Tip Keselamatan

Berkenalan dengan orang baru memang mengujakan tetapi awak mesti sentiasa berwaspada ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Gunakan pertimbangan terbaik awak dan utamakan keselamatan awak, sama ada awak hantar mesej pertama awak atau bertemu secara peribadi. Walaupun awak tidak dapat kawal tindakan orang lain, terdapat perkara yang boleh awak lakukan untuk bantu awak kekal selamat semasa gunakan Tinder.

Keselamatan Dalam Talian

  • Jangan sesekali hantar wang atau berkongsi maklumat kewangan
    Jangan sesekali hantar wang, sama ada lalui pindahan kawat, perkhidmatan perbankan atau aplikasi pada telefon awak, walaupun orang itu mendakwa berada dalam kecemasan. Hampir mustahil untuk balikkan urus niaga ini atau kesan ke mana wang itu pergi. Jangan buat pelaburan atau buka akaun dengan seseorang yang berpadanan dengan awak atau lalui perkhidmatan atau laman web yang mereka cadangkan. Jangan kongsi maklumat yang boleh digunakan untuk akses akaun kewangan awak. Jika pengguna lain minta wang daripada awak, segera laporkan kepada kami. Untuk tip elak penipuan percintaan, lihat beberapa nasihat daripada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

  • Lindungi maklumat peribadi awak
    Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi, seperti nombor keselamatan sosial awak, alamat rumah atau tempat kerja, atau butiran tentang rutin harian awak (contohnya, awak pergi ke gim tertentu setiap hari Isnin) dengan orang yang tidak dikenali. Jika awak seorang ibu atau bapa, hadkan maklumat yang awak kongsi tentang anak-anak awak pada profil dan dalam komunikasi awal awak. Elakkan berkongsi butiran anak awak seperti gambar, nama, sekolah, umur atau jantina mereka.

  • Kekal di platform
    Kekalkan perbualan di platform Tinder semasa awak kenali seseorang. Oleh kerana pertukaran di Tinder tertakluk pada pengesanan Amanah & Keselamatan kami, pengguna yang punyai niat buruk sering cuba alihkan perbualan ke teks, aplikasi pemesejan, e-mel atau telefon serta-merta.

  • Berhati-hati dengan hubungan jarak jauh dan luar negara
    Berhati-hati dengan penipu yang mendakwa berasal dari negara awak tetapi terperangkap di tempat lain, terutamanya jika mereka minta bantuan kewangan untuk pulang. Jangan biarkan padanan mengajak awak untuk melabur atau buka akaun dengan perkhidmatan atau laman web yang mereka kongsi. Berwaspada dengan sesiapa sahaja yang enggan berjumpa secara bersemuka atau berbual dalam telefon/panggilan video—mereka mungkin menyamar sebagai orang lain. Jika seseorang elak daripada jawab soalan awak atau mendesak untuk hubungan yang serius tanpa berjumpa atau kenali awak terlebih dahulu ini petawak penipuan.

  • Laporkan semua tingkah laku yang mencurigakan dan menyinggung
    Awak tahu apabila seseorang melampaui batasan. Dan apabila mereka begitu, kami ingin tahu mengenainya. Sekat dan laporkan sesiapa sahaja yang langgar syarat kami atau sempadan peribadi awak. Di sini ada beberapa contoh pelanggaran:

    • Permintaan wang atau derma

    • Pengguna bawah umur

    • Gangguan, ugutan dan mesej kasar

    • Kelakuan yang tidak sesuai atau memudaratkan ketika atau selepas berjumpa secara bersemuka

    • Profil palsu

    • Spam atau aktiviti mencari pelanggan, termasuk pautan ke laman web komersial atau percubaan untuk jual produk atau perkhidmatan

Awak boleh laporkan sebarang kebimbangan tentang kelakuan mencurigakan daripada sebarang halaman profil atau tetingkap pemesejan. Untuk maklumat lanjut, lihat Garis Panduan Komuniti kami.

Bertemu secara peribadi

  • Jangan tergesa-gesa
    Luangkan masa awak dan kenali orang lain sebelum bersetuju untuk bertemu atau bersembang di luar Tinder. Jangan takut untuk bertanya soalan untuk menapis sebarang perkara mencurigakan atau yang langgar prinsip diri. Panggilan telefon atau video boleh digunakan sebagai alat saringan sebelum awak berjumpa.

  • Bertemu di khalayak ramai dan kekal di khalayak ramai
    Bertemu di tempat awam yang ramai orang — jangan sesekali di rumah awak, rumah teman awak atau mana-mana lokasi peribadi lain. Jika padanan awak paksa awak pergi ke lokasi persendirian, batalkan janji temu.

  • Beritahu kawan dan keluarga tentang rancangan awak
    Beritahu kawan atau ahli keluarga tentang rancangan awak, termasuk bila dan ke mana awak akan pergi. Pastikan telefon bimbit awak dicas sepenuhnya dan sentiasa dibawa bersama. Pertimbangkan untuk gunakan ciri terbina dalam telefon awak untuk berkongsi lokasi awak dengan seseorang yang awak percayai semasa awak keluar berjanji temu.

  • Kawal pengangkutan awak
    Kami mahu awak kawal cara awak pergi dan balik dari janji temu supaya awak boleh bergerak bila-bila masa awak mahu. Jika awak tidak pandu sendiri, lebih baik awak buat rancangan sawakran seperti aplikasi perkongsian kereta atau minta rakan yang boleh jemput awak.

  • Ketahui had awak
    Berhati-hati dengan kesan dadah atau alkohol terhadap awak secara khusus — ia boleh jejaskan pertimbangan awak dan kewaspadaan awak. Jika teman awak cuba paksa awak ambil dadah/ubat atau minum lebih daripada had awak, awak mesti bersikap tegas dan tamatkan janji temu awak.

  • Jangan biarkan minuman atau barang peribadi tanpa pengawasan
    Ketahui dari mana minuman awak dan ketahui di mana ia berada pada setiap masa — hanya terima minuman yang dituangkan atau dihidangkan terus daripada pelayan bar atau pelayan. Banyak bahan yang dimasukkan ke dalam cawan untuk mudahkan serangan seksual biasanya tidak berwarna, tidak berbau dan tiada rasa. Selain itu, pastikan telefon, dompet, beg tangan dan apa-apa sahaja yang kandungi maklumat peribadi awak sentiasa bersama awak.

  • Jika awak berasa tidak selesa, pergi
    Tidak mengapa untuk tamatkan janji temu lebih awal jika awak berasa tidak selesa. Malahan, awak digalakkan berbuat demikian. Jika naluri awak beritahu ada sesuatu tidak kena atau awak rasa tidak selamat, minta bantuan pelayan bar atau restoran.

  • Pelancongan LGBTQ+
    Berhati-hati semasa melancong. Kami percaya pada keterangkuman semua identiti jantina dan orientasi seksual, tetapi realiti malangnya ialah: tiada tempat di dunia ini tanpa potensi risiko. Sesetengah negara punyai undang-undang khusus yang sasarkan golongan LGBTQ+. Semak undang-undang tempatan semasa melancong ke tempat baru dan selidik jenis perlindungan undang-undang, jika ada, yang tersedia untuk awak berdasarkan orientasi seksual. Sekiranya awak berada di kawasan tidak selamat, kami sarankan agar awak nyahaktifkan “Tunjukkan saya di Tinder” yang boleh ditemui di Tetapan. Jika awak tambahkan orientasi seksual pada profil awak dan awak berada di wilayah yang kami kenal pasti sebagai tidak selamat untuk orang LGBTQ+, kami akan sembunyikan orientasi seksual awak daripada profil awak sehingga awak tinggalkan kawasan itu. Adalah penting untuk lebih berhati-hati jika awak pilih untuk berhubung dengan orang baru di negara tersebut - sesetengah pegawai penguatkuasa undang-undang telah diketahui gunakan aplikasi janji temu sebagai alat untuk menjerat. Beberapa negara juga baru-baru ini telah perkenalkan undang-undang yang jenayahkan komunikasi antara individu pada aplikasi atau laman web janji temu sesama jantina dan beratkan hukuman jika komunikasi itu bawa kepada pertemuan seksual.
    Lawati ILGA World untuk lihat undang-undang orientasi seksual terkini ikut negara dan pertimbangkan untuk derma bagi menyokong penyelidikan mereka. Sumber: ILGA World. Dikemas kini pada Mac 2019

Persetujuan & Kesihatan Seksual

  • Lindungi diri awak
    Apabila digunakan dengan betul dan konsisten, kondom boleh kurangkan risiko dijangkiti dan penularan STI seperti HIV dengan ketara. Tetapi, awak perlu berwaspada kerana penyakit kelamin seperti herpes atau HPV yang boleh disebarkan lalui sentuhan kulit. Risiko dijangkiti beberapa STI boleh dikurangkan lalui vaksinasi.

  • Ketahui status awak
    Tidak semua STI tunjukkan simptom dan awak perlu ketahui status awak. Sentiasa tahu tahap kesihatan awak dan elak daripada sebarkan STI dengan lakukan ujian secara berkala. Di sini awak boleh mencari klinik berdekatan awak (AS sahaja).

  • Bercakap tentangnya
    Komunikasi adalah segala-galanya: Sebelum awak berhubungan intim secara fizikal dengan pasangan, bercakap tentang kesihatan seksual dan ujian STI. Awak mesti berwaspada — di beberapa tempat, penyebaran STI secara sengaja adalah suatu jenayah. Perlukan bantuan untuk memulakan perbualan? Di sini ada beberapa tip.

  • Persetujuan
    Semua aktiviti seksual mesti bermula dengan persetujuan, dan mesti sentiasa dapat kebenaran pasangan awak. Komunikasi lisan boleh bantu awak dan pasangan sentiasa menghormati batasan antara satu sama lain. Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan seks bukan sesuatu yang boleh dijadikan hutang. Jangan teruskan jika pasangan awak kelihatan tidak selesa atau tidak pasti, atau jika pasangan awak tidak dapat bersetuju kerana kesan dadah atau alkohol. Baca lebih lanjut tentang bagaimana persetujuan diberikan.