Tip Keselamatan Berjanji temu

Berkenalan dengan orang baharu memang mengujakan tetapi anda mesti sentiasa berwaspada ketika berinteraksi dengan orang yang anda tidak kenal. Gunakan pertimbangan sebaiknya dan utamakan keselamatan anda, tidak kira sama ada anda bertukar-tukar mesej pada awal perkenalan atau berjumpa secara bersemuka. Walaupun anda tidak dapat mengawal tindakan orang lain, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan keselamatan anda ketika menggunakan Tinder.

Keselamatan Dalam Talian

  • Jangan Hantar Wang atau Berkongsi Maklumat Kewangan

    Jangan hantar wang terutamanya melalui pemindahan kawat walaupun individu tersebut mendakwa dia mengalami situasi kecemasan. Pemindahan wang adalah seperti menghantar tunai — hampir mustahil untuk membalikkan transaksi atau mengesan destinasi wang tersebut. Jangan kongsi maklumat yang boleh digunakan untuk mengakses akaun kewangan anda. Jika pengguna lain meminta wang daripada anda, segera laporkan kepada kami.

    Jika anda mahukan tip untuk mengelak daripada terkena penipuan romantik, anda boleh melihat beberapa nasihat daripada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan A.S. (FTC) pada laman web FTC.

  • Lindungi Maklumat Peribadi Anda

    Jangan kongsi maklumat peribadi anda seperti nombor keselamatan sosial, alamat rumah atau pejabat, atau butiran tentang rutin harian anda (contohnya anda pergi ke gim setiap Isnin) dengan orang yang tidak dikenali. Jika anda seorang ibu atau bapa, hadkan maklumat yang anda kongsi tentang anak-anak anda pada profil anda dan dalam komunikasi awal. Elakkan daripada berkongsi butiran seperti nama anak anda, nama sekolah mereka ataupun umur atau jantina mereka.

  • Kekalkan Komunikasi pada Platform

    Pastikan anda kekal berbual pada platform Tinder ketika anda baru sahaja mengenali seseorang. Pengguna yang berniat buruk sentiasa cuba mengalih perbualan ke teks, app pemesejan, e-mel atau telefon dengan segera.

  • Berwaspada terhadap Hubungan Jarak Jauh dan Luar Negara

    Berwaspada terhadap penipu yang mendakwa mereka berasal dari negara anda tetapi terkandas di negara lain, terutamanya jika mereka meminta bantuan kewangan untuk pulang ke rumah. Berwaspada terhadap sesiapa sahaja yang enggan berjumpa secara bersemuka atau berbual dalam telefon/panggilan video—mereka mungkin menyamar sebagai orang lain. Jika seseorang mengelak daripada menjawab soalan anda atau mendesak untuk meminta hubungan yang serius tanpa berjumpa atau mengenali anda terlebih dahulu — ini petanda penipuan.

  • Laporkan Semua Kelakuan Mencurigakan dan Menyakitkan Hati

    Anda pasti tahu apabila seseorang berkelakuan melampau. Jika mereka berbuat demikian, kami mahu tahu mengenainya. Sekat dan laporkan sesiapa sahaja yang melanggar terma kami. Di sini ada beberapa contoh pelanggaran:

    • Permintaan wang atau derma
    • Pengguna bawah umur
    • Mesej yang mengganggu, mengancam dan menyakitkan hati
    • Kelakuan yang tidak sesuai atau memudaratkan ketika atau selepas berjumpa secara bersemuka
    • Profil palsu
    • Spam atau aktiviti mendapatkan pelanggan termasuk pautan ke laman web komersial atau percubaan untuk menjual produk atau perkhidmatan

    Anda boleh melaporkan sebarang kebimbangan tentang kelakuan mencurigakan daripada sebarang halaman profil atau tetingkap pemesejan di sini. Jika anda mahu maklumat lanjut, semak Garis Panduan Komuniti kami.

  • Lindungi Akaun Anda

    Pastikan anda pilih kata laluan yang rumit dan sentiasa berhati-hati apabila anda log masuk akaun anda menggunakan komputer awam atau kongsi. Tinder tidak akan menghantar e-mel kepada anda untuk meminta maklumat nama pengguna dan kata laluan anda — jika anda menerima e-mel yang meminta maklumat akaun anda, segera laporkannya.

Berjumpa secara Bersemuka

  • Jangan Tergesa-gesa

    Ambil masa secukupnya dan kenali padanan anda dengan baik sebelum anda berjumpanya atau bersembang di luar Tinder. Jangan takut untuk bertanya soalan untuk menapis sebarang perkara mencurigakan atau yang melanggar prinsip diri. Panggilan telefon atau video boleh digunakan sebagai alat saringan sebelum anda berjumpa.

  • Berjumpa di Tempat Awam dan Kekal Berada di Tempat Awam

    Berjumpa dengannya beberapa kali pertama di tempat awam yang dipenuhi orang ramai — jangan berjumpa di rumah anda, rumah padanan anda atau sebarang lokasi persendirian yang lain. Jika padanan anda memaksa anda pergi ke lokasi persendirian, batalkan perjumpaan.

  • Beritahu Rancangan Anda kepada Rakan dan Keluarga

    Beritahu rakan atau ahli keluarga anda tentang rancangan anda termasuk masa dan lokasi destinasi anda. Pastikan telefon bimbit anda dicas sepenuhnya dan sentiasa bawa bersama anda.

  • Kawal Pengangkutan Anda

    Kami mahu anda mengawal cara pergi dan balik dari lokasi perjumpaan anda supaya anda boleh balik pada bila-bila masa anda mahu. Jika anda tidak memandu sendiri, lebih baik anda membuat rancangan sandaran seperti app perkongsian kereta atau meminta rakan yang boleh menjemput anda.

  • Ketahui Had Anda

    Berwaspada terhadap kesan dadah/ubat atau alkohol terhadap diri anda — ia boleh menjejaskan pertimbangan dan kewaspadaan anda. Jika pasangan anda cuba memaksa anda mengambil dadah/ubat atau minum lebih daripada had anda, anda mesti bersikap tegas dan tamatkan pertemuan anda.

  • Jangan Tinggalkan Minuman atau Barang Peribadi Anda Tanpa Dijaga

    Anda mesti tahu sumber minuman anda dan lokasinya setiap masa — hanya terima minuman yang dituang atau disediakan oleh pelayan bar atau pelayan kedai. Banyak bahan yang dimasukkan ke dalam cawan untuk memudahkan serangan seksual biasanya tidak berwarna, tidak berbau dan tiada rasa. Selain itu, pastikan telefon, dompet, beg tangan dan apa-apa sahaja yang mengandungi maklumat peribadi anda sentiasa bersama anda.

  • Jika Anda Rasa Tidak Selesa, Tinggalkan Tempat Itu

    Tiada masalah untuk menamatkan perjumpaan lebih awal jika anda rasa tidak selesa. Malahan, anda digalakkan berbuat demikian. Jika naluri anda memberitahu ada sesuatu tidak kena atau anda rasa tidak selamat, minta bantuan pelayar bar atau pelayan kedai.

  • Pengembaraan LGBTQ+

    Berhati-hati ketika mengembara

    Kami mengiktiraf dan mempercayai kepentingan perangkuman untuk semua orientasi seksual dan identiti jantina. Namun begitu, hakikatnya tiada tempat di dunia ini tanpa potensi risiko, dan beberapa negara memiliki undang-undang tertentu yang menyasarkan golongan LGBTQ+.

    Semak undang-undang di sekitar anda apabila anda pergi ke tempat baharu dan selidik jenis perlindungan undang-undang yang disediakan kepada anda mengikut orientasi seksual anda, jika ada. Sekiranya anda berada di kawasan tidak selamat, kami sarankan agar anda menyahaktifkan “Tunjukkan saya pada Tinder” yang anda boleh lihat dalam halaman tetapan.

    Jika anda sudah menambah orientasi seksual pada profil anda dan memilih untuk ia dipaparkan pada Tinder, kami akan menyembunyikan orientasi seksual dalam profil anda sehingga anda meninggalkan tempat tersebut.

    Ini penting. Anda mesti mengambil langkah berhati-hati jika anda memilih untuk berkenalan dengan orang baharu di negara-negara ini. Ini kerana sesetengah agensi penguatkuasaan undang-undang dikenali ramai kerana menggunakan app janji temu sebagai alat untuk memerangkap individu. Sesetengah negara juga baru memperkenalkan undang-undang yang mencirikan komunikasi antara individu dalam laman web atau aplikasi berjanji temu sama jantina sebagai jenayah dan penalti juga diberatkan lagi jika komunikasi tersebut menyebabkan hubungan seksual.

    Lawati ILGA World untuk melihat undang-undang orientasi seksual terkini mengikut negara. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menderma bagi menyokong penyelidikan mereka.

    Sumber: ILGA World. Dikemas kini pada Mac 2019

Persetujuan & Kesihatan Seksual

  • Lindungi Diri Anda

    Apabila digunakan secara betul dan konsisten, kondom dapat mengurangkan risiko anda terkena dan menyebarkan jangkitan penyakit kelamin (STI) secara jelas seperti HIV. Namun begitu, anda perlu berwaspada kerana penyakit kelamin seperti herpes atau HPV boleh disebarkan melalui sentuhan kulit. Risiko dijangkiti beberapa STI boleh dikurangkan melalui pemvaksinan

  • Ketahui Status Anda

    Bukan semua STI menunjukkan simptom. Anda pasti mahu mengetahui tentang status anda. Sentiasa tahu tahap kesihatan anda dan elak daripada menyebarkan STI dengan melakukan ujian secara tetap. Di sini anda boleh mencari klinik berdekatan anda (AS sahaja).

  • Berbincang Mengenainya

    Komunikasi adalah segala-galanya: Sebelum anda melakukan hubungan intim dengan pasangan anda, berbincanglah tentang kesihatan seksual dan ujian STI. Anda mesti berwaspada — di beberapa tempat, penyebaran STI secara sengaja adalah suatu jenayah. Perlukan bantuan untuk memulakan perbualan? Di sini ada beberapa tip.

  • Persetujuan

    Semua aktiviti seksual mesti dimulakan dengan persetujuan dan mesti sentiasa mendapat persetujuan pasangan anda. Komunikasi lisan boleh membantu anda dan pasangan anda memastikan anda saling menghormati batasan pasangan anda. Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan seks bukan sesuatu yang boleh dijadikan hutang. Jangan teruskan jika pasangan anda kelihatan tidak selesa atau tidak pasti, atau pasangan anda tidak dapat memberikan persetujuan kerana kesan dadah/ubat atau alkohol. Baca lebih lanjut tentangnya di sini.

Sumber Bantuan, Sokongan atau Nasihat

Ingat — walaupun anda mengikut semua tip ini, tiada kaedah pengurangan risiko yang sempurna. Jika pengalaman anda negatif, sila maklum bahawa ini bukan salah anda dan bantuan disediakan untuk anda. Laporkan sebarang kejadian Tinder dan pertimbangkan untuk menghubungi salah satu sumber di bawah. Jika anda rasa anda dalam bahaya atau memerlukan bantuan kecemasan, telefon 911 (A.S. atau Kanada) atau agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan.

RAINN’s National Sexual Assault Hotline
1-800-656-HOPE (4673) | online.rainn.org | www.rainn.org

Planned Parenthood
1-800-230-7526 | www.plannedparenthood.org

National Domestic Violence Hotline
1-800-799-SAFE (7233) or 1-800-787-3224 | www.thehotline.org

National Human Trafficking Hotline
1-888-373-7888 or text 233733 | www.humantraffickinghotline.org

National Sexual Violence Resource Center
1-877-739-3895 | www.nsvrc.org

National Center for Missing & Exploited Children
1-800-THE-LOST (843-5678) | www.cybertipline.com

Cyber Civil Rights Initiative
1-844-878-2274 | www.cybercivilrights.org

VictimConnect - Crime Victim Resource Center
1-855-4VICTIM (855-484-2846) | www.victimconnect.org

FBI Internet Crime Complaint Center
www.ic3.gov

LGBT National Help Center
1-888-843-4564 | www.lgbtnationalhelpcenter.org

Trans Lifeline
1-877-565-8860 (US) or 1-877-330-6366 (CA) | www.translifeline.org

Jika anda berada di luar A.S.:

  • Klik di sini untuk maklumat tambahan di kebanyakan negara tempat kami beroperasi.

  • Klik di sini untuk maklumat tentang undang-undang orientasi seksual antarabangsa daripada International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association (ILGA).