh undang-undang

Kami boleh mendedahkan maklumat anda jika kami perlu berbuat demikian: (i) untuk mematuhi proses perundangan, seperti perintah mahkamah, sepina atau waran geledah, siasatan kerajaan / agensi penguatkuasaan undang-undang atau keperluan perundangan yang lain; (ii) untuk membantu mencegah atau mengesan jenayah (bergantung pada undang-undang yang terpakai dalam setiap kes); atau (iii) untuk melindungi keselamatan mana-mana individu. *

Bagi menguatkuasakan hak undang-undang

Kami juga boleh berkongsi maklumat: (i) jika pendedahan dapat mengurangkan liabiliti kami dalam tuntutan mahkamah yang mungkin berlaku atau sedang berlaku; (ii) jika perlu dilakukan untuk melindungi hak perundangan kami dan hak perundangan pengguna kami, rakan kongsi perniagaan kami atau pihak berkepentingan yang lain ; (iii) untuk melaksanakan perjanjian kami dengan anda; dan (iv) untuk menyiasat, mencegah atau mengambil tindakan lain terhadap aktiviti haram, penipuan yang disyaki berlaku atau salah laku yang lain. *

Dengan kebenaran atau atas permintaan anda

Kami mungkin meminta kebenaran anda untuk berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga. Dalam kes sebegitu, kami akan menjelaskan sebab yang membuatkan kami mahu berkongsi maklumat ini.

Kami boleh menggunakan dan berkongsi maklumat bukan peribadi (bermakna maklumat tersebut dengan sendirinya tidak dapat mengenal pasti identiti anda seperti maklumat peranti, demografi umum, data kelakuan am, geolokasi dalam bentuk yang tidak dikenali) serta maklumat peribadi dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan diolah semula dalam mana-mana keadaan di atas. Kami juga boleh berkongsi maklumat ini dengan syarikat Match Group yang lain dan pihak ketiga (terutamanya pengiklan) untuk membangunkan dan menyampaikan pengiklanan sasaran pada perkhidmatan kami dan pada tapak web atau aplikasi pihak ketiga, dan untuk menganalisis dan melaporkan iklan yang anda lihat. Kami boleh menggabungkan maklumat ini dengan maklumat bukan peribadi tambahan atau maklumat peribadi dalam bentuk yang tidak boleh dibaca dan diolah semula yang dikumpul daripada sumber lain. Maklumat lanjut tentang penggunaan kuki dan teknologi setara kami boleh ditemui dalam Dasar Kuki kami

7. Pemindahan Data Merentas Sempadan

Perkongsian maklumat yang tertera dalam Seksyen 6 yang melibatkan pemindahan data rentas sempadan ke Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain yang mungkin mempunyai undang-undang berbeza tentang pemprosesan data. Apabila kami memindahkan maklumat peribadi ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), United Kingdom, Switzerland dan negara lain di mana undang-undang perlindungan data telah disifatkan cukup oleh Suruhanjaya Eropah atau badan kerajaan kompeten, kami menggunakan fasal-fasal kontrak standard (fasal-fasal kontrak standard adalah komitmen antara syarikat pemindahan data peribadi, mengikat mereka untuk melindungi privasi dan keselamatan data anda) atau mekanisme pemindahan lain yang bersesuaian. Kami sedang dalam proses menyemak pemindahan kepada vendor kami dan asas undang-undang berikutan dengan Mahkamah Keadilan baru-baru ini untuk keputusan Kesatuan Eropah tentang pemindahan data peribadi ke A.S.

8. Hak Anda

Kami mahu anda mempunyai kawalan ke atas maklumat anda, jadi kami mahu mengingatkan anda tentang pilihan berikut dan alat yang tersedia untuk anda:

  • Alat untuk Akses/Kemas kini dalam perkhidmatan. Alat dan tetapan akaun yang membantu anda mengakses, membetulkan atau memadam maklumat yang anda berikan kepada kami dan berkait dengan akaun anda secara terus dalam perkhidmatan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang alat dan tetapan ini, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan di sini.
  • Kebenaran peranti. Platform mudah alih boleh mempunyai sistem kebenaran untuk jenis peranti dan pemberitahuan tertentu, seperti kenalan telefon, gambar, perkhidmatan lokasi, pemberitahuan tolak dan pengecam pengiklanan. Anda boleh mengubah tetapan anda pada peranti anda untuk bersetuju atau menolak pengumpulan atau pemprosesan maklumat yang sepadan atau paparan pemberitahuan yang sepadan. Jika anda melakukannya, beberapa perkhidmatan akan kehilangan fungsinya.
  • Nyahpasang. Anda boleh menghentikan semua pengumpulan maklumat oleh aplikasi dengan menyahpasangnya menggunakan proses nyahpasang standard untuk peranti anda. Sila ingat bahawa menyahpasang aplikasi TIDAK menutup akaun anda. Untuk menutup akaun anda, sila gunakan fungsi sepadan pada perkhidmatan ini.
  • Penutupan akaun Anda boleh padam akaun anda dengan menggunakan fungsi yang sepadan dalam perkhidmatan.

Kami juga mahu anda tahu hak privasi anda. Di sini disenaraikan beberapa poin penting yang perlu anda ingat:

  • Menyemak maklumat anda. Undang-undang privasi terpakai boleh memberikan anda hak untuk menyemak maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda (bergantung pada bidang kuasa, ini mungkin disebut sebagai hak akses, hak mudah alih, hak untuk mengetahui atau pengubahan terma berikut). Anda boleh mengamalkan hak ini dengan membuat permintaan di sini.
  • Cara mengemas kini maklumat anda. Jika anda percaya maklumat anda yang kami pegang tidak tepat atau kami tidak lagi dibenarkan menggunakannya dan anda mahu meminta pembetulan, pemadaman atau menolak pemprosesannya, sila hubungi kami di sini.

Demi perlindungan anda dan perlindungan semua pengguna kami, kami mungkin meminta anda memberikan bukti identiti anda sebelum kami boleh menjawab permintaan di atas.

Sila ingat, bahawa kami mungkin menolak permintaan, termasuk jika kami tidak boleh mengesahkan anda, jika permintaan tersebut menyalahi undang-undang atau tidak sah, atau ia mungkin melanggar rahsia perdagangan atau harta intelektual atau privasi atau hak milik orang lain. Jika anda mahu menerima maklumat berkaitan ahli lain, seperti salinan apa-apa mesej yang anda terima daripada mereka menerusi perkhidmatan kami, ahli tersebut perlu menghubungi kami untuk memberikan persetujuan bertulis sebelum maklumat itu diberikan. Kami juga mungkin minta mereka untuk memberikan bukti identiti sebelum kami boleh menjawab permintaan tersebut.

Selain itu, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tertentu untuk membantah atau menyekat pemprosesan maklumat peribadi, terutamanya apabila permintaan tersebut menyebabkan kami tidak boleh lagi menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Sebagai contoh, kami tidak boleh menyediakan perkhidmatan kami jika kami tidak mempunyai tarikh lahir anda dan oleh itu kami tidak dapat memastikan anda berumur 18 tahun atau ke atas.

Di beberapa negara, termasuk Kawasan Ekonomi Eropah dan United Kingdom, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang bersesuaian jika anda mempunyai kebimbangan tentang bagaimana kami memproses maklumat peribadi anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang pengatur perlindungan anda di Kawasan Ekonomi Eropah di sini, dan di United Kingdom di sini. Penguatkuasa perlindungan data yang anda boleh membuat aduan kepadanya mungkin merupakan tempat tinggal biasa, di mana anda bekerja atau di mana pelanggaran dikatakan terjadi.

9. Tempoh Kami Mengekalkan Maklumat Anda

Kami menyimpan maklumat peribadi anda hanya selama yang kami perlukan untuk tujuan perniagaan yang sah (seperti yang tertera dalam Seksyen 5) dan setakat yang dibenarkan menurut undang-undang yang terpakai. Jika anda membuat keputusan untuk berhenti menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh menutup akaun anda dan profil anda akan dihentikan daripada boleh dilihat oleh ahli-ahli yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kami akan menutup akaun anda secara automatik jika anda tidak aktif selama tempoh dua tahun. Selepas akaun anda ditutup, kami akan memadamkan maklumat peribadi anda, seperti yang dijelaskan di bawah

  1. Untuk menjaga keselamatan dan melindungi ahli-ahli kami, kami melaksanakan tetingkap pengekalan keselamatan tiga bulan selepas penutupan akaun, atau setahun selepas pengharaman akaun. Dalam tempoh ini, kami menyimpan maklumat anda sekiranya ia diperlukan untuk menyiasat kelakuan yang menyalahi undang-undang atau berbahaya. Pengekalan maklumat ini semasa tetingkap pengekalan keselamatan adalah berdasarkan pada kepentingan sah kami dan juga potensi mangsa pihak ketiga.
  2. Setelah tetingkap pengekalan keselamatan berlalu, kami memadamkan data anda dan hanya menyimpan sedikit maklumat untuk tujuan tertentu, seperti yang diterangkan di bawah:
    • a) Kami menyimpan data yang terhad untuk mematuhi kewajipan pengekalan data undang-undang: khususnya, kami menyimpan data transaksi selama 10 tahun untuk mematuhi keperluan undang-undang cukai dan perakaunan, maklumat kad kredit untuk tempoh di mana pengguna boleh mencabar transaksi dan "data trafik" / log selama satu tahun untuk mematuhi kewajipan data yang sah. Kami juga menyimpan rekod persetujuan yang diberikan oleh ahli-ahli kepada kami selama lima tahun sebagai bukti kewajipan kami dengan undang-undang yang terpakai.
    • b) Kami mengekalkan sedikit maklumat berdasarkan kepentingan sah kami: kami menyimpan rekod penjagaan pelanggan dan data sokongan, serta lokasi muat turun/pembelian selama lima tahun untuk menyokong keputusan penjagaan pelanggan kami, menguatkuasakan hak kami dan membolehkan kami mempertahankan diri sekiranya berlaku tuntutan, maklumat kewujudan akaun dan langganan yang lalu, di mana kami memadamnya tiga tahun selepas penutupan akaun terakhir anda untuk memastikan peramalan kewangan dan laporan yang sesuai dan tepat, data profil selama satu tahun dalam jangkaan litigasi berpotensi, untuk penubuhan, amalan atau pembelaan tuntutan undang-undang dan data yang diperlukan untuk menghalang ahli-ahli yang diharamkan daripada membuka akaun baharu, selama mana yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan vital ahli-ahli kami.
    • c) Akhir sekali, kami menyimpan maklumat berdasarkan kepentingan sah kami di mana terdapatnya masalah yang belum jelas atau berpotensi, tuntutan atau pertikaian yang memerlukan kami untuk menyimpan maklumat (khususnya jika kami menerima sepina undang-undang yang sah atau permintaan untuk kami menyimpan data (di mana kami perlu menyimpan data untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami) atau jika data sebaliknya diperlukan sebagai sebahagian daripada prosiding undang-undang).

10. Privasi Kanak-kanak

Perkhidmatan kami adalah dihadkan kepada individu berumur 18 tahun atau ke atas. Kami tidak membenarkan individu di bawah umur 18 tahun di platform kami. Jika anda mengesyaki bahawa seseorang ahli berumur di bawah 18 tahun, sila gunakan mekanisme pelaporan yang tersedia di perkhidmatan ini.

11. Calon Pekerjaan, Kontraktor dan Wakil Vendor

Kami memproses maklumat peribadi calon pekerjaan, kontraktor dan wakil vendor, sebagai sebahagian daripada operasi perekrutan dan pengurusan bakat dan pengurusan perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor dan vendor kepada kami. Jika anda adalah calon pekerjaan, kontraktor atau wakil vendor Tinder, beberapa terma relevan dalam Dasar Privasi ini digunakan untuk memproses maklumat peribadi anda, termasuk seksyen Dasar Privasi ini yang membincangkan entiti yang bertanggungjawab memproses maklumat peribadi anda, memindahkan maklumat peribadi anda, hak yang anda ada di bawah undang-undang yang digunakan,cara untuk menghubungi kami dan maklumat khusus California.

Jika anda adalah pemohon pekerjaan, maklumat peribadi yang kami proses tentang anda mungkin berbeza bergantung kepada pekerjaan yang anda cari, tapi selalunya adalah maklumat yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada permohonan pekerjaan anda serta kelayakan profesional, latar belakang dan maklumat rujukan yang dikongsikan oleh perekrut tersebut atau pihak ketiga kepada kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyokong proses perekrutan, yang mungkin membawa kepada kontrak pekerjaan. Untuk kontraktor dan wakil vendor, kami boleh memproses maklumat pengenalan dan maklumat berkaitan kerja, jika perlu untuk mengurus hubungan kami dengan anda dan majikan anda, yang diperlukan untuk prestasi persetujuan perkhidmatan, dan untuk menubuhkan, mengamalkan atau membela tuntutan undang-undang yang berpotensi. Kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami dengan perekrutan dan operasi pemprosesan data teknikal begitu juga dengan syarikat Match Group (sebagai contoh jika anda mempunyai hubungan perniagaan dengan pekerja ahli sekutu). Kami menyimpan maklumat peribadi anda selama mana ia diperlukan untuk tujuan tersebut.

12. Perubahan Dasar Privasi

Kami sentiasa mencari cara dan inovatif baharu untuk membantu anda membina hubungan bermakna dan berusaha memastikan penjelasan tentang amalan data kami kekal terkini, dasar ini mungkin akan berubah dari masa ke masa. Kami akan memberitahu anda sebelum apa-apa perubahan material dilaksanakan supaya anda mempunyai masa untuk menyemak perubahan tersebut.

13. Cara Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai soalan tentang Dasar Privasi ini, anda mempunyai pilihan lain di bawah:

Jika anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom atau Switzerland:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Pelindung Data

MTCH Technology Services Limited

Tinder

WeWork Charlemont Exchange

42 Charlemont Street

Dublin 2, D02 R593

Ireland

Untuk maklumat lanjut bagaimana menghubungi pegawai pelindung data, sila klik sini.

Jika anda tinggal di Jepun:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Pelindung Data

MG Japan Services GK

c/o Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

Amerika Syarikat

Jika anda tinggal di luar Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom, Switzerland dan Jepun:

Dalam talian: di sini

Melalui pos:

Pegawai Pelindung Data

Match Group, LLC

8750 North Central Expressway

Suite 1400

Dallas, TX 75231

Amerika Syarikat