Ringkasan Terma

Anda mesti membaca dan bersetuju dengan Terma Penggunaan kami ("Perjanjian") kerana ia membentuk kontrak yang mengikat antara anda dan Tinder. Walau bagaimanapun, kami menyediakan ringkasan pendek ini bagi memudahkan anda (dengan terma-terma berhuruf besar ditakrifkan dalam Perjanjian).

Penerimaan. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan Dasar Privasi, Dasar Kuki, Garis Panduan Komuniti dan Tip Keselamatan kami, dan sebarang terma yang terpakai dalam pembelian dalam aplikasi yang anda buat.

Kelayakan. Sebelum anda mencipta akaun, pastikan anda layak untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan Perkhidmatan, dan anda mesti bukan pesalah seks atau penjenayah yang disabitkan kesalahan. Rujuk Perjanjian untuk senarai penuh peraturan kelayakan. 

Mengubah Suai Perkhidmatan; Penamatan. Kami boleh mengubah suai Perkhidmatan pada bila-bila masa atau menghentikannya sama sekali. Anda boleh menamatkan akaun anda dalam Tetapan, dan kami berhak untuk menamatkannya untuk anda jika anda melanggar Perjanjian ini atau jika kami menganggap penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda sebagai tidak sesuai.

Kandungan. Anda bertanggungjawab untuk Kandungan Anda, termasuk sebarang kandungan yang anda muat naik atau sediakan semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Anda tidak boleh menyiarkan kandungan yang menyalahi undang-undang atau tidak sesuai. Anda tidak mempunyai sebarang hak ke atas kandungan kami atau kandungan orang lain. 

Keselamatan. Tinder tidak bertanggungjawab untuk tindakan penggunanya atau interaksi anda dengan mereka, dan kami tidak menjalankan pemeriksaan latar belakang. Berhati-hati dan pastikan untuk membaca dan mengikuti Tip Keselamatan berkenaan interaksi dengan orang lain di dalam atau di luar Tinder.

Hak-hak. Tinder memberi anda hak untuk menggunakan Perkhidmatan kami seperti yang dibenarkan dan diizinkan oleh Perjanjian ini. Rujuk Perjanjian untuk senarai penuh tindakan yang anda bersetuju untuk tidak ambil. Anda memberi Tinder lesen untuk menggunakan Kandungan Anda, termasuk hak untuk memaparkan profil anda.

Peraturan-peraturan. Rujuk Perjanjian untuk senarai peraturan yang anda bersetuju untuk mematuhi apabila anda menggunakan Tinder, seperti tidak meminta wang daripada pengguna lain, mengganggu pengguna lain atau menggunakan Perkhidmatan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang.

Pembelian Dalam Aplikasi. Tinder boleh menawarkan perkhidmatan untuk dibeli melalui platform mudah alih seperti Google Play dan Apple App Store. Pembelian tersebut ditadbir oleh terma-terma platform berkenaan. Kebanyakan pembelian tidak akan dikembalikan kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dan perkhidmatan tertentu hanya memberi anda lesen yang tertentu, seperti yang diterangkan selanjutnya dalam Perjanjian. Sesetengah pembelian, seperti langganan, akan diperbaharui secara automatik sehingga anda membatalkannya. 

Hak Cipta. Jika anda percaya hasil kerja anda telah disiarkan pada Perkhidmatan dengan cara yang melanggar hak cipta anda, sila hantarkan notis kepada Ejen Hak Cipta kami dengan mengikuti arahan dalam Perjanjian.

Penafian. Perkhidmatan kami disediakan "seadanya", dan kami menafikan liabiliti undang-undang untuk kualiti, keselamatan atau kebolehpercayaan Perkhidmatan kami.

Pembatasan Liabiliti. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami boleh membataskan liabiliti kami kepada anda untuk jenis ganti rugi tertentu untuk tuntutan berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, kelakuan pengguna lain dan akses atau penggunaan Kandungan anda yang tidak dibenarkan. Liabiliti teragregat kami tidak akan melebihi bayaran yang anda bayar kepada kami.

Timbang Tara. Perjanjian kami mengandungi klausa timbang tara mandatori. Anda bersetuju bahawa sebarang pertikaian akan diselesaikan melalui timbang tara, dan anda mengetepikan hak anda untuk perbicaraan oleh juri atau mengambil bahagian dalam tindakan kelas. Ini tidak terpakai pada pengguna yang menetap di Kawasan Ekonomi Eropah atau United Kingdom atau tempat lain di mana dilarang oleh undang-undang.

Undang-undang Pentadbiran; Lokasi. Undang-undang Texas terpakai pada Perjanjian ini. Tindakan untuk pertikaian yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah dibawa di Dallas, Texas. Pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah boleh membawa tuntutan di negara kediaman mereka.

Tanggung rugi. Anda bersetuju untuk melindungi kami daripada ganti rugi untuk tindakan yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, Kandungan Anda atau pelanggaran Perjanjian ini oleh anda.

Terma-terma Khas. Terma-terma khas tambahan yang tertentu terpakai pada penetap sesetengah negara dan negeri-negeri Amerika Syarikat. Rujuk Perjanjian untuk butiran lanjut.