Alat

Cara Melapor

Terdapat pelbagai cara untuk melaporkan seseorang dalam aplikasi.


Melaporkan Sebelum Anda Berpadanan:

Semasa melihat profil baru padanan berpotensi…

  1. Buka profil orang itu

  2. Ketik ikon elips

  3. Pilih pilihan untuk Melapor.

Howto Report Prematch

Melaporkan Selepas Anda Berpadanan

Pada senarai padanan anda…

  1. Buka skrin mesej

  2. Ketik ikon elips atau ikon perisai

  3. Pilih pilihan untuk Melapor

Howto Report Postmatch

Melaporkan Tingkah Laku Di Luar Talian

Sekiranya anda ingin melaporkan tentang sesuatu yang berlaku di luar talian: Sila tulis kepada kami dan sertakan maklumat berikut:

  • Sebab laporan dibuat

  • Nama sebenar, umur, biodata dan foto yang dipaparkan pada profil yang anda laporkan (syot layar adalah yang terbaik)

  • Lain-lain maklumat yang boleh membantu termasuklah lokasi pengguna, nombor telefon, alamat e-mel dan/atau pautan ke akaun Facebook mereka.

Kami memberi perhatian serius kepada laporan. Lebih banyak maklumat yang boleh anda berikan, lebih cepat kami boleh mengenal pasti dan menyiasat profil atau pengguna terbabit.


Melaporkan Seseorang Yang Anda Nyahpadan atau Seseorang Yang Nyahpadan Anda

Walaupun jika padanan anda tidak lagi dipaparkan pada skrin mesej anda, anda masih boleh melaporkan mereka dalam talian. Pasukan kami akan menelitinya dan menentukan langkah yang perlu diambil.

Apa yang Perlu Dilaporkan

Kami memberi perhatian yang sangat serius kepada keselamatan komuniti kami - dan mahu menjadikan Tinder tempat terbaik untuk bertemu orang baru dan bergembira sepanjang perjalanan. Jika anda berinteraksi dengan seseorang yang biadab, tidak sopan atau menyeramkan di Tinder, sila beritahu kami. Sebagai peringatan tentang apa yang kami benarkan dan apa yang kami tidak benarkan di Tinder, baca Garis Panduan Komuniti.