Panduan

Panduan IRL Anda

Tip untuk membantu anda lebih selamat IRL (walaupun kami harap anda tidak memerlukannya).


Kita hidup di dunia di mana sesetengah orang mempunyai niat jahat. Kami mahu anda melakukan apa yang anda boleh untuk kekal selamat IRL, tetapi kami ingin mengakui bahawa ia tidak perlu jadi seperti itu: Anda tidak perlu bekerja keras untuk memastikan anda selamat dan ia benar-benar tidak adil bahawa sesetengah orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih daripada orang lain hanya berdasarkan jantina, identiti jantina, bangsa, agama dan orientasi seksual.

Sekiranya sesuatu berlaku di luar aplikasi, berikut adalah beberapa perkara untuk diingati — anda boleh menyekat mereka daripada menghubungi anda melalui perkhidmatan pemesejan yang anda gunakan dan laporkan mereka kepada kami. Walaupun anda telah dinyahpadankan oleh mereka, anda boleh melaporkan mereka kepada kami di sini agar kami dapat memeriksanya dan mengambil langkah yang sepatutnya.

Penjelasan: Tiada siapa yang layak untuk berada dalam situasi tidak selamat tidak kira berapa banyak mereka minum atau siapa yang mereka percaya untuk membawanya pulang. Sekiranya seseorang membuat keputusan untuk bertindak ganas terhadap anda, itu tidak boleh diterima.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah tip untuk membantu anda lebih selamat IRL, walaupun kami berharap anda tidak perlukan itu:

Sebelum Pertemuan

  • Jangan tergesa-gesa untuk meninggalkan aplikasi atau berkongsi maklumat peribadi anda: Hanya berikan nombor telefon anda apabila anda selesa dan pastikan untuk simpan alamat dan rutin harian anda kepada diri sendiri sahaja apabila berkenalan dengan orang baru.
  • Biar orang tahu perkembangan: Beritahu tentang rancangan anda kepada kawan dan keluarga - lebih baik jika orang yang anda percaya tahu tentang keberadaan anda.
  • Berada dalam kawalan: Pergi ke pertemuan dengan pengangkutan sendiri walaupun seseorang menawarkan untuk menjemput anda.
  • Sentiasa memilih (dan berada di) lokasi awam apabila bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali.

Semasa Pertemuan

  • Sekiranya anda mengambil dadah atau alkohol, ketahui bagaimana kesannya terhadap anda dengan spesifik. Ada orang di luar sana yang mungkin cuba untuk mengambil kesempatan.
  • Jaga barang peribadi: Beg, telefon, kunci, dompet, minuman? Simpan semuanya dengan anda.

Selepas Pertemuan

  • Sentiasa dalam kawalan: Pulang ke rumah dengan pengangkutan sendiri
  • Bukan pengalaman yang baik? Nyahpadan mereka - dan laporkan mereka jika anda fikir perlu. Jangan risau.

Berjanji temu pada masa coronavirus:

Kita semua ingin untuk berhubung semula IRL, tapi semuanya bergantung kepada kita untuk memastikan komuniti kita selamat. Setelah pihak berkuasa tempatan anda membenarkan perjumpaan sosial kecil dan anda bersedia untuk meluaskan kumpulan lepak anda, sila ikuti nasihat pihak berkuasa tempatan anda atau periksa panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Apabila tiba masanya, bersikap terbuka tentang apa yang anda selesa – dan yang tidak – selesa. Menetapkan sempadan dan bersikap jujur dengan padanan anda mengenai apa yang anda selesa pada masa ini adalah penting. Ingat: keselamatan dan ketenangan minda anda harus sentiasa diutamakan. Untuk membantu sepanjang perjalanan, kami juga telah berunding dengan Peter Pitts, Presiden Pusat Perubatan untuk Kepentingan Awam, untuk membangunkan tip untuk kembali kepada janji temu IRL:

  1. Jadi hero, pakai pelitup muka: Setiap kali anda bertemu orang baru, pastikan anda menutup hidung dan mulut anda. Anda memastikan diri anda dan komuniti anda lebih selamat dan sihat dengan cara itu. Ingat: virus itu disyaki boleh disebarkan walaupun anda tidak menunjukkan simptom.
  2. Jangan tergesa-gesa untuk menyentuh: Jangan bersalaman, peluk atau cium sehingga anda tahu status kesihatan masing -- dan amalkan langkah sama apabila bertemu kawan mereka. Berhubung secara digital jika anda tidak sihat secara fizikal: Virus ini menjangkiti orang secara berbeza, jadi jika anda tidak sihat 100%, berjanji temu secara FaceTime, Zoom atau panggilan video kegemaran anda. Ia tidak berbaloi merisikokan diri anda atau orang lain sakit - dan anda masih boleh menyalakan lilin atau pesan makan malam.
  3. Berhati-hati semasa memilih tempat janji temu: Jika anda rasa selesa untuk bertemu, pastikan anda memilih tempat yang mengamalkan kebersihan selamat dan penjarakan sosial. Bawa kain lap dan pembersih tangan dan lap apa saja yang mungkin anda sentuh atau duduk. Jangan lupa untuk membasuh tangan anda dengan kerap!

Jika anda mula berasa tidak sihat,ikut arahan pihak berkuasa kesihatan tempatan anda dan beritahu mereka yang anda bertemu secepat mungkin.

Lebih banyak tip boleh dijumpai di laman kami di sini, juga.