Pusat Keselamatan dan Dasar Tinder
Komitmen Kami:
Kami sangat mementingkan keselamatan, sekuriti dan kesejahteraan pengguna kami. Sebagai app paling popular di dunia untuk berkenalan orang baharu, kami berbangga kerana dapat menghubungkan berjuta-juta orang setiap hari. Walaupun peratusan kecil padanan ini menyebabkan pengguna menjadi mangsa aktiviti jenayah, kami yakin bahawa satu kejadian salah laku atau kelakuan jenayah ini pun dianggap banyak .
Kami sentiasa menerokai pengemaskinian, perkongsian dan teknologi baharu untuk mempertingkatkan dan mendalami usaha keselamatan kami sambil memupuk persekitaran yang penuh hormat untuk berjumpa orang baharu. Maklumat tentang alat dan amalan keselamatan kami boleh ditemui di bawah. Sama ada anda berada di Santa Monica, São Paulo atau Seoul - matlamat kami masih sama: pengalaman yang selamat dan positif untuk semua pengguna pada platform kami.
Alat Keselamatan Kami:
Kami menggunakan alat, sistem dan proses manual dan automatik yang terulung dalam industri - dan melabur sumber yang banyak - untuk mengelakkan, memantau dan membuang kelakuan yang tidak wajar (penyamaran, gangguan dan banyak lagi) daripada app kami.
Semua alat ini termasuk imbasan profil automatik yang mengimbas bahasa dan imej yang berunsur penipuan; semakan manual profil dan aktiviti yang mencurigakan dan laporan ciptaan pengguna; menyekat bayang akaun mencurigakan; serta menyekat alamat e-mel, nombor telefon, alamat IP dan pengenal pasti lain yang dikaitkan dengan pelaku jahat.
Kami tidak sekali-kali menerima sebarang gangguan dan menggalakkan komuniti kami supaya melaporkan sebarang kejadian salah laku dan/atau sesiapa sahaja yang melanggar Garis Panduan Komuniti atau Terma Penggunaan, melalui alat pelaporan diri yang dicirikan pada semua profil Tinder atau dengan menghubungi pasukan dalam talian kami. Sekiranya kami menerima laporan sebegini, pasukan komuniti kami yang berdedikasi akan mengambil langkah sewajarnya yang mungkin termasuk pembuangan kandungan, penyekatan pengguna atau pemberitahuan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya.
Kami sentiasa menilai dan memperincikan proses kami dan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi pengguna kami, jika diperlukan.
Match Group Advisory Council:
Sebagai sebahagian daripada Match Group, kami bekerjasama dengan rakan kongsi luar melalui Match Group Advisory Council (MGAC), sebuah kumpulan yang terdiri daripada pakar dan penasihat terkemuka yang terlibat dalam kajian dan pencegahan serangan seksual, pemerdagangan seks dan masalah setara dengannya. Pasukan eksekutif di Match Group bertemu MGAC setiap dua tahun untuk menilai dasar kami dan memberikan saranan tentang cara menambah baik keselamatan produk kami. Barisan ahli pengasas termasuk:
- Scott Berkowitz, Presiden, Rape Abuse Incest National Network (RAINN).
- Tarana Burke, Pengasas, Pergerakan “Me Too”.
- Catherine Chen, Ketua Pegawai Program, Polaris
- John Clark, CEO, National Center for Missing & Exploited Children.
- Julie Cordua, CEO, Thorn.
- Yolanda Edrington, COO, National Sexual Violence Resource Center.
- Dr. Judy Postmus, Pengasas, the Center on Violence Against Women & Children, Rutgers University.
Respons terhadap Laporan Serangan:
Pengguna Tinder boleh melaporkan kejadian penderaan atau serangan secara mudah dalam app atau dalam talian. Kami sangat menggalakkan mana-mana pengguna yang yakin mereka adalah mangsa jenayah supaya melaporkannya kepada pihak penguatkuasaan undang-undang. Pasukan kami akan segera bertindak untuk menyiasat jenayah yang dilaporkan, menilai, mengambil tindakan sewajarnya dan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dalam sebarang penyiasatan.
Apabila pengguna melaporkan serangan kepada Tinder, kami akan cuba mengenal pasti pelaku yang dituduh dan menyekat akaun berkaitan. Kejadian ini kemudiannya akan dilaporkan kepada repositori keselamatan berpusat Match Group dan menyemak merentasi pelbagai jenama untuk melihat sama ada pengguna memiliki akaun lain pada platform yang lain. Jika ditemui, ia juga akan disekat.
Pendidikan Pengguna:
Kami menawarkan tip keselamatan dalam talian dan melalui app untuk mendidik dan memperkasa pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan yang pintar dan selamat ketika berinteraksi di Tinder.
Lihat Tip Kami untuk Kekal Selamat di sini
Kerja Perundangan dan Hubungan Kerajaan:
Kami faham bahawa ini sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memainkan peranan dalam mentakrifkan standard untuk seluruh industri - sebab inilah kami menyokong usaha Match Group untuk bekerjasama sebaiknya dengan penggubal undang-undang dan pengawal atur di seluruh dunia untuk mentakrifkan dan meluluskan undang-undang yang mengutamakan keselamatan yang boleh memastikan keselamatan pengguna kami dan mereka yang menggunakan platform teknologi yang lain. Pasukan kami bekerjasama secara aktif dengan beberapa Negeri untuk mempromosikan perundangan untuk membantu memerangi penyamaran (catfishing). Jika anda mahu maklumat lanjut, sila lihat di sini.
Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan/pemerintah di seluruh dunia demi memastikan Internet lebih selamat untuk semua orang.
Penipuan
Kami memandang serius masalah penipuan di Tinder. Kami sama sekali tidak menerima sebarang kelakuan yang mencari mangsa. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi mengendalikan penipuan dan menggunakan rangkaian teknologi terulung dalam industri untuk mengimbas penipuan dan menyemak setiap profil ahli untuk bahasa yang menimbulkan kecurigaan dan melakukan semakan profil, aktiviti dan laporan ciptaan pengguna secara manual. Pendek kata, tiada sesiapa pun, sama ada berjumpa di Tinder ataupun tidak, patut menghantar wang kepada seseorang yang mereka tidak pernah jumpa secara bersemuka. Selain itu, kami menggalakkan ahli kami supaya melaporkan sebarang individu yang meminta maklumat kewangan melalui alat pelaporan diri kami. Dua langkah ini akan membantu menghentikan hampir setiap penipuan yang sedang berlaku dan membantu menghalang kewujudan mangsa seterusnya.
Privasi Data dan Keselamatan Platform:
Privasi pengguna kami ialah keutamaan kami di Tinder dan kami berusaha sewajarnya untuk memastikan kami mematuhi undang-undang privasi dan standard industri yang dikenakan. Kami tahu masa yang anda luangkan dalam aplikasi ialah masa peribadi anda. Kami melaksanakan sistem teknikal dan dasar yang ketat termasuk penyulitan untuk gambar dan mesej pengguna serta alat yang menghalang pekerja daripada mengakses data komunikasi pengguna dan data pengguna yang lain. Apabila bercakap tentang data pengguna Tinder, satu-satunya mandat kami ialah memastikan pengguna kami selamat dan data mereka dirahsiakan.
Tidak seperti aplikasi sosial yang lain, model perniagaan kami menumpukan pada pemberian ciri premium kepada pengguna termasuk langganan dan naik taraf dalam aplikasi untuk menambah baik pengalaman pengguna ketika menggunakan aplikasi. Kami tidak menjual data kepada pihak ketiga atau bergantung kepada pengiklanan untuk mengekalkan atau memajukan perniagaan kami. Malahan, pada tahun 2018, kurang daripada lima peratus daripada semua pendapatan kami diperoleh daripada pengiklanan. Data anda adalah milik anda. Jadi, pengguna boleh meminta salinan data mereka di sini pada bila-bila masa. Maklumat terkini tentang amalan data kami sentiasa disediakan kepada orang awam melalui Dasar Privasi kami yang juga boleh diakses pada aplikasi kami.
Selain itu, kami sentiasa menambah baik pertahanan kami dalam memerangi mereka yang berniat jahat. Namun begitu, kami tidak membincangkan sebarang alat keselamatan tertentu yang kami guna atau penambahbaikan yang kami laksanakan supaya kami dapat melindungi pengguna kami sebaiknya dan mengelakkan daripada memberitahu banyak maklumat kepada mereka yang berniat jahat.
---
Dasar dan Maklumat Tambahan:
Matlamat asas kami ialah memperkenalkan komuniti pengguna kami kepada orang baharu. Walaupun seronok dilakukan, anda mesti ingat bahawa pengguna kami mesti mematuhi Garis Panduan Komuniti kami supaya Tinder menjadi aplikasi terbaik untuk berkenalan orang baharu.
Kami galakkan pengguna kami melaporkan sebarang kejadian yang berkelakuan buruk di dalam dan di luar platform. Cara melaporkan kelakuan tidak wajar ini mudah sahaja dilakukan. Pada sebarang profil, pengguna boleh ketik ikon ‘3 titik’ dan pilih ‘Laporkan’. Pengguna juga boleh melaporkan pengguna lain dengan menghantar e-mel ke help@gotinder.com.
Berikut adalah butiran lanjut tentang beberapa dasar kami yang telah dilaksanakan untuk memastikan Tinder lebih selamat.
Dedikasi terhadap Perangkuman:
Tidak kira apapun identiti jantina, orientasi seksual, etnik atau latar belakang anda, Tinder mengalu-alukan anda. Kami berusaha untuk menjadikan Tinder platform paling terangkum untuk berjumpa orang baharu dan bekerjasama dengan organisasi di seluruh dunia supaya dapat sentiasa menambah baik amalan kami. Hari ini, kami menawarkan lebih daripada 50 identiti jantina di negara-negara di seluruh dunia dan 9 orientasi seksual.
Gangguan
Kami sama sekali tidak menerima kelakuan gangguan pada platform kami. Kami galakkan semua pengguna melaporkan sebarang kelakuan yang tidak boleh diterima supaya pasukan komuniti boleh menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Penggunaan Bawah Umur:
Tinder khas untuk pengguna 18+ dan kami bekerja keras untuk mengekalkan komuniti yang terdiri daripada orang dewasa sahaja. Kami menggunakan rangkaian alat, sistem dan proses semakan dan penyelarasan manual dan automatik terulung dalam industri - dan melabur sumber yang banyak untuk mengelakkan dan mengeluarkan pengguna bawah umur daripada aplikasi kami.
Semua alat ini termasuk imbasan profil automatik yang mengimbas bahasa dan imej yang berunsur penipuan, semakan manual profil dan aktiviti yang mencurigakan, dan laporan ciptaan pengguna, serta menyekat alamat e-mel, nombor telefon dan pengenal pasti lain yang dikaitkan dengan pengguna bawah umur yang cuba memintas sekatan ini. Kami juga bergantung kepada pengguna kami untuk melaporkan sebarang profil yang mungkin menunjukkan identiti pengguna bawah umur supaya kami boleh menyiasat dan membuang sewajarnya.
Kami tidak mahu pengguna bawah umur dalam Tinder. Ini muktamad.
Pencarian Pelanggan/Pelacuran:
Sebarang jenis pencarian pelanggan - sama ada percubaan membeli atau menjual - melanggar Terma Penggunaan kami. Jika pengguna menemui profil yang melanggar terma kami, kami galakkan mereka melaporkannya melalui alat pelaporan diri yang disediakan pada semua profil Tinder atau dalam talian. Apabila anda membuat laporan tersebut, pasukan komuniti kami yang berdedikasi akan mengambil langkah sewajarnya yang mungkin termasuk pembuangan profil atau penyekatan pengguna.
Bahan-bahan Haram:
Profil (atau pengguna Tinder) yang mempromosikan bahan-bahan haram melanggar Terma Penggunaan kami dan kami mempunyai sistem untuk membuang profil sebegini daripada aplikasi. Jika pengguna menemui profil yang melanggar terma kami, kami galakkan mereka melaporkannya dalam aplikasi.
Sumber untuk Sokongan, Nasihat atau Bantuan:
Jika berlaku kecemasan, telefon 911 (A.S. atau Kanada) atau agensi penguatkuasaan undang-undang di tempat anda.
Rape, Abuse and Incest National Network (RAINN) Hotline
1-800-656-HOPE (4673) I www.rainn.org
Planned Parenthood
1-800-230-7526 I www.plannedparenthood.org
National Domestic Violence Hotline
1-800-799-SAFE (7233) atau 1-800-787-3224 I www.thehotline.org
National Human Trafficking Hotline
1-888-272-7888 atau teks ke 233733 I www.humantraffickinghotline.org
National Sexual Violence Resource Center
1-877-739-3895 I www.nsvrc.org
National Center for Missing & Exploited Children
1-800-THE-LOST (843-5678) I www.cybertipline.com
Cyber Civil Rights Initiative
1-844-878-2274 I www.cybercivilrights.org
FBI Internet Crime Complaint Center
Jika anda berada di luar A.S., klik di sini untuk senarai sumber di negara tempat kami beroperasi.