Panduan

Apa Yang Berlaku Selepas Saya Melaporkan?

Anda telah melaporkan seseorang di Tinder. Apa perlu buat sekarang?


Anda telah melakukan bahagian anda dengan memberitahu kami bahawa sesuatu telah berlaku — kini giliran kami. Ini apa yang boleh dijangkakan apabila anda melaporkan seseorang di Tinder:

  • Akaun tertentu tidak akan ditunjukkan lagi dalam senarai padanan anda atau muncul semasa anda meleret

  • Tiada butiran yang anda berikan akan dikongsikan dengan orang yang anda laporkan

  • Ahli pasukan Amanah & Keselamatan kami akan meneliti perkara itu untuk menentukan langkah seterusnya dan mengambil tindakan berdasarkan Garis Panduan Komuniti kami

  • Jika anda menyerahkan laporan melalui e-mel, anda boleh membalas kepada respons automatik untuk susulan

Disebabkan oleh garis panduan privasi, kami mungkin tidak boleh berkongsi maklumat laporan dengan anda, tapi kami mahu anda tahu bahawa setiap laporan akan diambil serius dan dikendalikan dengan berhati-hati.

Berkongsi pengalaman anda tidak selalu mudah dan kami menghargainya apabila anda melakukannya. Sekiranya anda perlukan sokongan tambahan selepas melaporkan, anda boleh cari sumber sokongan di sini.