TERMA PENGGUNAAN
Semakan terakhir pada 19 November 2021
Perubahan utama dalam versi ini: Kami telah menjelaskan bahawa MTCH Technology Services Limited, yang mengendalikan Ibu Pejabat Eropah kami, bertanggungjawab untuk perkhidmatan kami di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland.
Jika anda mahu ringkasan Terma Penggunaan kami, sila ke Ringkasan Terma.
Selamat Datang ke Tinder. Jika anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom atau Switzerland, Terma Penggunaan ini adalah antara anda dan:
MTCH Technology Services Limited ("MTCH Technology") 1 Hatch Street Upper Dublin 2 Dublin D02 PY28 Ireland
Jika anda tinggal di Jepun, Terma Penggunaan ini diguna pakai antara anda dengan:
MG Japan Services GK (“MG Japan”) 4F Sumitomo Fudosan Azabu Bldg 1-4-1 Mita Minato-ku, Tokyo 108-0073 Japan
Jika anda tinggal di luar Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom, Switzerland dan Jepun, Terma Penggunaan ini diguna pakai antara anda dan:
Match Group, LLC ("Match Group") 8750 North Central Expressway, Suite 1400 Dallas, TX 75231, USA
Istilah (“kami”, “Syarikat” atau “Tinder”) merujuk kepada MTCH Technology, MG Japan atau Match Group yang berada di negara kediaman anda.
1. Penerimaan Perjanjian Terma Penggunaan.
Apabila anda cipta akaun Tinder, sama ada melalui peranti mudah alih, aplikasi mudah alih atau komputer (secara kolektif, “Perkhidmatan”) anda bersetuju untuk terikat dengan (i) semua Terma Penggunaan, (ii) Dasar Privasi, Dasar Kuki, Prosedur Timbang tara (jika berkaitan dengan anda), Petua Keselamatan, dan Garis panduan Komuniti kami, setiap satu terkandung sebagai rujukan dalam Perjanjian ini, dan (iii) sebarang terma yang dinyatakan dan dipersetujui anda apabila anda membeli ciri, produk atau perkhidmatan tambahan yang kami sediakan dalam Perkhidmatan (secara kolektif, "Perjanjian" ini). Jika anda tidak menerima dan tidak bersetuju untuk terikat dengan semua terma Perjanjian ini, sila berhenti menggunakan Perkhidmatan ini.
Kami mungkin membuat perubahan pada Perjanjian ini dan Perkhidmatan dari semasa ke semasa. Kami mungkin melakukannya atas pelbagai sebab termasuk bagi mematuhi perubahan atau keperluan undang-undang, ciri-ciri baharu atau perubahan amalan perniagaan. Versi terbaharu Perjanjian ini akan disiarkan pada Perkhidmatan dalam Tetapan dan juga di gotinder.com, dan anda perlu menyemak versi terkini secara tetap. Versi terkini ialah versi yang diguna pakai. Jika perubahan ini merangkumi perubahan material yang menjejaskan hak atau kewajipan anda, kami akan memberitahu anda sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal tentang perubahan ini (melainkan kami tidak dapat berbuat demikian menurut undang-undang yang dikenakan) dengan cara yang munasabah. Ini mungkin merangkumi pemberitahuan melalui Perkhidmatan atau e-mel. Jika anda masih menggunakan Perkhidmatan ini selepas perubahan berkuat kuasa, maka anda bersetuju dengan Perjanjian yang telah dipinda.
2. Kelayakan.
Anda tidak dibenarkan untuk mencipta akaun atau mengakses atau menggunakan Perkhidmatan atau sistem yang terdapat kecuali semua yang berikut adalah benar:
- anda sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.
- anda boleh membentuk ikatan kontrak dengan Tinder,
- anda bukan orang yang dihalang daripada menggunakan Perkhidmatan menurut undang-undang Amerika Syarikat atau mana-mana bidang kuasa lain yang berkenaan (contohnya, anda tiada dalam senarai Jabatan Perbendaharaan A.S. bagi Warganegara Tentuan Khas atau menghadapi apa-apa larangan lain yang serupa),
- anda akan mematuhi Perjanjian ini dan semua undang-undang dan peraturan tempatan, negeri dan antarabangsa yang berkenaan, dan
- anda tidak pernah disabitkan dengan kesalahan feloni atau kesalahan yang boleh didakwa (atau jenayah dengan tahap keterukan yang sama), jenayah seks atau apa-apa jenayah yang melibatkan kekerasan, dan anda tidak perlu mendaftar sebagai seorang penjenayah seks dengan mana-mana pendaftar pesalah seks negeri, persekutuan atau tempatan.
3. Akaun Anda.
Jika anda mahu menggunakan Tinder, anda boleh mendaftar masuk menggunakan pelbagai cara termasuk melalui log masuk Facebook anda. Jika anda memilih untuk menggunakan log masuk Facebook anda, anda membenarkan kami mengakses dan menggunakan maklumat akaun tertentu dalam akaun Facebook anda, termasuk tetapi tidak terhad pada profil umum Facebook anda. Jika anda mahu maklumat lanjut tentang maklumat anda yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya, sila rujuk Dasar Privasi kami.
Anda bertanggungjawab memastikan kerahsiaan butiran kelayakan log masuk yang anda guna untuk mendaftar Tinder dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah kelayakan tersebut. Jika anda percaya seseorang berjaya mengakses akaun anda, sila hubungi kami dengan segera.
4. Mengubah suai Perkhidmatan dan Penamatan.
Tinder sentiasa berusaha menambah baik Perkhidmatan dan menawarkan fungsi tambahan yang anda akan dapati menarik dan berguna. Ini bermakna kami mungkin menambah ciri produk baharu atau penambahbaikan dari semasa ke semasa serta membuang beberapa ciri. Jika semua tindakan ini tidak menjejaskan hak atau kewajipan anda secara material, kami mungkin tidak akan memberikan notis kepada anda sebelum melaksanakannya. Kami juga mungkin menggantung Perkhidmatan sepenuhnya. Jika ini berlaku, kami akan memberitahu anda terlebih dahulu melainkan keadaan luar jangka berlaku seperti hal berkaitan keselamatan dan sekuriti yang menghalang kami daripada berbuat demikian.
Cara mudah untuk menamatkan akaun anda adalah dengan mengikuti arahan di bawah "Tetapan" dalam Perkhidmatan. Tentunya, anda memegang pilihan penamatan yang lain. Namun begitu, jika anda menggunakan akaun pembayaran pihak ketiga seperti Apple App Store atau iTunes Store, mengikut kesesuaian ("App Store"\ atau Google Play Store, anda perlu menguruskan pembelian dalam aplikasi melalui akaun tersebut untuk mengelakkan pengebilan tambahan. Tinder boleh menamatkan akaun anda pada bila-bila masa tanpa notis jika ia yakin anda telah melanggar Perjanjian ini. Selepas penamatan tersebut, anda tidak layak menerima sebarang bayaran balik untuk pembelian.
Bagi penduduk Republik Korea, melainkan dalam keadaan yang kami anggap wajar bahawa (i) pemberian notis dilarang menurut undang-undang (contohnya, apabila pemberian notis akan melanggar peraturan, undang-undang berkaitan, atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalaturan ataupun menjejaskan penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa pengawalaturan ) atau (ii) sebarang notis mungkin memudaratkan anda, pihak ketiga, Tinder, dan/atau rakan sekutu kami (contohnya, apabila pemberian notis menjejaskan keselamatan Perkhidmatan), kami akan segera memberitahu anda tentang sebab kami mengambil langkah relevan tersebut.
Selepas akaun anda ditamatkan, Perjanjian ini akan tamat, kecuali peruntukan berikut yang masih berkuat kuasa terhadap anda dan Tinder: Seksyen 4, Seksyen 5, dan Seksyen 12 hingga 19.
5. Keselamatan; Interaksi Anda dengan Ahli Lain.
Walaupun Tinder berusaha menggalakkan pengalaman ahli yang saling hormat melalui ciri seperti pemilihan dua pihak yang hanya membolehkan ahli berkomunikasi jika kedua-duanya saling berminat, Tinder tidak bertanggungjawab terhadap kelakuan sebarang ahli di dalam atau di luar Perkhidmatan. Anda bersetuju untuk berhati-hati dalam semua interaksi dengan ahli lain, terutamanya jika anda memutuskan untuk berkomunikasi di luar Perkhidmatan atau bertemu di dunia sebenar. Selain itu, anda bersetuju untuk menyemak dan mengikut Petua Keselamatan Tinder sebelum menggunakan Perkhidmatan ini. Anda bersetuju anda tidak akan memberikan maklumat kewangan anda (contohnya, maklumat kad kredit atau akaun bank anda), atau membuat pindahan kawat ataupun menghantar wang kepada ahli lain.
ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP INTERAKSI ANDA DENGAN AHLI LAIN. ANDA MEMAHAMI BAHAWA TINDER TIDAK MELAKUKAN PEMERIKSAAN LATAR BELAKANG JENAYAH TERHADAP AHLINYA ATAUPUN MENYIASAT LATAR BELAKANG AHLINYA. TINDER TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN TERHADAP KELAKUAN ATAU KESERASIAN PENGGUNA.
6. Hak yang Diberikan oleh Tinder kepada Anda.
Tinder memberikan anda lesen peribadi, seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh diserah hak, tidak eksklusif, boleh mansuh dan tidak boleh disublesen untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini. Lesen ini bertujuan sekadar untuk membenarkan anda menggunakan dan menikmati manfaat Perkhidmatan seperti yang disediakan oleh Tinder dan dibenarkan menurut Perjanjian ini. Lesen ini dan sebarang kebenaran mengakses Perkhidmatan dibatalkan secara automatik sekiranya anda melakukan mana-mana yang berikut:
- menggunakan Perkhidmatan ini atau mana-mana kandungan yang terkandung dalam Perkhidmatan untuk sebarang tujuan komersial tanpa persetujuan bertulis daripada kami.
- menyalin, mengubah suai, menghantar, mencipta apa-apa kerja terbitan daripadanya, menggunakan atau menerbitkan semula sebarang bahan berhak cipta dalam apa-apa cara, imej, tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan atau harta intelektual lain, maklumat kandungan atau proprietari yang boleh diakses melalui Perkhidmatan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Tinder.
- menyatakan atau membayangkan bahawa apa-apa kenyataan yang anda buat telah disahkan oleh Tinder.
- menggunakan apa-apa robot, bot, lelabah, perayap, pengikis, aplikasi carian/dapatan kembali laman, proksi atau peranti manual atau automatik lain, kaedah atau proses untuk mengakses, mendapatkan semula, mengindeks, "melombong data", atau dalam apa jua cara menghasilkan semula atau mengelakkan struktur pelayaran atau penyampaian Perkhidmatan ini atau kandungannya.
- menggunakan Perkhidmatan dalam sebarang cara yang boleh mengganggu, menggendalakan atau menjejaskan Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang bersambung dengan Perkhidmatan ini secara negatif.
- memuat naik virus atau kod hasad yang lain atau cuba menjejaskan keselamatan Perkhidmatan.
- memalsukan pengepala atau memanipulasi pengenal pasti untuk menyembunyikan asal-usul sebarang maklumat yang dihantar kepada atau melalui Perkhidmatan.
- "membingkai" atau "mencerminkan" sebarang bahagian Perkhidmatan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Tinder.
- menggunakan tag meta atau kod atau peranti lain yang mengandungi mana-mana rujukan kepada Tinder atau Perkhidmatan (atau mana-mana tanda dagang, nama dagang, tanda perkhidmatan, logo atau slogan Tinder) untuk menghalakan mana-mana individu ke sebarang laman web lain untuk sebarang tujuan.
- mengubah suai, menyesuaikan, membuat sublesen, menterjemah, menjual, merombak balik, menyahkod, menyahsusun atau menyahhimpun mana-mana bahagian Perkhidmatan, atau menyebabkan orang lain berbuat demikian.
- menggunakan atau membangunkan apa-apa aplikasi pihak ketiga yang berinteraksi dengan Perkhidmatan atau Kandungan atau maklumat ahli lain tanpa persetujuan bertulis daripada kami.
- menggunakan, mengakses atau menerbitkan antara muka pengaturcaraan aplikasi Tinder tanpa persetujuan bertulis daripada kami.
- menyiasat, mengimbas atau menguji kelemahan Perkhidmatan kami atau mana-mana sistem atau rangkaian.
- menggalakkan atau mempromosikan sebarang aktiviti yang melanggar Perjanjian ini.
Tinder boleh menyiasat dan mengambil sebarang tindakan undang-undang yang ada sebagai respons terhadap penggunaan Perkhidmatan secara haram atau tidak sah, termasuk penamatan akaun anda.
Sebarang perisian yang kami sediakan kepada anda boleh memuat turun dan memasang penaiktarafan, pengemaskinian atau ciri-ciri baharu yang lain secara automatik. Anda boleh menyesuaikan muat turun automatik ini melalui tetapan peranti anda.
7. Hak yang Anda Berikan kepada Tinder.
Apabila anda mencipta akaun, anda memberikan Tinder hak dan lesen di seluruh dunia yang boleh dipindah milik, boleh disublesen, bebas royalti untuk mengehos, menyimpan, menggunakan, menyalin, memaparkan, menghasilkan semula, menyesuaikan, mengedit, menerbitkan, mengubah suai dan mengedarkan maklumat yang anda benarkan kami mengaksesnya daripada pihak ketiga seperti Facebook, serta sebarang maklumat yang anda siarkan, muat naik, paparkan atau sediakan (secara kolektif, "siar") pada Perkhidmatan atau dihantar kepada ahli lain (secara kolektif, "Kandungan"). Lesen Tinder untuk Kandungan anda tidak eksklusif, melainkan lesen Tinder adalah eksklusif untuk kerja-kerja terbitan yang dicipta melalui penggunaan Perkhidmatan. Sebagai contoh, Tinder mempunyai lesen eksklusif untuk tangkapan skrin Perkhidmatan yang merangkumi Kandungan anda. Di samping itu, bagi membolehkan Tinder mengelakkan penggunaan Kandungan anda di luar Perkhidmatan, anda membenarkan Tinder bertindak bagi pihak anda untuk penggunaan yang mencabuli Kandungan anda yang diambil daripada Perkhidmatan oleh ahli lain atau pihak ketiga. Ini dengan jelas termasuk kuasa tetapi bukan kewajipan, untuk menghantar notis menurut 17 U.S.C. § 512(c)(3) (iaitu Notis Pengeluaran DMCA) bagi pihak anda jika Kandungan anda diambil dan digunakan oleh pihak ketiga di luar Perkhidmatan. Lesen kami untuk Kandungan anda adalah tertakluk kepada hak anda menurut undang-undang yang digunakan (sebagai contoh, undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi setakat mana sebarang Kandungan yang mengandungi maklumat peribadi seperti yang ditakrifkan menurut undang-undang tersebut) dan dengan tujuan terhad untuk mengendalikan, membangunkan, menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan serta menyelidik dan membangunkan Perkhidmatan baharu. Anda bersetuju bahawa sebarang Kandungan yang anda letak atau yang anda benarkan kami letak dalam Perkhidmatan boleh dilihat oleh ahli lain dan boleh dilihat oleh mana-mana individu yang melawat atau menyertai Perkhidmatan (seperti individu yang boleh menerima perkongsian Kandungan daripada ahli Tinder yang lain).
Anda bersetuju bahawa semua maklumat yang anda berikan semasa penciptaan akaun anda, termasuk maklumat yang diberikan daripada akaun Facebook anda, adalah tepat dan benar dan anda berhak menyiarkan Kandungan pada Perkhidmatan dan memberi lesen kepada Tinder untuk perkara yang dinyatakan di atas.
Anda memahami dan bersetuju bahawa kami boleh memantau atau menyemak sebarang Kandungan yang anda siarkan kerana ia adalah sebahagian daripada Perkhidmatan. Kami boleh memadam sebarang Kandungan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, yang menurut pertimbangan mutlak kami melanggar Perjanjian ini atau mungkin merosakkan reputasi Perkhidmatan.
Apabila berkomunikasi dengan wakil perkhidmatan pelanggan kami, anda bersetuju untuk menghormatinya dan bersikap baik. Sekiranya kami mendapati sikap anda mengancam, mengganggu, atau menyinggung perasaan terhadap mana-mana wakil perkhidmatan pelanggan atau pekerja kami yang lain pada bila-bila masa, kami berhak menamatkan akaun anda serta-merta.
Oleh kerana Tinder membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan, anda membenarkan kami, ahli gabungan kami dan rakan pihak ketiga kami menyiarkan iklan dalam Perkhidmatan. Apabila anda memberikan cadangan atau maklum balas kepada Tinder tentang Perkhidmatan kami, anda membenarkan Tinder menggunakan dan berkongsi maklum balas tersebut untuk sebarang tujuan tanpa memberi pampasan kepada anda.
Sila ambil maklum bahawa Tinder boleh mengakses, menyimpan dan mendedahkan maklumat dan Kandungan akaun anda jika perlu berbuat demikian menurut undang-undang, dengan melaksanakan perjanjiannya dengan anda, atau Tinder percaya bahawa akses, penyimpanan atau pendedahan tersebut dilakukan untuk kepentingan yang sah, termasuk untuk: (i) mematuhi proses perundangan; (ii) menguatkuasakan Perjanjian; (iii) sebagai respons kepada tuntutan bahawa terdapat Kandungan yang melanggar hak pihak ketiga; (iv) sebagai respons kepada permintaan anda untuk mendapatkan perkhidmatan pelanggan; atau (v) melindungi hak, harta atau keselamatan peribadi Syarikat atau individu lain.
8. Peraturan Komuniti.
Apabila anda menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa anda tidak akan:
- menggunakan Perkhidmatan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh Perjanjian ini.
- menggunakan Perkhidmatan untuk sebarang tujuan yang memudaratkan atau berniat jahat
- menggunakan Perkhidmatan untuk merosakkan Tinder
- melanggar Garis Panduan Komuniti kami yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
- spam, meminta wang daripada ahli atau menipu mana-mana ahli.
- menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti atau menyiarkan sebarang imej orang lain tanpa kebenaran mereka.
- membuli, "mengintip," menakutkan, menyerang, mengganggu, menganiaya atau memfitnah mana-mana individu.
- menyiarkan apa-apa Kandungan yang melanggar atau mencabuli hak sesiapa, termasuk hak publisiti, privasi, hak cipta, tanda dagang atau harta intelektual atau hak kontrak yang lain.
- menyiarkan sebarang Kandungan yang merupakan ucapan kebencian, ancaman, seks yang eksplisit atau pornografi.
- menyiarkan sebarang Kandungan yang mencetuskan keganasan; atau mengandungi unsur kebogelan ataupun keganasan grafik atau keganasan yang tidak sepatutnya dilakukan.
- menyiarkan apa-apa Kandungan yang menggalakkan rasisme, ketaksuban, kebencian atau kecederaan fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu dalam sebarang bentuk.
- meminta kata laluan untuk sebarang tujuan, atau maklumat pengenalpastian peribadi bagi tujuan komersial atau menyalahi undang-undang daripada ahli lain atau menyebarkan maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka.
- menggunakan akaun ahli lain, berkongsi akaun dengan ahli lain, atau memiliki lebih daripada satu akaun.
- mencipta akaun lain jika kami sudah menamatkan akaun anda, melainkan anda mempunyai kebenaran kami.
Tinder berhak menyiasat dan/atau menamatkan akaun anda tanpa bayaran balik bagi sebarang pembelian jika anda melanggar Perjanjian ini, menyalahgunakan Perkhidmatan atau berkelakuan dengan cara yang dianggap oleh Tinder sebagai tidak sesuai atau menyalahi undang-undang, termasuk tindakan atau komunikasi yang berlaku di dalam atau di luar Perkhidmatan. Selain itu, dalam keadaan tertentu, kami mungkin menamatkan akaun anda kerana melanggar terma terpakai bagi mana mana keluarga perniagaan Match Group, yang termasuk sebagai tambahan kepada Tinder, perkhidmatan seperti OkCupid, Plenty of Fish, Match, Meetic, BlackPeopleMeet, LoveScout24, OurTime, Pairs, ParPerfeito dan Twoo (Untuk maklumat lanjut, klik di sini). Sekiranya anda melanggar peraturan ini atau Garis Panduan Komuniti kami, kebenaran anda menggunakan Perkhidmatan akan dibatalkan secara automatik.
9. Kandungan Ahli Lain.
Walaupun Tinder berhak menyemak dan mengeluarkan Kandungan yang melanggar Perjanjian ini, Kandungan tersebut adalah tanggungjawab sepenuhnya ahli yang menyiarkannya dan Tinder tidak dapat menjamin semua Kandungan akan mematuhi Perjanjian ini. Jika anda melihat Kandungan pada Perkhidmatan yang melanggar Perjanjian ini, sila laporkan dalam Perkhidmatan atau melalui borang hubungan kami.
10. Pembelian.
Secara Umum. Dari semasa ke semasa, Tinder mungkin menawarkan produk dan perkhidmatan untuk pembelian ("pembelian dalam aplikasi") melalui App Store, Google Play Store, pengebilan pembekal, pengebilan Tinder atau platform pembayaran lain yang disahkan oleh Tinder. Jika anda memilih untuk membuat pembelian dalam aplikasi, anda diminta untuk mengesahkan pembelian anda dengan penyedia pembayaran berkenaan, dan kaedah pembayaran anda (sama ada menggunakan kad atau akaun pihak ketiga seperti Google Play Store atau App Store) ("Kaedah Pembayaran" anda) akan dikenakan bayaran untuk pembelian dalam aplikasi pada harga yang dipaparkan kepada anda untuk perkhidmatan yang anda pilih, termasuk sebarang cukai jualan atau cukai setara yang mungkin dikenakan sekali, dan anda membenarkan Tinder atau akaun pihak ketiga yang berkenaan mengenakan bayaran kepada anda.
Pembaharuan Automatik; Pembayaran Kad Automatik
Jika anda membeli langganan berkala yang berulang secara automatik melalui pembelian dalam aplikasi, Kaedah Pembayaran anda masih akan dibilkan untuk langganan anda sehingga anda membatalkannya. Selepas tempoh komitmen langganan pertama, langganan anda akan diteruskan secara automatik untuk tempoh masa yang tidak ditentukan pada harga yang telah dipersetujui semasa melanggan, melainkan anda membatalkan langganan sebelum tarikh pembaharuan. Maklumat pembayaran kad anda akan disimpan dan digunakan untuk pembayaran kad automatik menurut Perjanjian ini.
Bantahan terhadap pembayaran yang sudah dibuat perlu ditujukan kepada Sokongan pelanggan jika bayaran anda dikenakan oleh Tinder ataupun akaun pihak ketiga yang relevan seperti App Store. Anda juga boleh membuat bantahan dengan menghubungi penyedia pembayaran atau bank anda, iaitu pihak yang boleh memberikan maklumat lanjut tentang hak anda serta had masa yang dikenakan. Anda boleh menarik balik persetujuan untuk pembayaran kad automatik pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat dengan pergi ke Tetapan Tinder atau akaun pihak ketiga yang relevan. Namun begitu, anda perlu sedia maklum bahawa anda masih perlu membayar sebarang jumlah yang tertunggak.
Jika anda tidak mahu langganan anda diperbaharui secara automatik, atau jika anda mahu menukar atau menamatkan langganan anda, anda perlu log masuk ke akaun pihak ketiga anda (atau Tetapan di Tinder, jika berkenaan) dan ikut arahan untuk menamatkan atau membatalkan langganan anda, walaupun anda telah memadamkan akaun anda dengan kami atau anda telah memadamkan aplikasi Tinder pada peranti anda. Pemadaman akaun Tinder anda atau pemadaman aplikasi Tinder pada peranti anda tidak akan menamatkan atau membatalkan langganan anda. Tinder akan memegang semua dana yang dikenakan pada Kaedah Pembayaran anda sehingga anda menamatkan atau membatalkan langganan anda dalam Tinder atau akaun pihak ketiga, jika berkenaan. Sekiranya anda menamatkan atau membatalkan langganan anda, anda boleh menggunakan langganan anda sehingga tamat tempoh langganan semasa anda dan langganan anda tidak akan diperbaharui selepas tamat tempoh semasa.
Untuk ahli kami yang menetap di Jerman, anda boleh menamatkan langganan anda selepas ia diperbaharui dengan tempoh notis satu bulan, dan hak anda untuk menamatkan atas sebab tertentu kekal tidak terjejas.
Terma Tambahan yang dikenakan jika anda membayar terus kepada Tinder menggunakan Kaedah Pembayaran anda. Jika anda membayar terus kepada Tinder, Tinder boleh membetulkan sebarang kesilapan atau kesalahan pengebilan yang dilakukan walaupun ia sudah meminta atau menerima pembayaran. Jika anda memulakan caj balik atau membalikkan pembayaran yang dibuat dengan Kaedah Pembayaran anda, Tinder boleh menamatkan akaun anda dengan serta-merta menurut budi bicaranya.
Anda boleh edit maklumat Kaedah Pembayaran anda dengan melayari Tinder dan pergi ke Tetapan. Sekiranya bayaran tidak berjaya dilakukan kerana tamatnya tempoh, kekurangan dana, atau selainnya dan anda tidak mengedit maklumat Kaedah Pembayaran anda, menamatkan atau membatalkan langganan anda, anda masih bertanggungjawab terhadap sebarang amaun yang tertunggak dan memberi kuasa kepada kami untuk terus mengenakan bayaran pada Kaedah Pembayaran anda, kerana ia mungkin dikemas kini. Ini boleh mengakibatkan perubahan pada tarikh pengebilan pembayaran anda. Selain itu, anda memberikan kuasa kepada kami untuk mendapatkan nombor kad kredit atau kad debit anda dan tarikh tamat tempoh yang baharu atau yang dikemas kini sepertimana yang disediakan oleh pengeluar kad kredit atau kad debit anda. Terma pembayaran adalah berdasarkan Kaedah Pembayaran anda dan boleh ditetapkan menurut perjanjian antara anda dengan institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau penyedia Kaedah Pembayaran lain yang anda pilih. Jika anda menetap di luar Amerika Syarikat, anda bersetuju bahawa pembayaran anda kepada Tinder akan dilakukan melalui MTCH Technology Services Limited.
Item Maya. Dari semasa ke semasa, anda mungkin boleh membeli atau memperoleh lesen terhad, peribadi, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesen, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan "item maya", yang mungkin merangkumi produk maya atau "syiling" maya atau unit lain yang boleh ditukar dalam Perkhidmatan untuk mendapatkan produk maya (secara kolektif, "Item Maya"). Sebarang baki Item Maya yang ditunjukkan dalam akaun anda tidak dianggap sebagai baki dalam dunia sebenar atau mencerminkan sebarang nilai tersimpan, tetapi sebaliknya dianggap sebagai suatu pengukuran tahap lesen anda. Item Maya tidak mengenakan bayaran untuk lesen yang tidak digunakan. Walau bagaimanapun, lesen yang diberikan kepada anda dalam Item Maya akan ditamatkan menurut terma Perjanjian ini, apabila Tinder berhenti menyediakan Perkhidmatan atau akaun anda ditutup atau ditamatkan. Tinder, menurut budi bicaranya, berhak mengenakan bayaran untuk hak mengakses atau menggunakan Item Maya, dan boleh mengedarkan Item Maya dengan bayaran atau secara percuma. Tinder boleh mengurus, mengawal atur, mengawal, mengubah suai atau menghapuskan Item Maya pada bila-bila masa. Tinder tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga sekiranya Tinder melaksanakan sebarang hak tersebut. Item Maya hanya boleh ditebus melalui Perkhidmatan. SEMUA PEMBELIAN DAN PENEBUSAN ITEM MAYA YANG DIBUAT MELALUI PERKHIDMATAN ADALAH MUKTAMAD DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. Peruntukan Item Maya untuk penggunaan dalam Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang bermula sebaik sahaja pembelian Item Maya tersebut diterima. ANDA MENGAKUI BAHAWA TINDER TIDAK PERLU MEMBERIKAN BAYARAN BALIK BERKENAAN DENGAN ITEM MAYA UNTUK SEBARANG SEBAB, DAN ANDA TIDAK AKAN MENERIMA WANG ATAU PAMPASAN LAIN UNTUK ITEM MAYA YANG TIDAK DIGUNAKAN APABILA AKAUN DITUTUP, SAMA ADA SECARA SUKARELA ATAU SEBALIKNYA.
Bayaran Balik. Pada umumnya, semua bayaran untuk pembelian tidak akan dikembalikan, dan tiada bayaran balik atau kredit bagi sebahagian tempoh yang digunakan. Kami boleh membuat pengecualian jika bayaran balik untuk tawaran langganan diminta dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh transaksi, atau jika undang-undang yang terpakai dalam bidang kuasa anda membenarkan bayaran balik.
Bagi pelanggan yang menetap di negara Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah, menurut undang-undang tempatan, anda berhak menerima bayaran balik sepenuhnya tanpa perlu memberikan alasan dalam masa 14 hari selepas langganan bermula. Sila maklum bahawa tempoh 14 hari ini bermula apabila langganan bermula.
Bagi pelanggan dan pembeli Item Maya yang menetap di Republik Korea – menurut undang-undang tempatan, anda berhak menerima bayaran balik sepenuhnya untuk langganan dan/atau Item Maya yang tidak digunakan dalam masa 7 hari selepas pembelian. Sila maklum bahawa tempoh 7 hari ini bermula sebaik sahaja anda membuat pembelian.
Melainkan seperti yang dinyatakan di atas, iaitu untuk ahli yang tinggal di Republik Korea, pembelian Item Maya adalah MUKTAMAD DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
Jika anda mahu meminta bayaran balik:
Jika anda membeli menggunakan ID Apple, bayaran balik akan dikendalikan oleh Apple, bukan Tinder. Jika anda mahu meminta bayaran balik, pergi ke App Store, klik pada ID Apple anda, pilih "Sejarah pembelian", cari transaksi dan tekan "Laporkan Masalah". Anda juga boleh menghantar permintaan di https://getsupport.apple.com.
Jika anda melanggan menggunakan akaun Google Play Store atau Tinder: sila hubungi sokongan pelanggan dengan menyediakan nombor pesanan Google Play Store anda (anda boleh mendapatkan nombor pesanan dalam e-mel pengesahan pesanan atau dengan melog masuk Google Wallet) atau Tinder (anda boleh mendapatkannya dalam e-mel pengesahan anda). Anda juga boleh mengepos atau menyerahkan notis yang sudah bertandatangan dan bertarikh yang menyatakan anda sebagai pembeli mahu membatalkan perjanjian ini, atau kata-kata lain yang mempunyai kesan yang serupa. Sila sertakan juga alamat e-mel atau nombor telefon bimbit yang anda guna untuk akaun anda bersama-sama nombor pesanan anda. Notis ini mesti dihantar kepada: Tinder, Attn.: Cancellations, P.O. Box 25472, Dallas, Texas 75225, USA.
Jika anda menggunakan hak pembatalan anda (kecuali pembelian yang dibuat melalui ID Apple anda yang dikawal oleh Apple), kami akan membayar balik (atau meminta Google membayar balik) semua bayaran yang diterima daripada anda, tanpa kelewatan yang tidak wajar dan dalam apa-apa keadaan, dalam masa 14 hari daripada tarikh kami menerima notis keputusan anda untuk membatalkan Perjanjian. Kami akan membuat bayaran balik menggunakan cara bayaran yang sama seperti yang anda gunakan dalam transaksi awal. Selain itu, tiada bayaran akan dikenakan kepada anda akibat daripada bayaran balik tersebut.
Sekiranya anda membuat pembelian melalui platform pembayaran yang tidak disenaraikan di atas, sila minta bayaran balik daripada pedagang pihak ketiga yang anda guna untuk membuat pembelian.
Anda tidak boleh membatalkan pesanan untuk penghantaran kandungan digital yang tidak dihantar melalui medium fizikal jika pemprosesan pesanan telah dimulakan dengan persetujuan awal dan pengesahan yang menyatakan bahawa anda akan kehilangan hak pembatalan. Ini juga diguna pakai, contohnya, untuk pembelian Item Maya. Ini bermakna pembelian tersebut adalah MUKTAMAD DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
Harga. Tinder mengendalikan perniagaan global dan harga kami berbeza mengikut beberapa faktor. Kami kerap menawarkan kadar promosi yang berbeza mengikut rantau, tempoh langganan, saiz pakej dan banyak lagi. Kami juga menguji ciri baharu dan pilihan pembayaran secara tetap.
11. Notis dan Prosedur untuk Membuat Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta.
Sekiranya anda percaya hasil kerja anda disalin dan disiar dalam Perkhidmatan dengan cara yang membentuk pelanggaran hak cipta, sila serahkan permintaan penghapusan menggunakan borang di sini
Jika anda menghubungi kami berkenaan dengan dakwaan pelanggaran hak cipta, pastikan anda memberikan maklumat berikut:
- tandatangan elektronik atau fizikal individu yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik kepentingan hak cipta;
- penerangan tentang hasil kerja berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar;
- penerangan tentang lokasi bahan yang anda dakwa dilanggar dalam Perkhidmatan (dan keterangan tersebut mestilah benar-benar mencukupi untuk membolehkan kami mencari bahan yang dikatakan melanggar itu);
- maklumat hubungan anda, termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel, serta identiti pemilik hak cipta.
- pernyataan bertulis daripada anda yang menyatakan anda yakin dengan niat baik bahawa penggunaan yang dipertikaikan itu tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang; dan
- pernyataan daripada anda, dibuat di bawah hukuman sumpah bohong, bahawa maklumat dalam notis anda di atas adalah tepat dan anda adalah pemilik hak cipta atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.
Tinder akan menamatkan akaun pelanggar yang berulang.
12. Penafian.
TINDER MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SECARA "SEADANYA" DAN "SEDIA ADA" DAN SETAKAT YANG DIBENARKAN MENURUT UNDANG-UNDANG BERKAITAN, TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JENIS JAMINAN, SAMA ADA TERSURAT, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SELAINNYA YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN INI (TERMASUK SEMUA KANDUNGAN DI DALAMNYA), TERMASUK, TANPA HAD, APA-APA JAMINAN TERSIRAT UNTUK KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBOLEHDAGANGAN, KELAYAKAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU BUKAN PELANGGARAN. TINDER TIDAK MENGESAHKAN ATAU MENJAMIN BAHAWA (A) PERKHIDMATAN TIDAK AKAN TERGANGGU, SELAMAT ATAU BEBAS DARIPADA KESILAPAN, (B) SEBARANG KESILAPAN ATAU KECACATAN DALAM PERKHIDMATAN AKAN DIPERBETULKAN, ATAU (C) SEBARANG KANDUNGAN ATAU MAKLUMAT YANG ANDA PEROLEH PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN INI ADALAH TEPAT.
TINDER TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KANDUNGAN YANG ANDA ATAU AHLI LAIN ATAUPUN PIHAK KETIGA SIARKAN, HANTAR ATAU TERIMA MELALUI PERKHIDMATAN. AKSES ANDA KE SEBARANG BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU DIPEROLEH MELALUI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ADALAH MENGIKUT PERTIMBANGAN DAN RISIKO ANDA SENDIRI.
13. Perkhidmatan Pihak Ketiga.
Perkhidmatan mungkin mengandungi iklan dan promosi yang ditawarkan oleh pihak ketiga dan pautan ke laman web atau sumber lain. Tinder tidak bertanggungjawab terhadap ketersediaan (atau kekurangan ketersediaan) laman web atau sumber luaran tersebut. Jika anda memilih untuk berinteraksi dengan pihak ketiga yang disediakan melalui Perkhidmatan kami, terma pihak tersebut akan mentadbirkan hubungan mereka dengan anda. Tinder tidak akan bertanggungjawab atau menanggung terma atau tindakan pihak ketiga tersebut.
14. Had Liabiliti.
SETAKAT YANG DIBENARKAN MENURUT UNDANG-UNDANG BERKAITAN, DALAM SEBARANG KEADAAN, TINDER, AHLI GABUNGANNYA, PARA PEKERJANYA, PEMBERI LESENNYA ATAU PENYEDIA PERKHIDMATANNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG GANTI RUGI SECARA TIDAK LANGSUNG, BERBANGKIT, TELADAN, SAMPINGAN, KHAS ATAU PUNITIF, MERANGKUMI TANPA HAD, KERUGIAN, YANG BERLAKU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, ATAU SEBARANG KEHILANGAN DATA, PENGGUNAAN, NAMA BAIK ATAU KERUGIAN TIDAK KETARA YANG LAIN, AKIBAT DARIPADA: (I) AKSES ATAU PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, (II) KELAKUAN ATAU KANDUNGAN AHLI LAIN ATAU PIHAK KETIGA PADA, MELALUI, ATAU BERIKUTAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN; ATAU (III) AKSES, PENGGUNAAN ATAU PENGUBAHSUAIAN KANDUNGAN ANDA SECARA TIDAK SAH, WALAUPUN TINDER SUDAH DIBERITAHU TENTANG KEBARANGKALIAN BERLAKUNYA KERUGIAN TERSEBUT. DALAM SEBARANG KEADAAN, TINDER TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SECARA AGREGAT TERHADAP ANDA UNTUK SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN YANG MELEBIHI AMAUN YANG DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA TINDER UNTUK PERKHIDMATAN DAN USD100 KETIKA ANDA MEMILIKI AKAUN, JIKA ADA.
SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN GANTI RUGI TERTENTU, OLEH ITU BEBERAPA ATAU SEMUA PENGECUALIAN DAN PEMBATASAN DALAM SEKSYEN INI MUNGKIN TIDAK DIKENAKAN KEPADA ANDA.
15. Timbang tara, Penepian Tindakan Kelas dan Penepian Juri.
Kecuali untuk ahli yang menetap di negara Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah dan tempat lain yang dilarang menurut undang-undang terpakai:
- Kaedah eksklusif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini (termasuk sebarang dakwaan pelanggarannya) atau Perkhidmatan adalah TIMBANG TARA TERIKAT yang ditadbirkan oleh JAMS menurut Peraturan dan Prosedur Timbang tara yang Diperkemas JAMS, kecuali sebagaimana yang diubah suai menurut Prosedur Timbang tara kami. Terdapat satu pengecualian terhadap sifat eksklusif timbang tara tersebut iaitu salah satu pihak berhak membawa tuntutan individu terhadap pihak satu lagi ke mahkamah tuntutan kecil dalam bidang kuasa kompeten, atau jika difailkan dalam timbang tara, pihak yang memberikan respons boleh meminta pertikaian tersebut dilakukan di mahkamah tuntutan kecil jika tuntutan tersebut berada dalam bidang kuasa mahkamah tuntutan kecil. Jika permintaan untuk meneruskan di mahkamah tuntutan kecil dibuat sebelum penimbang tara dilantik, timbang tara hendaklah ditutup secara pentadbiran. Jika permintaan untuk meneruskan di mahkamah tuntutan kecil dibuat selepas penimbang tara dilantik, penimbang tara tersebut akan menentukan sama ada pertikaian tersebut akan kekal berada di timbang tara atau diputuskan di mahkamah tuntutan kecil. Timbang tara tersebut akan dilakukan melalui penyerahan bertulis sahaja, melainkan anda atau Tinder memilih untuk menggunakan hak masing-masing untuk mendapatkan perbicaraan lisan di hadapan Penimbang tara. Namun begitu, sama ada anda memilih timbang tara atau mahkamah tuntutan kecil, anda bersetuju dalam apa jua keadaan anda tidak akan memulakan, atau mengekalkan, atau mengambil bahagian menentang Syarikat dalam sebarang tindakan kelas, timbang tara kelas, atau tindakan atau prosiding perwakilan lain terhadap Tinder.
- Apabila anda menggunakan Perkhidmatan ini dalam apa-apa cara, anda bersetuju dengan perjanjian timbang tara di atas. Apabila anda berbuat demikian, ANDA MELEPASKAN HAK ANDA UNTUK KE MAHKAMAH untuk menuntut atau mempertahankan apa-apa tuntutan antara anda dengan Syarikat (kecuali untuk hal ehwal yang boleh dibawa ke mahkamah tuntutan kecil). ANDA JUGA MELEPASKAN HAK ANDA UNTUK MENYERTAI TINDAKAN KELAS ATAU PROSIDING KELAS YANG LAIN. Sekiranya anda mengemukakan tuntutan terhadap Tinder di luar mahkamah tuntutan kecil (dan Tinder tidak meminta tuntutan itu dipindahkan ke mahkamah tuntutan kecil), hak anda akan ditentukan oleh PENIMBANG TARA BERKECUALI, BUKAN HAKIM ATAU JURI, dan penimbang tara akan menentukan semua tuntutan dan semua isu mengenai penimbangtaraan pertikaian. Anda berhak menerima perbicaraan yang adil di hadapan penimbang tara. Penimbang tara boleh memberikan sebarang pelepasan yang sama seperti mahkamah, termasuk keupayaan untuk mendengar usul dispositif (yang mungkin termasuk usul dispositif berdasarkan rayuan semua pihak, serta usul dispositif berdasarkan rayuan semua pihak yang diserahkan bersama bukti), tetapi anda perlu sedia maklum bahawa prosiding timbang tara biasanya lebih ringkas dan diperkemas berbanding perbicaraan dan prosiding kehakiman yang lain. Keputusan penimbang tara boleh dikuatkuasakan di mahkamah dan boleh dibatalkan oleh mahkamah hanya untuk alasan yang sangat terhad. Jika anda mahu maklumat lanjut tentang proses timbang tara, lihat Prosedur Timbang tara kami.
- Sebarang prosiding untuk menguatkuasakan perjanjian timbang tara ini, termasuk sebarang prosiding untuk mengesahkan, mengubah suai, atau membatalkan award timbang tara, boleh dimulakan di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten. Sekiranya perjanjian timbang tara ini, dengan sebarang sebab, dianggap tidak dapat dilaksanakan, sebarang litigasi terhadap Syarikat (kecuali tindakan mahkamah tuntutan kecil) hanya boleh dimulakan di mahkamah persekutuan atau negeri yang terletak di Daerah Dallas, Texas. Anda dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh ditarik balik kepada bidang kuasa mahkamah tersebut bagi tujuan yang dinyatakan.
- Platform penyelesaian pertikaian dalam talian bagi Suruhanjaya Eropah boleh didapati di http://ec.europa.eu/odr. Tinder tidak menyertai prosedur penyelesaian pertikaian di hadapan entiti timbang tara pengguna bagi ahli yang menetap di negara Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah.
16. Undang-undang Pentadbiran.
Bagi ahli yang menetap di Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah atau di tempat lain yang tidak mengiktiraf perjanjian timbang tara kami, undang-undang Texas, Amerika Syarikat, kecuali peraturan konflik undang-undang Texas, akan digunakan untuk sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini atau Perkhidmatan. Meskipun dinyatakan di atas, Perjanjian Timbang Tara dalam Seksyen 15 di atas akan ditadbirkan menurut Akta Timbang Tara Persekutuan. Bagi mengelakkan keraguan, pemilihan undang-undang pentadbiran Texas tidak akan menggantikan sebarang undang-undang perlindungan pengguna mandatori dalam bidang kuasa tersebut.
17. Tempat.
Kecuali untuk ahli yang menetap di negara Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah, yang boleh membawa tuntutan di negara kediaman mereka selaras dengan undang-undang terpakai dan kecuali untuk tuntutan yang boleh dibawa ke mahkamah tuntutan kecil dengan bidang kuasa kompeten, semua tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini, dengan Perkhidmatan, atau dengan hubungan anda dengan Tinder untuk apa jua sebab yang tidak diserahkan kepada timbang tara akan melalui litigasi secara eksklusif di mahkamah persekutuan atau negeri Daerah Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Anda dan Tinder bersetuju dengan pelaksanaan bidang kuasa individu mahkamah di Negeri Texas dan mengetepikan sebarang tuntutan bahawa mahkamah tersebut membentuk forum yang tidak sesuai.
18. Tanggung rugi oleh Anda.
Anda bersetuju, setakat yang dibenarkan menurut undang-undang terpakai, untuk membayar ganti rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Tinder, ahli gabungan kami, pegawai mereka dan pegawai kami, pengarah, ejen dan kakitangan daripada dan terhadap sebarang dan segala aduan, permintaan, tuntutan, ganti rugi, kerugian, kos, liabiliti dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam, disebabkan oleh, timbul daripada, atau berkaitan dalam sebarang cara anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, Kandungan anda, atau pelanggaran anda terhadap Perjanjian ini.
19. Seluruh Perjanjian; Lain-lain.
Perjanjian ini, yang merangkumi Dasar Privasi, Dasar Kuki, Petua Keselamatan, Garis Panduan Komuniti dan Prosedur Timbang Tara (jika berkaitan dengan anda), dan sebarang syarat yang dinyatakan dan dipersetujui anda sekiranya anda membeli ciri, produk atau perkhidmatan tambahan yang kami tawarkan pada Perkhidmatan, mengandungi seluruh perjanjian antara anda dengan Tinder mengenai penggunaan Perkhidmatan. Jika sebarang peruntukan Perjanjian ini dikatakan tidak sah, bahagian lain dalam Perjanjian ini masih berkuat kuasa dan berkuat kuasa sepenuhnya. Kegagalan Syarikat untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan Perjanjian ini tidak akan membentuk suatu penepian hak atau peruntukan tersebut. Anda bersetuju bahawa akaun Tinder anda tidak boleh dipindah milik dan semua hak anda terhadap akaun anda dan Kandungannya akan tamat apabila anda meninggal dunia. Tiada agensi, rakan kongsi, usaha sama, fidusiari atau hubungan istimewa yang lain atau pekerjaan yang dicipta hasil daripada Perjanjian ini dan anda tidak boleh membuat sebarang perwakilan bagi pihak Tinder atau mengikat Tinder dalam sebarang cara.