Cara Membatalkan Langganan
Jika anda melihat sesuatu, katakan sesuatu.
Anda tahu apabila seseorang melampaui batas dan apabila ia terjadi — kami ingin tahu tentangnya kerana kami mahu membantu menjadikan Tinder cara yang paling selamat untuk bertemu orang baru: Anda boleh melaporkan tentang sesiapa di aplikasi yang membuatkan anda tidak selesa atau melanggar garis panduan kami, telah melakukan jenayah atau anda tahu daripada pengalaman sendiri terhadap sesiapa yang pernah berkelakuan seperti itu. Ini adalah cara yang mudah untuk memberitahu kami jika seseorang berkelakuan tidak wajar dan ianya adalah rahsia.
Kami di sini untuk anda. Kami memandang serius tentang gangguan dan sejujurnya, kami tidak menginginkannya di Tinder. Berikut adalah beberapa contoh mengapa kami melarang orang:
Penghinaan kaum dan bahasa penghinaan lain
Menghantar ancaman atau mesej yang menyinggung perasaan kepada seseorang dalam dan luar aplikasi
Mengganggu padanan anda dalam atau luar aplikasi
Menghantar kandungan berunsur seksual dalam atau luar aplikasi tanpa persetujuan padanan anda
Menghantar spam atau permintaan, termasuk pautan ke laman web komersial atau percubaan untuk menjual produk atau perkhidmatan