Dasar Privasi
Adakah anda menetap di California? Lihat Penyata Privasi California kami, yang melengkapkan lagi Dasar Privasi ini.
Penduduk Washington dan Nevada, sila lihat Dasar Privasi Data Kesihatan Pengguna kami, yang melengkapkan lagi Dasar Privasi ini.
Hai di sana! Selamat datang ke Dasar Privasi Tinder.
Kami tahu bahawa membaca dasar privasi mungkin bukan sesuatu yang seronok untuk semua, tetapi kami mohon perhatian anda. Kami telah berusaha untuk menjadikan dasar ini paling jelas dan menarik yang mungkin, kerana kami benar-benar mahu anda membacanya! Anggaplah kami seperti rakan digital anda, di sini untuk membimbing anda melalui selok-belok data yang kami kumpul, dan mengapa serta bagaimana kami menggunakannya. Jadi duduklah dengan selesa, ambil minuman kegemaran anda, dan mari kita bersama-sama menyelami data peribadi.
Dasar Privasi ini berkuat kuasa mulai 28 Februari 2025. Versi sebelumnya, yang boleh didapati di sini, akan terpakai sehingga tarikh tersebut.
1. Siapa Kami
Jika anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, syarikat yang bertanggungjawab untuk data anda (“pengawal data”) ialah:
MTCH Technology Services Limited
Tinder
1 Hatch Street Upper
Dublin 2
D02 PY28
Ireland
Jika anda tinggal di Jepun, syarikat yang bertanggungjawab terhadap data anda ialah:
MG Japan Services GK
4F Sumitomo Fudosan Azabu Bldg
1-4-1 Mita
Minato-ku,Tokyo 108-0073
Jepun
Jika anda tinggal di luar EEA, United Kingdom, Switzerland dan Jepun, syarikat yang bertanggungjawab terhadap data anda ialah:
Tinder, LLC
8750 North Central Expressway
Suite 1400
Dallas, TX 75231
Amerika Syarikat
2. Skop Perlaksanaan Dasar Privasi Ini
Dasar Privasi ini digunakan untuk laman web, aplikasi, acara dan perkhidmatan lain yang kami kendalikan di bawah jenama Tinder. Sama ada anda sedang mencari jodoh anda, menyertai salah satu acara kami atau menggunakan mana-mana perkhidmatan hebat kami yang lain dasar ini melindungi anda. Untuk memudahkan, kami hanya merujuk kepada semua ini sebagai “perkhidmatan” kami dalam Dasar Privasi ini.
Jika atas sebab tertentu, salah satu perkhidmatan kami memerlukan dasar privasi berasingan, maka dasar tersebut akan disediakan kepada anda dan dasar tersebut - bukan Dasar Privasi ini - akan terpakai.
3. Data yang Dikumpul oleh Kami
Untuk membantu anda membina hubungan yang bermakna, sudah tentu kami memerlukan sedikit maklumat tentang diri anda. Ini termasuk maklumat asas profil dan jenis orang yang anda ingin temui. Menggunakan perkhidmatan kami juga menghasilkan beberapa maklumat, seperti bila anda log masuk dan cara anda menggunakan perkhidmatan tersebut. Kami juga mungkin mengumpul data daripada pihak ketiga, contohnya apabila anda mengakses perkhidmatan melalui akaun yang anda miliki di platform lain (cth., Facebook, Google atau Apple) atau apabila anda memuat naik maklumat dari akaun anda di platform lain untuk lengkapkan profil anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual di bawah.
Data yang anda berikan kepada kami | |
---|---|
Kategori | Penerangan |
Data Akaun | Apabila anda mewujudkan akaun, anda memberi kami maklumat asas untuk persediaan akaun anda, seperti nombor telefon, alamat e-mel dan tarikh lahir anda. |
Data Profil | Apabila anda melengkapkan profil anda, anda berkongsi butiran tambahan tentang anda, seperti jantina, minat, pilihan, lokasi anggaran dsb. Di sesetengah negara data ini mungkin dianggap sensitif atau istimewa di negara tertentu, seperti butiran tentang orientasi seksual, kehidupan seksual, kesihatan atau kepercayaan politik. Jika anda memilih untuk memberikan data ini, anda membenarkan kami menggunakannya seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. |
Kandungan | Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh menyiarkan foto, video, audio, teks dan jenis kandungan lain, seperti sembang anda dengan ahli lain. |
Data Pembelian | Apabila anda membuat pembelian, kami akan menyimpan maklumat tentang pembelian tersebut (cth., termasuk barangan yang dibeli, tarikh pembelian dan harga). Data yang tepat bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih. Semasa anda membuat pembayaran secara langsung dengan kami (bukan melalui platform seperti iOS atau Android), anda perlu memberikan nombor kad debit atau kredit anda atau maklumat kewangan lain. |
Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan | Kami kadangkala menjalankan (i) tinjauan, kumpulan fokus atau kajian pasaran untuk tujuan penyelidikan dan (ii) promosi, acara atau peraduan untuk tujuan pemasaran. Apabila anda memilih untuk menyertai, anda memberikan maklumat kepada kami untuk memproses penyertaan anda. Maklumat ini termasuk jawapan anda kepada soalan kami dan maklum balas anda. |
Data Pihak Ketiga | Apabila anda memilih untuk berkongsi maklumat orang lain dengan kami (contohnya, jika anda menggunakan butiran hubungan seseorang yang anda kenali untuk ciri tertentu atau jika anda menyerahkan pertanyaan atau laporan yang melibatkan ahli lain), kami akan memproses data ini bagi pihak anda untuk memenuhi permintaan anda. Untuk maklumat lanjut tentang ciri Friends of Friends lihat di sini dan anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara Tinder memproses maklumat bukan ahli di sini. |
Data Sokongan Pelanggan | Apabila anda menghubungi kami, anda memberikan kami maklumat yang mungkin diperlukan untuk membantu menjawab pertanyaan anda. Orang lain juga boleh hantar pertanyaan atau laporan yang berkaitan dengan anda. Akhir sekali, pasukan dan peralatan moderasi kami mungkin akan mengumpul data tambahan semasa menjalankan siasatan. ka dibenarkan dari segi undang-undang, kami juga boleh menerima maklumat tentang individu yang disyaki atau disabitkan melakukan kesalahan daripada pihak ketiga sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan keselamatan ahli kami. |
Data Media Sosial | Anda boleh memutuskan untuk berkongsi data dengan kami melalui akaun anda di platform lain (cth., Facebook, Instagram, Spotify, Apple), sebagai contoh jika anda memutuskan untuk mewujudkan dan log masukke akaun anda melalui platform ini atau jika anda memuat naik data seperti gambar atau senarai main dari platform tersebut ke perkhidmatan kami. |
Data dijana atau dikumpul secara automatik | |
---|---|
Kategori | Penerangan |
Data Penggunaan | Menggunakan perkhidmatan menjana data tentang aktiviti anda, termasuk cara anda menggunakannya (cth., semasa anda log masuk, ciri yang anda gunakan, tindakan yang diambil, maklumat yang dipaparkan kepada anda, halaman web rujukan, iklan yang anda berinteraksi) dan cara anda berinteraksi lain (cth., mencari, memadankan, berkomunikasi). Kami juga mungkin menerima data yang berkaitan dengan interaksi yang anda lakukan dengan iklan kami pada laman web atau aplikasi pihak ketiga. |
Data Teknikal | Menggunakan perkhidmatan ini melibatkan pengumpulan data daripada dan tentang peranti(-peranti) yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami, termasuk maklumat perkakasan dan perisian seperti alamat IP, ID dan jenis peranti, tetapan dan ciri aplikasi, ranap aplikasi, ID pengiklanan dan pengecam yang dikaitkan dengan kuki atau teknologi lain yang mungkin mengenal pasti peranti atau penyemak imbas secara unik. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, lihat Dasar Kuki kami. |
Data lain yang kami kumpulkan dengan kebenaran/persetujuan anda | |
---|---|
Kategori | Penerangan |
Data Geolokasi | Jika anda memberi kami kebenaran, kami boleh mengumpul geolokasi anda (latitud dan longitud) daripada peranti anda. Jika anda tidak memberi kebenaran, ciri yang bergantung pada geolokasi yang tepat mungkin tidak tersedia untuk anda. |
Data Geometri Muka | Anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa ciri tertentu kami seperti Pengesahan Foto atau Pengesahan Foto dan ID, yang memerlukan pengumpulan data geometri muka, yang mungkin dianggap sebagai data biometrik dalam sesetengah bidang kuasa. Ketahui lebih lanjut tentang ciri pengesahan dan cara kami memproses data geometri anda. |
Data ID | Untuk membantu kami mengesahkan identiti anda, anda boleh memberikan kami salinan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan. |
4. Sebab dan Cara Kami Menggunakan Data Anda
Sebab utama kami memproses data anda adalah untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini termasuk membantu anda bertemu dengan ahli-ahli yang bakal membuat anda rasa teruja, memperibadikan pengalaman anda dan membantu anda memanfaatkan perkhidmatan kami sepenuhnya. Kami juga memproses data anda untuk memastikan anda dan semua ahli kami selamat semasa menggunakan perkhidmatan kami. Kami mengambil tanggungjawab ini dengan sangat serius dan kami sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem dan proses kami untuk membantu melindungi anda. Dan ya, kami memproses data anda untuk memaparkan iklan yang berkaitan – anda boleh mengawalnya dalam tetapan anda. Sila baca selanjutnya untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara kami memproses data peribadi melalui “profil” dan “membuat keputusan automatik”, sila lihat Soalan Lazim (FAQ) kami.
Tujuan untuk memproses data anda | Alasan untuk memproses data anda | Kategori data yang diproses (Ini diterangkan dalam Bahagian 3 Dasar ini) |
Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami, termasuk: Mencipta dan mengekalkan akaun dan profil anda pada perkhidmatan kami Mengendalikan dan mengekalkan pelbagai ciri pada perkhidmatan kami Memperkenalkan anda dengan ahli lain yang sesuai dan mencadangkan anda kepada mereka Menganjurkan cabutan bertuah dan pertandingan Menjawab permintaan dan soalan anda Memastikan kelancaran fungsi perkhidmatan kami serta menyelesaikan masalah serta membetulkan isu yang timbul sekiranya perlu Memproses permohonan anda untuk menyertai salah satu perkhidmatan perdana/VIP kami | Cara kami memenuhi tanggungjawab mengikut kontrak kami dengan anda Persetujuan anda (di mana data sensitif atau jenis data lain yang memerlukan persetujuan diproses) | Data Akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan Data Media Sosial Data Penggunaan Data Teknikal Data Geolokasi Data Geometri Muka |
Untuk membolehkan pembelian anda pada perkhidmatan kami, termasuk: Memproses pembayaran Menawarkan diskaun dan promosi, menyesuaikan harga | Cara kami memenuhi tanggungjawab mengikut kontrak kami dengan anda | Data Akaun Data Profil Data Teknikal Data Pembelian Data Penggunaan |
Untuk mengendalikan kempen pengiklanan dan pemasaran, termasuk: Melaksanakan dan mengukur keberkesanan kempen pengiklanan yang dijalankan pada perkhidmatan kami Melaksanakan dan mengukur keberkesanan kempen pemasaran untuk mempromosikan perkhidmatan kami di platform pihak ketiga Berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami percaya mungkin menarik minat anda | Persetujuan (jika diperlukan di bawah undang-undang yang terpakai) dan sebaliknya kepentingan sah kami. Adalah menjadi kepentingan sah kami untuk mempromosikan perkhidmatan kami dan untuk memaparkan iklan kepada ahli kami yang disesuaikan dengan minat mereka, sebagai satu cara untuk meningkatkan pengalaman mereka dan membantu membiayai bahagian perkhidmatan kami yang percuma | Data Akaun Data Profil Data Penggunaan Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan Data Teknikal |
Untuk menambah baik perkhidmatan kami dan mencipta ciri dan perkhidmatan baharu, termasuk: Menjalankan kumpulan fokus, kajian pasaran dan tinjauan Menganalisis cara perkhidmatan kami digunakan Menyemak interaksi dengan pasukan penjagaan pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Membangun dan menambah baik ciri dan perkhidmatan baharu, termasuk melalui pembelajaran mesin dan teknologi lain, serta mengujinya Menjalankan penyelidikan dan menerbitkan kertas penyelidikan | Cara kami memenuhi tanggungjawab mengikut kontrak kami dengan anda Kepentingan sah kami: Adalah menjadi kepentingan sah kami untuk menambah baik perkhidmatan kami dari semasa ke semasa Mendapatkan kebenaran anda sekiranya diperlukan oleh undang-undang terpakai (cth., kami mungkin memproses data yang dianggap sensitif atau istimewa di negara tertentu untuk membantu memastikan pelbagai komuniti yang menggunakan perkhidmatan kami dilayan secara adil dan saksama serta mengekalkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam perkhidmatan kami) | Data Akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan Data Media Sosial Data Penggunaan Data Teknikal |
Untuk memastikan anda dan ahli lain selamat dalam perkhidmatan kami dan di seluruh Match Group, termasuk: Mencegah, mengesan dan menangani pelanggaranTerma kami, penipuan dan aktiviti menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan yang lain Membangunkan dan menambah baik alat untuk mencegah, mengesan dan melawan pelanggaran Terma kami, penipuan dan aktiviti haram atau tidak dibenarkan yang lain Mencegah pengulangan, terutamanya dengan menghalang individu yang melanggar Terma kami daripada mewujud akaun baharu Memberitahu individu yang membuat laporan tentang tindakan yang telah kami ambil Mengesahkan identiti anda Menjamin pembayaran dan menangani penipuan kewangan Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan, integriti dan keselamatan secara amnya, lawati Petua Keselamatan dan Garis Panduan Komuniti kami. | Cara kami memenuhi tanggungjawab mengikut kontrak kami dengan anda Kepentingan sah kami: Adalah demi kepentingan sah kami dan ahli kami untuk memastikan mereka selamat Melindungi kepentingan utama anda dan ahli lain Pematuhan terhadap kewajipan undang-undang yang dikenakan kepada kami seperti mengalih keluar kandungan terlarang Persetujuan anda (di mana data sensitif atau jenis data lain yang memerlukan persetujuan diproses) | Data Akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan Data Penggunaan Data Teknikal Data Geometri Muka Data ID |
Untuk mematuhi undang-undang yang terpakai, mewujudkan, melaksanakan dan mempertahankan tuntutan & hak undang-undang, termasuk: Memelihara data untuk mematuhi – dan pematuhan bukti – dengan undang-undang yang terpakai Menyokong penyiasatan dan mempertahankan litigasi, tindakan atau pertikaian yang berpotensi atau berterusan Menjawab permintaan yang sah daripada penguatkuasa undang-undang, mahkamah, pengawal selia dan pihak ketiga yang lain Melaporkan kandungan yang menyalahi undang-undang atau melanggar penguatkuasa undang-undang, kerajaan atau pihak berkuasa lain Menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan yang berterusan atau terancam Berkongsi data dengan penguatkuasa undang-undang atau rakan kongsi untuk memerangi tingkah laku kasar atau menyalahi undang-undang | Kepentingan sah kami: Adalah menjadi kepentingan sah kami untuk mematuhi undang-undang yang terpakai dan melindungi diri kami, ahli kami dan orang lain, termasuk sebagai sebahagian daripada penyiasatan, prosiding undang-undang dan pertikaian lain Melindungi kepentingan utama anda dan ahli lain Pematuhan terhadap kewajipan undang-undang yang dikenakan kepada kami seperti menjawab permintaan penguatkuasaan undang-undang untuk mendapatkan maklumat | Kategori data yang dikongsi akan berbeza-beza berdasarkan keadaan khusus yang mengelilingi setiap kewajipan, kepentingan yang menarik atau pertikaian |
5. Cara Kami Berkongsi Data
Memandangkan matlamat kami adalah untuk membantu anda menjalin hubungan yang bermakna, sudah tentu sebahagian maklumat anda akan dapat dilihat oleh ahli lain dalam perkhidmatan ini. Kami juga berkongsi data dengan pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi yang membantu kami dalam mengendalikan perkhidmatan dengan syarikat Match Group yang lain mengikut sebab-sebab yang dinyatakan di bawah dan dalam beberapa kes, atas sebab undang-undang dan yang berkaitan. Teruskan membaca untuk butiran lanjut.
Penerima | Sebab untuk berkongsi | Kategori Data Peribadi |
Ahli lain | Anda berkongsi maklumat dengan pengguna lain apabila anda mendedahkan maklumat secara sukarela di perkhidmatan untuk dilihat oleh orang lain (contohnya, profil awam anda). Sekiranya seseorang melaporkan sesuatu tentang anda (seperti anda melanggar Terma Penggunaan kami), kami mungkin akan memaklumkan pelapor tersebut tentang tindakan yang kami telah ambil, sekiranya ada, hasil daripada laporan mereka. Perkara yang sama berlaku jika anda menyerahkan laporan yang melibatkan ahli lain. | Data Profil Kandungan Data Media Sosial Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan |
Pembekal perkhidmatan/rakan kongsi | Kami berkongsi data dengan vendor dan rakan kongsi yang membantu kami mengendalikan, mempromosikan dan menambah baik perkhidmatan kami. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada kami seperti pengehosan dan penyelenggaraan data, analitis, khidmat pelanggan, pemasaran, pengiklanan, pemprosesan pembayaran, sokongan undang-undang dan operasi keselamatan. | Bergantung pada perkhidmatan yang disediakan oleh vendor atau rakan kongsi, ia mungkin termasuk: Data Akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan Data Media Sosial Data Penggunaan Data Teknikal Data Geolokasi Data Geometri Muka Data ID |
Rakan Kongsi Pengiklanan | Kami mungkin menerbitkan iklan mengenai produk dan perkhidmatan pengiklan pihak ketiga pada perkhidmatan kami dan menerbitkan iklan yang mempromosikan perkhidmatan kami sendiri pada tapak dan aplikasi pihak ketiga. Untuk membantu kami menampilkan iklan yang lebih relevan kepada anda, kami mungkin berkongsi maklumat tertentu tentang anda dengan pihak ketiga, termasuk rakan kongsi pengiklanan, termasuk rakan kongsi pengiklanan atau membenarkan mereka mengumpul data sedemikian daripada perkhidmatan kami (seperti melalui kuki, SDK atau teknologi seumpamanya). Beberapa rakan kongsi pengiklanan kami membolehkan kami menukar alamat e-mel, pengecam pengiklanan atau nombor telefon anda kepada yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi. Pengecam unik ini kemudiannya digunakan untuk mengecualikan anda daripada kempen pemasaran kami atau untuk menyasarkan iklan kami kepada khalayak yang serupa dengan anda dari segi latar belakang, minat atau penggunaan aplikasi. | Data Akaun Data Profil Data Penggunaan Data Teknikal |
Gabungan | Kami mungkin berkongsi data dengan sekutu atau menerima data daripada mereka untuk tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian 6 dasar ini. | Kategori data akan berbeza-beza berdasarkan sebab perkongsian, tetapi ia mungkin termasuk:. Data Akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Pemasaran, Tinjauan dan Penyelidikan Data Pihak Ketiga Data Sokongan Pelanggan Data Media Sosial Data Penggunaan Data Teknikal Data Geolokasi Data Geometri Muka Data ID |
Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang | Kami mungkin mendedahkan data anda untuk: (i) mematuhi proses undang-undang, seperti perintah mahkamah, sepina atau waran geledah, siasatan kerajaan/penguatkuasaan undang-undang, atau keperluan undang-undang lain; (ii) membantu dalam pencegahan atau pengesanan jenayah; (iii) melindungi keselamatan mana-mana individu; dan (iv) menetapkan, melaksanakan, atau mempertahankan tuntutan undang-undang. | Kategori data yang dikongsi akan berbeza bergantung pada keadaan khusus permintaan tersebut, tetapi selalunya boleh merangkumi: Data akaun Data Profil Kandungan Data Pembelian Data Sokongan Pelanggan Data Pihak Ketiga Data Media Sosial Data Penggunaan Data Teknikal Data Geolokasi Data ID |
Dalam konteks penggabungan dan pengambilalihan, dengan Rakan Sekutu atau pemilik baharu | Kami mungkin memindahkan data anda jika kami terlibat, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dalam penggabungan, penjualan, pengambilalihan, pelupusan, penyusunan semula, penstrukturan semula, pembubaran, kebankrapan, atau perubahan pemilikan atau kawalan yang lain. | Kategori data yang dikongsi akan berbeza bergantung pada jenis transaksi korporat. Ia mungkin merangkumi keseluruhan data organisasi atau hanya subset tertentu seperti Data Pembelian. |
Apabila fungsi perkongsian profil digunakan | Anda boleh memilih untuk berkongsi profil ahli lain, dan mereka juga boleh berkongsi profil anda dengan orang di luar perkhidmatan kami, menggunakan fungsi perkongsian. | Kandungan Data Profil |
6. Cara Syarikat Match Group Bekerjasama
Tinder merupakan sebahagian daripada keluarga perniagaan Match Group.
Kami mungkin berkongsi data mengenai anda dengan Rakan Sekutu kami, dan mereka juga mungkin berkongsi data mengenai anda dengan kami, atas sebab-sebab yang dinyatakan di bawah:
Untuk menjadikan semua platform Match Group lebih selamat, contohnya dengan memastikan bahawa apabila individu bermasalah dikenal pasti pada satu platform Match Group (contohnya platform kami), mereka boleh disekat daripada menyertai semua platform. Untuk menjadikan semua platform Match Group lebih selamat, contohnya dengan mencari dan mengenal pasti pelaku bermasalah serta cara mereka beroperasi di seluruh platform Match Group, serta memastikan bahawa apabila seorang pelaku bermasalah ditemui di satu platform Match Group (contohnya platform kami), mereka boleh diharamkan daripada semua platform
Untuk saling membantu dalam operasi pemprosesan data sebagai penyedia perkhidmatan Bantuan ini mungkin merangkumi operasi pemprosesan seperti pengehosan dan penyelenggaraan data, khidmat pelanggan, pemasaran dan pengiklanan tertumpu, analitik, kewangan dan perakaunan, sokongan perundangan, pemprosesan pembayaran, penambahbaikan perkhidmatan, keselamatan data, serta usaha menangani spam, penyalahgunaan, penipuan, dan pelanggaran lain.
Untuk meningkatkan peluang anda dalam membina hubungan yang bermakna dengan orang lain, kami mungkin menjadikan anda kelihatan di perkhidmatan Match Group yang lain atau membolehkan anda menikmati fungsi rentas platform. Sudah tentu, kami akan mematuhi undang-undang yang terpakai dan, jika berkenaan, memaklumkan anda tentang peluang tersebut serta memberi anda pilihan untuk bersetuju atau menolaknya.
Di mana dan sejauh mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, untuk lebih memahami bagaimana orang menggunakan perkhidmatan Match Group secara keseluruhan, memperibadikan pengalaman anda di seluruh perkhidmatan Match Group, serta meningkatkan kempen pemasaran dan pengiklanan.
Untuk tujuan perniagaan yang sah lain, termasuk audit korporat/bersepadu, analisis, dan pelaporan.
Ketahui lebih lanjut tentang cara syarikat Match Group bekerjasama.
7. Pemindahan Data Merentas Sempadan
Memandangkan kami mengendalikan perkhidmatan di peringkat global, perkongsian data anda seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 5 melibatkan pemindahan data rentas sempadan ke Amerika Syarikat dan negara lain yang mungkin mempunyai undang-undang pemprosesan data yang berbeza. Apabila kami memindahkan data peribadi ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), United Kingdom, Switzerland, atau negara lain yang undang-undang perlindungan datanya telah dianggap mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah atau badan kerajaan yang berwibawa, kami lazimnya bergantung pada apa yang dikenali sebagai klausa kontrak standard. Klausa kontrak standard ini merupakan komitmen antara syarikat yang memindahkan data peribadi, yang mengikat mereka untuk melindungi privasi dan keselamatan data anda. Hubungi kami untuk mendapatkan salinan.
8. Hak Anda
Kami mahu anda mempunyai kawalan ke atas data anda, jadi kami ingin mengingatkan anda tentang hak, pilihan, dan alat yang tersedia untuk anda. Bergantung pada lokasi anda, hak anda mungkin berbeza atau mempunyai nama yang berlainan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hak anda dan cara untuk menggunakannya, sila hubung kami di sini.
Hak Anda | Cara menggunakannya |
Akses, Kebolehpindahan atau Untuk Tahu Hak untuk dimaklumkan mengenai data peribadi anda yang kami proses dan/atau meminta salinannya | Anda boleh mengakses dan menyemak beberapa data secara langsung dengan log masuk ke akaun anda. Anda juga boleh mendapatkan salinan data anda dengan mengikuti proses yang dijelaskan di sini. |
Pembetulan atau Pindaan Hak untuk meminda atau mengemas kini data peribadi anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap | Anda boleh mengemas kini data anda secara langsung dalam perkhidmatan dengan mengemas kini profil anda. Jika anda ingin membetulkan data lain, sila hubungi kami di sini. |
Penghapusan atau Pemadaman Hak untuk memadam data peribadi | Anda boleh memadam sebahagian data yang telah anda berikan kepada kami secara langsung dalam perkhidmatan. Anda juga boleh menutup akaun anda seperti yang dijelaskan di sini dan kami akan memadam data anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Dalam apa jua keadaan, anda sentiasa boleh menghubungi kami di sini. |
Bantahan (Pilih Keluar) atau Sekatan Hak untuk membantah pemprosesan data peribadi oleh kami atau meminta supaya pemprosesan data peribadi dihentikan sementara atau secara kekal | Anda boleh memilih untuk keluar daripada pemprosesan data peribadi tertentu secara langsung dalam tetapan akaun anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di sini jika anda ingin membantah atau mengehadkan pemprosesan data yang telah kami nyatakan dalam Dasar Privasi ini. |
Penarikan Balik Persetujuan | Anda boleh menarik balik persetujuan yang telah diberikan kepada kami secara langsung sama ada dengan mengemas kini tetapan akaun anda atau menghapuskan Kebenaran Peranti yang telah dipersetujui dalam tetapan peranti anda (cth., akses kepada jenis data peranti tertentu seperti kenalan telefon, gambar, pengecam iklan, dan perkhidmatan lokasi, atau persetujuan untuk menerima pemberitahuan tolak). Apabila anda menarik balik persetujuan, beberapa perkhidmatan mungkin terjejas. Anda sentiasa boleh menghubungi kami di sini untuk maklumat lanjut. |
Untuk melindungi anda dan semua ahli kami, kami mungkin meminta maklumat untuk mengesahkan identiti anda atau kuasa anda untuk bertindak bagi pihak ahli lain sebelum kami dapat memenuhi permintaan di atas. Kami tidak mahu orang lain mengawal data peribadi anda!
Harap maklum, kami mungkin menolak permintaan, termasuk jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, jika permintaan itu menyalahi undang-undang atau tidak sah, atau jika ia boleh melanggar rahsia dagangan, harta intelek, privasi, atau hak individu lain. Jika anda ingin menerima maklumat berkaitan ahli lain, seperti salinan mana-mana mesej yang anda terima daripada mereka, ahli tersebut perlu membuat permintaan sendiri.
If you are located in Brazil, please contact us via email: dpobrazil@gotinder.com.
Jika anda bermastautin di Delaware, Iowa, Nebraska, New Hampshire, New Jersey, Texas, Oregon, Montana, Virginia, Colorado atau Connecticut, Amerika Syarikat, dan permintaan privasi anda ditolak, anda boleh membuat rayuan dengan menghubungi kami, dan secara jelas merujuk kepada "Rayuan Permintaan Privasi." Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai keputusan rayuan, anda boleh menghubungi peguam negara bagi negeri anda.
Di negara tertentu, termasuk di Kawasan Ekonomi Eropah dan United Kingdom, anda berhak mendapatkan remedi kehakiman dan mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkenaan jika anda mempunyai kebimbangan mengenai cara kami memproses data peribadi anda. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai pengawal selia perlindungan data anda di Kawasan Ekonomi Eropah di sini, dan di United Kingdom di sini. Pihak berkuasa perlindungan data yang anda boleh kemukakan aduan mungkin adalah pihak berkuasa di tempat kediaman tetap anda, tempat anda bekerja atau di lokasi berlakunya pelanggaran.
9. Tempoh Kami Menyimpan Data Anda
Kami mahu hubungan yang anda bina melalui perkhidmatan kami berkekalan selamanya, tetapi kami hanya menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk tujuan perniagaan yang sah (seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4) dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
Jika anda memilih untuk berhenti menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh menutup akaun anda dan profil anda tidak lagi akan kelihatan kepada ahli lain. Harap maklum, kami akan menutup akaun anda secara automatik jika anda tidak aktif selama dua tahun.
Selepas penutupan akaun, kami akan memadam data anda seperti yang dinyatakan di bawah:
Untuk menjaga keselamatan dan melindungi ahli kami, kami melaksanakan tempoh pengekalan keselamatan selama tiga bulan selepas penutupan akaun atau satu tahun selepas akaun dikenakan sekatan. Dalam tempoh ini, kami menyimpan data anda untuk menyiasat sebarang tingkah laku yang menyalahi undang-undang atau membahayakan. Pengekalan data dalam tempoh pengekalan keselamatan ini adalah berdasarkan kepentingan sah kami dan kepentingan pihak ketiga yang berpotensi menjadi mangsa.
Kami mengekalkan data terhad untuk mematuhi kewajipan pengekalan data yang ditetapkan oleh undang-undang: khususnya, kami menyimpan data transaksi selama 10 tahun untuk memenuhi keperluan undang-undang cukai dan perakaunan, maklumat kad kredit sepanjang tempoh pengguna boleh mencabar transaksi, dan "data trafik" / log selama satu tahun bagi mematuhi kewajipan pengekalan data yang ditetapkan oleh undang-undang. Kami juga menyimpan rekod persetujuan yang diberikan oleh ahli selama lima tahun untuk mematuhi dan membuktikan pematuhan kami terhadap undang-undang yang terpakai.
Kami mengekalkan data terhad berdasarkan kepentingan sah kami: kami menyimpan rekod komunikasi dengan perkhidmatan pelanggan selama 6 tahun dari tarikh komunikasi, rekod perkhidmatan pelanggan dan data sokongan, serta lokasi muat turun/pembelian yang tidak tepat selama lima tahun untuk menyokong usaha keselamatan kami, menyokong keputusan perkhidmatan pelanggan, menguatkuasakan hak kami, dan membolehkan kami mempertahankan diri sekiranya berlaku tuntutan. Kami juga menyimpan maklumat mengenai kewujudan akaun dan langganan terdahulu, yang akan dipadamkan tiga tahun selepas penutupan akaun terakhir anda bagi memastikan ramalan dan pelaporan kewangan yang tepat. Selain itu, data profil disimpan selama satu tahun sebagai persediaan untuk kemungkinan litigasi, bagi tujuan penubuhan, pelaksanaan, atau pembelaan tuntutan undang-undang. Kami turut mengekalkan data yang diperlukan untuk menghalang ahli yang telah diharamkan daripada membuka akaun baharu selagi diperlukan untuk memastikan keselamatan serta kepentingan penting ahli kami.
Akhir sekali, kami mengekalkan data berdasarkan kepentingan sah kami sekiranya terdapat isu, tuntutan, atau pertikaian yang masih belum diselesaikan atau berpotensi timbul yang memerlukan kami menyimpan data, terutamanya jika kami menerima sepina sah atau permintaan yang meminta kami mengekalkan data (dalam kes ini, kami perlu menyimpan data bagi mematuhi kewajipan undang-undang kami) atau jika data diperlukan sebagai sebahagian daripada prosiding undang-undang.
Di mana dan sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh mengekalkan dan menggunakan data yang, secara sendiri, tidak dapat mengenal pasti atau dikaitkan secara khusus dengan anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, termasuk untuk menambah baik perkhidmatan kami, mencipta ciri, teknologi, dan perkhidmatan baharu, serta memastikan keselamatan perkhidmatan Match Group.
10. Privasi Kanak-kanak
Perkhidmatan kami hanya terhad kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas. Kami tidak membenarkan individu di bawah umur 18 tahun menggunakan platform kami. Jika anda mengesyaki terdapat ahli berumur bawah 18 tahun, sila gunakan mekanisme pelaporan yang tersedia dalam perkhidmatan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai amalan pengesahan umur Tinder di sini.
11. Perubahan Dasar Privasi
Dasar ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk membantu anda membina hubungan yang bermakna dan berusaha memastikan penjelasan mengenai amalan data kami sentiasa terkini. Kami akan memaklumkan anda sebelum sebarang perubahan ketara berkuat kuasa supaya anda mempunyai masa untuk menyemak perubahan tersebut.
12. Cara Menghubungi Kami
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, berikut adalah beberapa pilihan yang tersedia:
Jika anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom atau Switzerland:
Dalam talian: di sini
Melalui pos:
Pegawai Perlindungan Data
MTCH Technology Services Limited
Tinder
1 Hatch Street Upper
Dublin 2
Dublin
D02 PY28
Ireland
If you live in the United Kingdom:
Online: here
Melalui pos:
UK GDPR Representative: Prighter Group
20 Mortlake Mortlake High Street,
London, SW14 8JN,
United Kingdom
UK representation certificate and representative details here.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menghubungi pegawai perlindungan data, sila klik di sini
Jika anda tinggal di Jepun:
Dalam talian: di sini
Melalui pos:
Pegawai Perlindungan Data
MG Japan Services GK
c/o Tinder, LLC
8750 North Central Expressway
Suite 1400
Dallas, TX 75231
United States
Jika anda tinggal di luar Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom, Switzerland dan Jepun:
Dalam talian: di sini
Melalui pos:
Pegawai Perlindungan Data
Tinder, LLC
8750 North Central Expressway
Suite 1400
Dallas, TX 75231
United States
Baiklah, itu sahaja! Anda telah sampai ke penghujung Dasar Privasi kami. Kami harap ia sama menarik dan jelas seperti yang kami usahakan. Sekarang, mari keluar dan mula mencipta kenangan! Kami teruja untuk menemani anda dalam perjalanan ini.